Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
1 September nanti, kita dijangka akan mula berpuasa. Ops, kau, terutamanya para gadis dan wanita. Masa masih ada, jangan lupa kewajipan anda.
Kedatangan Ramadhan memang sentiasa dinanti-nantikan. Datangnya kali ini berkembar dengan kemerdekaan negara. Kita merdeka dari penjajah, dan akan merdeka sekejap dari godaan syaitan selama sebulan. Tapi, ancaman hawa nafsu tetap berbahaya.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Bayi yang berusia 2 bulan setengah, mungkin layak untuk menerima anugerah bayi paling comel. Tapi, apa yang ada pada hairul.net untuk menerima sebarang anugerah? Apa-apa pun, anugerah ini adalah satu pengiktirafan dan aku amat menghargainya.
Kau tahu anugerah apa yang aku dapat?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Aku bukan Tok Guru Nik Aziz, sibuk mentadbir Kelantan dengan pentadbiran Islam yang sebenar.
Aku bukan Haji Hadi, sibuk memimpin PAS dan memperkukuhkan parti.
Aku juga bukan Anwar Ibrahim, sibuk berkempen di Permatang Pauh dan mematahkan segala fitnah.
Dan aku juga bukan Abdullah Badawi, sibuk dan pening kepala memikirkan masalah negara.
Aku hanya seorang pelajar JAD, sibuk dengan pelbagai assignment. Kadang-kadang tertekan dengan kerja yang tak habis-habis. Kadang-kadang pening memikirkan duit yang tak pernah cukup. Kadang-kadang tak tahu apa yang nak ditulis untuk hairul.net
p/s: Kesibukan memang tak dapat dielakkan. Kadang-kadang aku lebih kepada menyibuk. Jadi, untuk update terbaru, tunggulah pada hari Sabtu ni ye, 23 Ogos 2008. Ada sesuatu yang mungkin akan mengghairahkan anda.
“Realiti Kita Nyata Berbeza.”
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Marah tapi tak benci, benci tapi tak marah. Satu istilah yang sukar difahami.
“Marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharapkan perubahan. Manakala benci pula adalah luahan rasa tidak puas hati tanpa mengharapkan perubahan. Putus asa dengan pasangan!”
Sungguh tipis beza di antara marah dan benci.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Aku ada kawan. Nama dia Farah. Farah suka warna merah dan Farah juga suka marah-marah. Bila Farah marah, muka Farah merah, tapi Farah tetap comel. Bila Farah marah, aku hanya pasrah lalu tunduk menyerah. Oh, Farah.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Jeng jeng jeng………
Result aku tak berapa ANGGUN, ada satu A sahaja, tak cukup BAGUS sebab B pun ada satu sahaja. Yang pasti, result aku amat CEMERLANG, kerana banyak C. C untuk CEMERLANG, C juga untuk COMEL.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Sungguh. Kami betul-betul tersedar kali ini. Baru terasa betapa besarnya amanah yang sedang dipikul. Amanah dari Allah dan juga amanah rakyat. Satu amanah yang tak boleh dibandingkan dengan sekeping biskut.
Dengan ikhlas kami berdoa, mengharapkan kasih Allah agar kami terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.
“Keikhlasan doa, keagungan kasih, merubah takdir…….”

