Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Suatu hari, datanglah seorang Mat Saleh mahu menggunting rambut dengan tukang gunting itu. Rambutnya digunting dengan percuma. Keesokan harinya, tukang gunting itu mendapat sejambak bunga daripada pelanggan Mat Saleh tersebut.
Selepas itu, datang pula orang Perancis menggunting rambut di situ. Dia juga digunting rambutnya dengan percuma. Keesokan harinya, orang Perancis itu menghadiahkan sekotak coklat kepada tukang gunting itu.
Mahu dijadikan cerita, datanglah pula orang Melayu mahu menggunting rambut dengannya. Orang Melayu itu pun diguntinglah rambutnya dengan percuma.
Keesokan harinya, cuba teka apa yang berlaku?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Aku amat berharap semoga kami semua akan terus berkawan sehingga ke syurga. Kami mahu masuk syurga bersama-sama.
Aku sayang kepada kawan-kawanku.
Aku akan menghargai kawan-kawanku ketika mereka masih hidup, agar aku tidak menyesal pada hari kematian mereka.
Peringatan untuk diri sendiri:
Ingat kawan, jangan lupakan Allah.
Indah sungguh suasana raya di perantauan kali ini. Untaian kata tidak dapat menggambarkan kebahagiaan kami, taipan keyboard tidak mampu mengungkapkan kegembiraan kami.
Kami beraya di perantauan dan kami tetap gembira. Kami bahagia dengan kerinduan kepada keluarga dan kami ceria dengan adanya rakan-rakan di sisi. Terlebih utama, kami gembira kerana kami ada Allah. Ingat Allah, hati-hati pasti akan menjadi tenang.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Imam berdoa panjang mendayu-dayu sedangkan makmum bermata kuyu dan bertubuh layu. Orang yang faham terangguk-angguk, yang lain hanya tersengguk-sengguk. Ada orang yang mengantuk dan sudah ada yang terlentuk.
Salah imam yang baca doa panjang-panjang, ataupun salah makmum yang jahil kerana tidak memahami maksud doa yang dibaca? Oh, imam pun, adakah dia sendiri faham akan doa yang dia baca, ataupun sekadar hafalan buta yang dia sendiri tidak faham?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Mahu ucapkan apa sempena hari kelahiran orang yang tersayang?
Cukupkah sekadar menghadiahkan doa sahaja, atau perlu diserikan lagi dengan pemberian hadiah?
Apakah hadiah yang terhebat untuk diberikan kepada diri sendiri?
Kawan-kawan pun mahukan hadiah yang terhebat? Jom tengok, hadiah apa yang kawan-kawan boleh dapat di sini.
