Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Oya Wa Irankaii?
# Petikan daripada cerita klasik negara Jepun, OYA WO KAU HANASHI. Aku terjemahkan secara bebas ke dalam Bahasa Melayu.
“Ey, oya wa iranka? Oya wa irankaii?”
(Ada sesiapa yang nak beli ibu bapa? Ada yang nak beli mak dan ayah tak?)
“Oya wa iranka da tou? Jyoudan jyanai yo. Oya nara kocchi ga urita urayya. BAKA BAKASHI. Hokai ittekure!”
(Ada ke orang yang nak beli ibu bapa? Jangan buat bodoh la. Kalau boleh, aku yang nak jual mak dan ayah aku. BODOH. Berambus!)
Untuk cerita versi penuh tanpa sebarang terjemahan Bahasa Melayu, kau boleh menontonnya di sini.
HEBAT.
Aku langsung tidak menyangka. Rupa-rupanya, dalam dunia ini masih ada orang yang mahu membeli ibu bapa, kerana mereka tidak mempunyai ibu bapa sendiri. Mereka sanggup membelinya, semata-mata kerana mahu berbuat amal kebaikan.
Itulah cerita klasik dari negara Jepun. Klasik dan mengasyikkan.
Tapi, semua itu hanyalah di dalam cerita. Cerita semata-mata. Lalu, bandingkanlah intipati cerita ini dengan realiti kehidupan sekarang.
Realitinya amat berbeza. Realitinya amat memilukan hati, amat menyedihkan.
Ibu bapa zaman sekarang, lebih-lebih lagi yang sudah tua sudah tiada nilainya. Nyanyuk orang tua menyusahkan anak-anak. Kencing dan berak orang tua menjijikkan anak-anak. Memang leceh dan memang menyusahkan untuk melayan karenah orang tua. Daripada hidup sekadar menghabiskan beras, lebik baik mereka mati.
Kalaulah membunuh itu bukan satu dosa besar, bukan satu kekejaman, tentu sekali sudah ramai orang-orang tua yang akan dibunuh oleh anak-anak sendiri.
Lalu, untuk menghapuskan ibu bapa yang menyusahkan hidup mereka ini, anak-anak memilih dosa yang dianggap paling ringan, iaitu dengan membuang ibu bapa yang sudah tua ke rumah orang-orang tua.
KASIHAN.
Ibu bapa sendiri diperlakukan seperti sampah. Rasa menyampah melimpah-limpah.
Anak derhaka. Itulah gelaran yang paling sesuai untuk mereka. Anak-anak bakal pewaris pusaka, tanpa disangka-sangka menjadi derhaka. Celakalah anak-anak derhaka, kerana Tuhan telah pun murka. Tempat kembalimu adalah di dasar neraka.
“Wahai Tuhan yang maha penyayang. Tetapkanlah kasih sayang kami pada ibu dan ayah kami. Jadikanlah kami anak-anak yang soleh, anak-anak yang membawa manfaat, dan janganlah jadikan kami anak-anak yang derhaka.”
“Ampunillah dosa kami, makbulkanlah doa kami, ya Allah.”
Selagi ibu dan ayah masih ada, semoga kita dapat berbakti kepada mereka. Kalau ibu dan ayah sudah tiada, pohonlah doa kepada Allah, semoga ibu dan ayah kita ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
“Aku Mahu Jadi Anak Yang Soleh.”
6/12/2008
==========================================
# Bacaan Lanjut:
Kenapa sanggup kita derhaka pada ibu dan ayah. Padahal, cinta mereka kepada kita adalah CINTA TANPA SYARAT.
Gandakan lagi kenikmatan tuan dengan entri berikut:
- Jenazah Tetamu Barzakh Kasihan pada mak, kasihan pada ayah. Dari kecil sampai besar,...
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
peja, takde sub la…..aku mane faham nihongo….
suruh apam wat sub…..
semoge Tuhan berikan kite ketabahan menjage mereke.
tulah pasal.zmn skang blh kte agak membimbangkan la.mak ayah leh jaga anak 10 org tp 10 org anak blum tntu leh jge mak ngan ayah diorg sndri kan.ish3
aku pun nak jadi anak solehah jugak!!!
Alamak…ingat nak bagi duit raya kat sapa-sapa yang dapat first komen. Tapi takde sponsor lak. Gomenne.
Apam nak upah, baru dia buat. Betul tak, apam?
Insya Allah.
Kita mampu tak?
Nanti boleh buat amal banyak-banyak.
nak balik.. dengar suara mak kat tepon pon dah rasa sedih. tu baru raya haji. taun depan raya kat nihon?
Aku pun sama, sedih juga.
mana boleh, fais….muri….sampai kiamat takkan jadi….pasal ko lelaki, mana boleh jadi anak solehah….hahahaha
Oh, baru perasan. fareast tersalah jantina dia kot.
seganas ganas aku pn dalam bab jual menjual,belom pnah trlintas lansung dlm neuron otakku nak jual mak n ayah…spe yg brani wat aku kasi dia!
