Aku tengah ghairah kerana baru sahaja menerima anugerah. Aku langsung tak menyangka, hairul.net yang baru berusia 2 bulan setengah telah diberi pengiktirafan oleh seseorang.

Bayi yang berusia 2 bulan setengah, mungkin layak untuk menerima anugerah bayi paling comel. Tapi, apa yang ada pada hairul.net untuk menerima sebarang anugerah? Apa-apa pun, anugerah ini adalah satu pengiktirafan dan aku amat menghargainya.

Kau tahu anugerah apa yang aku dapat?

Klik di sini untuk melihat hairul.net dan barisan selebriti penerima anugerah yang lain.

Blog Paling Sofistikated

hairul.net telah menerima Anugerah Blog Paling Sofistikated 2008. Kalau ikut kamus Oxford, inilah maksud sofistikated.

Sophisticated -

  • having a lot of experience of the world and knowing about fashion, culture and other things that people think are socially important.
  • clever and complicated in the way that it works or is presented
  • able to understand difficult or complicated ideas

Wow, aku memang terkejut dan rasa terharu. Betulkah hairul.net begitu sofistikated? Kau, pembaca hairul.net lah yang menentukannya. Apa pandangan kau? Adakah hairul.net unik dan berguna?

Anugerah Untuk Pembaca

Tanpa kau, hairul.net tiada ertinya. Jadi, kau juga layak untuk menerima anugerah. Dengan rasminya, kaulah Pembaca Blog Paling Sofistikated.

Tahniah. Omedetou gozaimasu.

p/s: Terima kasih untuk menteil.net untuk anugerah ini. Nanti aku nak tuntut hadiah dari kau. Hubungi aku dengan segera. :)

“Realiti Kita Nyata Berbeza.”

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.

Hairul Faizal Adli

Adakah tuan suka dengan hairul dot net?
Kongsikan kegembiraan tuan dengan orang yang tersayang.

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam,
tidak kira siang atau pun malam.
Sebarkan juga hairul dot net ke seluruh alam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang.
Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.