Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
1. Ramadan hampir tiba ke penghujungnya. Selamat menjalani ibadah puasa, dan mempertingkatkan amal ibadah.
2. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Walaupun terlalu awal, aku ucapkannya juga pada hari ini.
3. Esok, aku akan mula bercuti, balik Kelantan.
4. Dekat kampung, tiada talian internet. Tiada update yang dapat dilakukan.
5. hairul.net akan kesepian dengan entri baru sehinggalah 6 Oktober 2009 nanti.
6. Cuti ini beri peluang untuk aku berehat, dan mengatur kembali perjalanan hidup ini.
7. Sekali lagi, selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
“Realiti Kita Nyata Berbeza.”
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
“Barangsiapa yang pandai menggunakan internet, tetapi tidak pernah mendapat duit walaupun seringgit daripadanya, sesungguhnya dia berada dalam kerugian.” - Hairul Faizal Adli
AWAS !
Anda akan didedahkan dengan satu SENJATA RAHSIA yang amat berkuasa untuk mengubah hidup anda.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Eh, bukankah puasa boleh melemahkan nafsu?
Ya, puasa memang akan melemahkan nafsu. Tapi, puasa kita selama sebulan itu tidak mampu untuk melemahkan nafsu dengan sepenuhnya. Seekor harimau liar, takkan menjadi jinak dalam masa sebulan. Begitu jugalah dengan nafsu kita.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Kasihan pada mak, kasihan pada ayah.
Dari kecil sampai besar, mak dan ayah berkorban untuk membesarkan kita. Betapa besarnya jasa dan pengorbanan mereka. Apa yang kita sudah lakukan untuk membalas jasa mereka? Nak menguruskan jenazah mak dan ayah pun kita tak mampu.
Akhirnya, jenazah mak dan ayah menjadi tetamu di barzakh. Anak-anak pula terus leka dengan kehidupan dunia. Mak dan ayah menanti-nantikan doa daripada anak-anak yang soleh.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Assalamualaikum. Semoga kita semua terus berada di bawah naungan rahmat Allah.
Khas buat para pembaca hairul.net sekalian, update seterusnya ialah esok, 8 September 2008. Insya Allah, dengan kekuatan dan keupayaan yang dikurniakan oleh Allah kepada aku, hairul.net akan diupdate dengan lebih kerap sempena Ramadan ini. Mungkin 4 hari sekali. Doakan semoga perkongsiaan kita selama ini sentiasa diberkati Allah.
Teruskan keghairahan kau bersama hairul.net. Selamat berpuasa, selamat beribadah.
“Realiti Kita Nyata Berbeza.”
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Jadi, jangan main redah bila beribadah. Jangan bertangguh, kena bersungguh-sungguh. Semoga Ramadan kali ini lebih makna, agar dapat kita harungi dengan sempurna.
