Posted by Hairul Faizal Adli.
Results > Posts Filed Under > Cerita Ghairah
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Berikan satu banglo yang besar kepada perdana menteri .”
Menteri kewangan menganggukkan kepala. Perdana menteri pula tersangat gembira.
“Betulkah, tuanku? Terima kasih banyak, tuanku. Patik sangat gembira.”
Raja bertanya,
“Kamu gembira dengan hadiah beta?”
Perdana menteri menjawab,
“Ya, tuanku. Patik sangat gembira.”
Raja berkata lagi kepada menteri kewangan,
“Berikan lagi sebuah kereta mewah kepada perdana menteri .”
Menteri kewangan menganggukkan kepala. Perdana menteri pula makin bertambah-tambah gembira.
Apakah hadiah seterusnya untuk perdana menteri?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Air yang keluar dari tangki simbahan bertukar menjadi darah.
Sebatang tangan tiba-tiba terjulur keluar dari dalam mangkuk tandas.
Wajah kita dalam cermin, dengan sekelip mata bertukar menjadi hantu dengan wajah yang mengerikan. Kita memegang berus gigi dan lembaga dalam cermin itu memegang tulang yang masih berdaging, sambil darah masih berjejeran menitis daripadanya.
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Oh, sukanya kamu melompat-lompat ye si arnab. Lompatlah puas-puas. Sekejap lagi nyawa kamu akan melayang.”
Habis sahaja ayat itu diucapkan, otot-otot tubuh dan kaki harimau mula mengendur. Badannya menurun ke bawah dan tidak sampai satu saat, harimau sudah menyerbu keluar dari belukar itu.
Arnab terkejut dan segera berpaling. Mulutnya terus menjerit,
“Argh, harimau.”
