Kalau cakna kepada orang yang tersayang, pasti kita akan sentiasa bertanya khabar.

Kalau cakna kepada Malaysia, pasti kita akan marah dengan keputusan kerajaan yang mahu membina lebih banyak kelab malam di Malaysia.

Kalau cakna kepada Islam, kita pasti geram dengan kekejaman Zionis kepada umat Islam di Gaza.

Kenapa perlu cakna?

Cakna itu membina, membina kesatuan ummah dan keteguhan masyarakat.

Cakna itu tanda keimanan.

Dari Anas bin Malik radhiallahuanhu, Rasulullah sallallahualaihiwasallam berkata,

“Tidak beriman seseorang itu, sehinggalah dia cinta kepada saudaranya seperti dia cinta kepada dirinya sendiri.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hidup tidak bermakna tanpa perasaan cakna.

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.