Apabila sakit perut dan terasa mahu membuang air besar, updatelah ia pada status Facebook.

“Adoi, sakitnya perut. Terasa mahu ehem… ehem… lah pula.”

Apabila terasa geram dan sakit hati dengan seseorang, tweetlah ia pada Twitter.

“Manusia macam kamu tidak layak untuk hidup.”

Apabila ada idea dan terasa mahu berkongsi sesuatu dengan orang ramai, tulislah ia pada blog.

“Hari ini saya ingin bercerita tentang kehidupan saya di Jepun.”

Wah, terlalu banyak tempat untuk meluahkan perasaan sekarang. Kebebasan bersuara sudah menjadi milik semua. Satu dunia dapat mendengarnya.

Hebat…

Kini kalau kita terasa sakit perut dan ingin membuang air besar sekalipun, kita dapat menghebahkannya ke seluruh dunia.

Kita hanya perlu menulisnya pada status Facebook atau tweet sahaja pada Twitter, dan akan tersebarlah berita itu ke seluruh alam. Seluruh umat manusia akan dapat mengikuti perkembangan kita.

Selalu memendam rasa boleh menyebabkan stres, dan kita perlukan saluran untuk meluahkannya. Kini Facebook ada, Twitter pun ada, bahkan blog juga selalu menjadi tempat untuk kita meluahkan apa-apa yang terbuku di hati kita.

Mungkin kita akan terasa lega kerana dapat meluahkan segala ketidakpuasan hati yang ada. Kita juga mungkin akan terasa puas kerana dapat menghentam orang tidak sependapat dengan kita.

Kalaulah status Facebook kita hanya dipenuhi dengan luahan perasaan dan tertulis segala ketidakpuasan hati yang ada, itu adalah hak kita. Benda semacam itu adalah normal dan tiada salahnya.

Kita bebas untuk bersuara dan berhak untuk meluahkan segala-galanya.

Aduhai, cemburu juga kita dengan orang yang senang-senang sahaja dapat meluahkan segala kritikannya apabila ternampak sesuatu perkara yang tidak berkenan di hatinya.

Semoga apa-apa yang kita luahkan itu akan menjadi renungan untuk diri kita sendiri. Andai kata kita pula dihentam dan ditegur suatu hari nanti, berlapang dadalah kita untuk menerimanya sekaligus berusaha untuk memperelokkan akhlak kita.

Jangan gopoh dalam berbicara, nanti akan ada hati yang tercedera, nanti akan ada hati yang membara. Jangan gopoh dalam berkata-kata kalau ia bakal disulami dengan caci dan nista.

Diam adalah lebih baik daripada berkata-kata, jika kata-kata itu bakal mengundang mudarat. Tetapi jangan beratkan mulut untuk bertanya khabar dan memuji kebaikan kawan.

Kemas kini status pada Facebook adalah semacam diari untuk kita. Diari merakam sejarah dan dari sejarah kita mencari arah kehidupan menuju ke arah keredhaan Tuhan.

Updatelah perkembangan diri untuk hebahan kepada kawan-kawan.

Tulislah aktiviti semasa kita untuk pengetahuan bersama.

Jika terasa sunyi dan ditimpa masalah, ringankanlah bebanan dengan perkongsian bersama kawan-kawan.

Wujudnya Facebook, Twitter dan blog sememangnya untuk memudahkan perkongsian antara kita sesama kita.

Facebook, Twitter dan blog bukanlah tempat untuk kita menyebarkan kebencian.

“Mahu update apa ye pada Facebook dan Twitter?”

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

2/12/2009

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Apakah erti kegembiraan buat anda? # Keindahan dunia ini tidak bergantung kepada kegembiraan kita, tapi...
  2. Bila BTN Menyeru, Aku Terpaksa Pergi =================================================== Sekadar pengumuman. Tiada sesuatu pun yang mengghairahkan. Nak ghairah...