Orang Jepun zaman dahulu kala je yang jual mak ayah.
um kamu pmpuan ek? heheh kalo laki bkn anak yg soleh ke?
kasih ibu sepanjang zaman…….sayangi ibu kita karena sesungguhnya surga itu ada di bawah telapak kasih ibu….ma..ma…aku aku sayang mama selamanya…..tiada duan kita sayang ke ibu..jika dia sudah berbaring di pusara….
sayangi ibu dan orang tua kita….
letak ridha Allah SWT…ada di kedua di orang tua kita…..Ya Allah…Yang maha pengampun…ampunilah kesalahan kedua orang tuaku…sekali lagi saudaraku seiman…sayangilah orang tua kita…hanya itu jalan menuju surga
Salam…sy adalah antara mereka yg menjadi saksi bhw zmn ini mudah benar anak derhaka pd ibu. adik lelaki sy….sekejap ok dgn mak sy…sekejap die buat mak tu mcm musuh die…tp selaku kakak…sy tgk mmg byk salah die..ntah berapa byk beban dosa die pd mak…hingga sy terpaksa nasihat mk agar bersabar dan jgn ambil pusing sgt perangai adik sy… klu Allah dh takdirkan die x mau kembali jd anak yg ingat keluarga, terpulang la…tp sy hrp mk sentiasa doakan dia spy satu ari akan dia sedar yg sikap dia hy merugikan waktu di dunia dan hy tiket utk msk neraka di akhirat kelak….semoga adik akn berubah sikap.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
flower Reply:
October 20th, 2009 at 10:05 pm
sian nye..hurm bukan semula ahli kuage sempurna..
bab kata pepatah,dlm sekelompok(betul ke tatabahasa ni) kelapa tergantung di pokok kelapa,bukan semua nya manis mesti ada salah satunya yg tawar & rosak..
semoga Allah meberi kesedaran kpd anak derhaka..dgn cara yg terbaik bagi nya..
time kasih hairul san.hehe.
saya x perasan ada entri ni..
kalaula cerita jepun tu diterjemahkan semua sekali kan bagus..
sinopsis drpd video di ats:
Org yg terpekik2 itu diupah utk menjaja & menjual ibu bapa smbil menjerit “oya wa irankai?” (ada org nk beli ibubapa?) semua yg m’dgr mengatakan “kamu buat lwkke?”,”bising!saya pun nk jual ibu bapa sy kalau blh.” dan sehingga ke sebuah rumah,ada sepsg suami isteri mahu membeli ibu bapa t’sbut yg dijual dgn harga 300man yen (RM111,000) sbb terlalu mhl harga dikurangkn kepada 200man yen–>RM74,000.maka,jual beli berjaya.sebelum pergi ke rumah ibu bapa yg hndk dibeli itu,psgn suami isteri itu x sbr dan sgt excited lalu membuat 2 helai kimono tebal yg sesuai dgn musim sejuk yg hendak dihadiahkn kpd ibubapa tersebut sehingga sanggup menggunakan baju sendiri utk mencukupkan kain.fikir mereka,ibu bapa itu mesti miskin & amat bersimpati.Kemudian,pergilah mereka ke rumah itu.Rumah itu sgt bsr dan mereka berasa sgt pelik.tapi,mengikut peta,jalan sudah betul.lalu,mereka dijemput masuk ke dlm rumah.semasa berada dlm rumah,mereka m’dgr perbualan beberapa org bercerita ttg harta pusaka dan masing2 berebut utk m’dptknnya.kemudian,mereka dipanggil utk berjumpa ibu bapa itu,kemudian,ibu bapa tersebut menerima hadiah kimono yg mereka buat sdiri itu.betapa terharunya mereka,dahla mahu membeli mereka,malah menghadiahkan warm kimono pula walaupun diri sdiri x ada kimono tebal tersebut (masa musim sjuk kn,sjukla kn?)rupa2nya,ibu bapa itu orgnya sgt kaya dan org2 yg berckp ttg harta td adalah anak2nya yg tamak.maka,ibubapa mereka m’buat keputusan utk tgl dgn psgn suami isteri yg mulia sikapnya td dan hadiahkan segala harta pusaka mereka kpd psgn mulia itu,semua ank2nya kecewa & pengsan.lalu,ibu bapa tua itu tgl bersama dgn psgn suami isteri itu dhn bahagia,tmbahan lagi psgn suami isteri itu dikurnikan anak tidak lama kemudian.hiduplah mereka dgn bahagia & sejahtera…
sekian,
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
October 20th, 2009 at 11:06 pm
@flower, Sugoiiiiii. Sonna honyaku made dekiru no.
Hebat sokmo.
aku mahu jadi anak soleh
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
October 23rd, 2009 at 8:45 pm
@ezaty, Jom, sama-sama kita jadi anak-anak yang soleh.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Gambar Yang Ghairah, Lagi Mengghairahkan Entri seterusnya:
Selamat Hari Raya Aidiladha »


1st to comment. \o/
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]