Apabila sudah ghairah dan terangsang, cuba bayangkan, apa yang akan kita buat?

Apabila nafsu sedang membuak-buak, kita akan kehilangan arah. Sampai satu tahap, apabila sudah tidak dapat mengawal nafsu, kita akan meratah tubuh sesiapa sahaja. Tidak kira punggung, dada, atau pun paha, semuanya akan dibaham.

Oh, itulah yang akan berlaku apabila nafsu makan tidak dapat dikawal. Dada ayam, paha ayam, punggung ayam, semuanya diratah.

Itu sahaja tentang nafsu makan, nafsu-nafsu lain agak kritikal untuk dibincangkan.

Bagaimana? Sudah terangsang dan bernafsu dengan mukaddimah ini? Kalau sudah terangsang, dan nafsu membaca sudak mencanak-canak, barulah kita mulakan topik yang sebenar. Satu topik yang amat mengghairahkan, satu topik yang akan membangkitkan nafsu kemarahan kita semua. Bersedia, sudah tiba masanya untuk satu topik yang amat serius dan kritikal.

Kenaikan Harga Minyak, Satu Bencana Dahsyat.

“Bodoh.”

Semua orang menyumpah-nyumpah apabila Pak Lah mencarut-carut tentang kenaikan harga minyak.

“Harga petrol akan dinaikkan sebanyak 78 sen, dari RM1.92 kepada RM2.70. Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.”

Satu carutan yang langsung tidak boleh diterima. Satu carutan yang akan membawa malapetaka besar ke seluruh Malaysia. Berita ini tiada lain, hanya satu bencana dahsyat untuk kita semua.

Kau marah? Memang patut pun kau marah. Aku juga marah. Pak cik cleaner yang cuci tandas pun sedang marah. Dia mencuci tandas, sambil mencarut-carut marahkan kenaikan harga minyak.

Harga minyak dah naik, harga makanan sedang naik. Lepas ini, tarif elektrik pula akan naik. Segala-galanya akan naik selepas ini, naik mencanak-canak. Habislah kita semua.

  • Yang tak naik-naik, biasiswa budak-budak JAD.
  • Yang tak naik-naik, gaji mak-mak bapak kita.

Moral dan akhlak para pemimpin negara jatuh merudum, lalu menjunam ke lembah rasuah, korupsi dan kronisme. Perbuatan mereka, keputusan mereka, membawa derita pada rakyat jelata, tidak kira kaya atau melata.

“Bodoh.”

Rakyat menyumpah-nyumpah lagi. Kemarahan mula membuak-buak. Dengar cerita, akan ada demonstrasi di KLCC. Kita tunggu dan lihat. Ada demonstrasi atau pun tidak, kita jangan terlibat, wahai pelajar-pelajar sekalian. Kita masih dirantai dengan Akta Universiti (AUKU).

Apa pilihan kita?

Kerajaan, makin hari makin berdusta. Rakyat, makin hari makin derita. Pelajar, makin hari makin berduka. Sekarang, apa pilihan kita?

Kerajaan kata:

“Ubah gaya hidup.”

Rakyat kata:

“Ubah kerajaan.”

Pelajar kata:

“Kami marah, tapi pasrah menyerah. Hanya pada Tuhan kami berserah.”

Ini pula kata aku:

“Apa yang kau tak puas hati? Cuba kau klik kat komen tu, tulis apa yang kau tak puas hati.”

“Realiti Kita Nyata Berbeza.”

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Satu Julai, Satu Bencana, Sejuta Kegeraman. Satu Julai, Satu Bencana, Sejuta Kegeraman. Hari ini 1 Julai....
  2. Pantun, Bukan Untuk Yang Berjiwa Kartun Isnin dulu baru selasa, Senyum dulu baru baca. :) :)...
  3. Bisa Kemarahan Membawa Binasa Marah tapi tak benci, benci tapi tak marah. Satu istilah...