Nik Aziz suka membaca:

“Terbawa-bawa dengan budaya ilmu yang positif, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di mana-mana. Ada wartawan bertanya sama ada di rumah saya terdapat bilik bacaan atau tidak. Jawab saya, rumah saya tiada bilik bacaan, kerana seluruh rumah saya telah diisytiharkan sebagai balai bacaan.”

(Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan)

Mahathir suka membaca:

“Saya juga dinasihat oleh rakan-rakan untuk tidak terlibat dengan orang ini (Dr Mohd Asri Zainul Abidin) tetapi saya seorang yang suka membaca, tidak mengapa, saya hadir untuk melancarkan buku beliau.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia)

Abu Saif suka membaca:

“Kembara hidup saya dalam mencari, membeli dan mengumpul buku-buku di sepanjang zaman pengajian adalah sebuah travelog yang sangat berwarna warni. Ada buku yang membawa saya mengembara ribuan kilometer untuk mencarinya. Ada juga buku yang menyebabkan saya terpaksa mengikat perut untuk mendapatkannya. Ada buku yang mengheret saya masuk ke bilik bawah tanah untuk mendapatkannya. Ada juga buku yang menyebabkan saya tidur sambil tersenyum kerana berjaya memiliknya.”

(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Saifulislam.com)

Saya suka membaca:

“Bacalah sesuatu yang bernilai untuk dibuat. Buatlah sesuatu yang bernilai untuk ditulis, dan tulislah sesuatu yang bernilai untuk dibaca. Semuanya bemula dengan amalan membaca. Iqra, bacalah.”

(Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani, Hairul.net)

Fakta Tergempar:

Rupa-rupanya, 23 April adalah Hari Buku Sedunia. Sudah 22 tahun saya hidup di dunia ini, baru hari ini saya mengetahuinya. Dan esok, saya mungkin akan lupa kembali. Supaya tidak lupa lagi, maka saya mengisytiharkan;

“Setiap hari adalah hari buku sedunia.”

“Membaca adalah satu hobi yang hebat.”

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.