Saya mahu menulis, mahu menulis khazanah ilmu, bukannya menulis karya picisan.

Saya wajib menulis tentang kebenaran dan perlu menghiasi kebenaran dengan bahasa yang indah. Kebenaran diutamakan, barulah diserikan dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang disampaikan akan menusuk hati dan bahasa yang indah akan menyedapkan telinga yang mendengar.

Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar.

Tiada gunanya jika bahasa dikarang indah, tetapi tiada manfaat yang dapat diambil.

Rugilah pula kalau kebenaran dihambur melulu, sakit telinga yang mendengar dan hati pasti sukar mahu menerimanya.

Dan yang terlebih buruk, jika mulut mengeluarkan perkataan yang keji, ditambah pula dengan perangai yang buruk.

Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar.

Kebenaran didahulukan, bahasa diutamakan.

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.