Isnin dulu baru selasa,
Senyum dulu baru baca.

:) :) :) :) :) :) :) :)

Senyumlah, senyumlah,
Ahai, cek mek molek.

Alahai, manis betul apabila tuan tersenyum. Senyumlah, serikan wajah tuan dengan senyuman, hilangkanlah segala keresahan. Kalau pun tuan ada masalah, anggaplah masalah itu sebagai satu hiburan. Tuan tentu akan seronok apabila menghadapi masalah dalam bentuk hiburan. Hidup kita biar sihat dan ceria.

Hari ini, mari kita bersantai dan juga berhibur. Oleh sebab tuan semua orang yang bersopan-santun, hari ini saya mahu berpantun. Semoga semangat tuan juga akan melantun-lantun untuk berpantun.

Pantun pertama saya tujukan khas untuk tuan semua, para pembaca hairul dot net yang setia.

Pulau Batu Putih sudah dicuri,
Kedaulatan negara sudah dinodai,
Terima kasih kerana sudi ke mari,
Sokongan tuan amat dihargai.

Terima kasih untuk tuan, yang selalu berkunjung ke hairul dot net. Tanpa tuan, saya kehilangan sebahagian daripada erti kehidupan saya. Setulus hati saya berterima kasih kepada tuan. Arigatou gozaimashita.

Pantun seterusnya, khas untuk untuk kita semua rakyat Malaysia.

Kerana liwat keadaan gawat,
Kerana liwat boleh masuk penjara besi,
Kalau betul Anwar meliwat,
Serahkan bukti tunjukkan saksi.

Rakyat derita menteri tidur nyenyak,
Rakyat naik motor menteri naik mercedes,
Naikkan elektrik naikkan harga minyak,
Kerana korupsi sudah menjadi kudis.

Ada sesiapa yang sudah mahu membeli pantun? Oh, sabar, sabar ye tuan. Saya tahu, semangat tuan sudah melantun-lantun mahu berpantun. Sebelum itu, saya ada beberapa pantun lagi untuk tuan tonton.

Ini adalah pantun rekaan sahabat kita yang kecil molek dari Terengganu, Syeikh yang berjiwa patriotik.

Pergi ke kedai makan telur bungkus,
Sambil menghirup nasi bubur,
Dasar kerajaan sudah cukup bagus,
Cuma pelaksanaannya yang hancur.

Tidak lupa juga pantun Ayie Anawzaf, seorang pencinta wanita, namun cintanya pada negara tidak pernah terabai.

Cita-cita nak jadi raja lawak,
Apakan daya tidak tercapai,
Sayang kamu sayang awak,
Sayang negara jangan terabai.

Oh, tujuh buah pantun sudah saya lontarkan, siapa pula yang berani menyambut?

Pecah kaca pecah gelas,
Dah baca bila nak balas?
;)

Oh ya, sebelum tuan balas ada satu lagi pantun untuk kita kongsikan bersama.

Cinta suci tak pernah mati,
Kasih sayang tetap di hati,
Bila sebut tentang realiti,
hairul.net tetap di hati.

Akhir sekali,

Daun ketom daun selasih,
Arigatou, terima kasih.

Ok, saya sudah habis berpantun. Tiba pula giliran tuan.

“Realiti Kita Nyata Berbeza.”

Gandakan lagi kenikmatan tuan dengan entri berikut:

  1. Aku Bukan Warganegara Malaysia =================================================== *AMARAN* Kalau kau tak memahami Perlembagaan Malaysia, jangan cetuskan...
  2. Hari Kelahiran, Hari Untuk Bercinta “Abang ada hadiah untuk sayang. Sayang kenalah tutup mata. Manalah...
  3. Masalah Itu Indah 1. Banyak juga masalah minggu ini. 2. Interview untuk kemasukan...
  4. Alang Yang Bukan Calang-calang "Barangsiapa yang pandai menggunakan internet, tetapi tidak pernah mendapat duit...