Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Beberapa orang Quraisy bertanya kepada Rasulullah tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Rasulullah menyuruh mereka datang kembali pada keesokan harinya untuk mendengarnya. Rasulullah terlupa untuk menyebut Insya Allah.
Keesokan harinya, …..
Apakah yang berlaku?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Terkenangkan masa silam, kita lemas. Terfikirkan masa depan, kita cemas. Bukankah hari ini adalah emas? Marilah menikmati kehidupan kita pada saat ini. Ya, saat ini.
Konon-kononnya masih dihantui peristiwa silam, hidup derita siang dan malam. Konon-kononnya sibuk merancang masa depan, terasa diri tiada harapan. Akhirnya, kita lupa betapa indahnya saat ini, betapa bermaknanya hari ini. Mari manfaatkan hidup ini.
Tidak bolehkah Malaysia dan Indonesia bersatu seperti Aus dan Khuzraj?
Dahulu, Muhammad Rasulullah yang telah mempersaudarakan Aus dan Khuzraj. Ya, kini Rasulullah telahpun wafat, tetapi bukankah Rasulullah ada meninggalkan al-Quran dan sunnah untuk kita ikuti?
Tuhan kita tuhan yang sama, Allah. Rasul kita rasul yang sama, Muhammad. Dan kita berpegang pada ajaran Islam yang sama. Perlukah kita bersengketa lagi?
Hentikan bicara tentang ganyang-mengganyang, marilah kita berkasih sayang.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Nyam… Nyam… Nyam… Buka puasa dengan tomyam, makan nasi lauk ayam, malam-malam kita qiam, tak usah main meriam. Salam ceria dan selamat berbuka.
Ramadhan ini mungkin Ramadhan yang terakhir untuk kita. Puasa hari ini mungkin yang puasa yang terakhir untuk kita. Ittakullah, bertakwalah kita kepada Allah. Ya Allah, kau ampunilah dosa kami.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Ketika ada jemaah yang mula menyerbu makanan, pegawai kedutaan Arab Saudi yang menguruskan program memberikan ingatan kepada kami,
“Please take the food in muslim way. The muslim way is we take the food one by one.”
Para jemaah mula beratur. Pegawai berkenaan memberikan galakan
“Now, we know the secret, please enjoy yourself.”
Eh, mana teka-tekinya?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Aku air, engkau minyak, kita tidak mungkin dapat bercampur. Dan ketahuilah, dengan kewujudan sabun, keangkuhan molekul air dan minyak dapat ditundukkan. Akhirnya, air dan minyak dapat bercampur dengan hadirnya sabun.
Aku bangsa lain, engkau bangsa kain, kita tidak mungkin dapat bersatu. Dan ketahuilah, dengan kepercayaan kepada Islam, kesombongan sesuatu bangsa dapat ditundukkan. Islam akan menyatukan kita semua. Kita berlainan bangsa, tetapi kita berkongsi tuhan, rasul dan kitab yang sama. Islam telah menyamaratakan darjat antara kita.
Apakah tawaran daripada Islam untuk menyatupadukan kita?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Kita amat suka untuk mencincang sehingga tiada masa untuk berbincang.
Kita lebih banyak menghina daripada membina.
Kita lebih agresif untuk menyerang, bukannya menerang.
Sanggup bermati-matian kerana tidak mahu menerima pandangan orang lain?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Kalau kita termakan sayur yang tidak sedap kerana kekurangan baja, adakah kita akan menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita untuk memberikan baja kepada sayur-sayuran itu?
Persoalan di atas akan terjawab di dalam artikel ini. Imam Syafie juga akan muncul di dalam artikel ini.
