Posted by Hairul Faizal Adli.
Results > Posts Filed Under > Cinta Romantik
Posted by Hairul Faizal Adli.
Kompilasi kisah cinta yang mematuhi syariah, menggunakan teknik penulisan surah Yusuf dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Definisi Cinta
1. Syurga Cinta
Kisah Cinta
1. Kopi Pahit Kaw-kaw
2. Bercinta Di …..
3. …..
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Abang fikir Aisyah mahu bermadu. Abang bersedia untuk berkahwin lagi.”
Aisyah melayan usikan suaminya dan menunjukkan gaya mahu mencubit suaminya,
“Abang mahu cubitan padu daripada Aisyah? Sudah lama tidak dicubit, ya.”
Amir masih lagi mahu mengusik isterinya,
“Cubitan padu daripada Aisyah memang sakit, tetapi kalau cubitan rindu, abang rela dicubit.”
Aisyah cuba mencubit dan Amir mengelak. Aisyah cuba mencubit lagi dan Amir merelakan badannya dicubit oleh Aisyah. Mereka berdua tersenyum gembira.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Cinta.
Apa itu cinta?
Perasaan dan perbuatan yang diredhai oleh Allah dan membawa kita ke syurga.
Itulah cinta.
Apa-apa sahaja yang dimurkai oleh Allah, itu namanya cinta neraka. Takkanlah kerana cinta kita sanggup masuk neraka bersama-sama?
Wallahualam.
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Abang memang pakar dalam bercinta. Makin hari, makin Aisyah cinta kepada abang. Kadang-kadang, Aisyah rasa abang adalah pakar bius. Aisyah dibius cinta.”
Amir tersenyum.
“Nasib baik abang tidak menjadi doktor. Kalau tidak, ramai pula pesakit yang terbius dengan bius cinta abang.”
Wow, siapa yang pernah dibius cinta? Mari kita lihat, bagaimana Amir dan Aisyah bercinta sambil memasak di dapur.
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Sayang beritahulah abang dengan berita buruk terlebih dahulu. Insya Allah, abang akan bersabar dengannya dan mudah-mudahan berita yang baik kemudiannya akan menghilangkan kesedihan daripada berita buruk ini.”
Aisyah berkata,
“Abang, jodoh pertemuan dan ajal maut adalah milik Allah. Kita telah disatukan dengan ikatan nikah. Sekarang, hanya kematian sahaja yang belum memisahkan kita. Bersabarlah abang, Aisyah ada penyakit yang boleh membawa maut dan Aisyah mungkin akan hidup untuk sembilan bulan sahaja lagi.”
Apakah penyakit Aisyah? Apakah yang Amir akan lakukan untuk menyembuhkan penyakit Aisyah?
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Walaupun bulan sedang bersinar terang, senyuman di wajah sayang telah memudarkan sinaran bulan. ”
Aisyah tersenyum.
“Abang, tengok ke sana, ada aliran bintang. Subhanallah, cantiknya suasana malam ini.”
Amir memandang ke arah aliran bintang.
“Sayang, bintang pun kalah dengan senyuman sayang, sampai terjatuh bintang itu.”
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Abang ada hadiah untuk sayang. Sayang kenalah tutup mata. Manalah tahu abang akan bagi emas dan permata kepada sayang, nanti silau pula mata sayang.”
Aisyah tersenyum dan menutup matanya.
“Aisyah sudah tutup mata. Mana hadiah daripada abang?”
Amir menghulurkan bungkusan hadiah dan meletakkannya ke tangan Aisyah.
“Sayang boleh buka mata sekarang. Tengoklah hadiah yang abang berikan, istimewa untuk Aisyah, isteri abang yang tercinta.”
Aisyah berdebar-debar mahu tahu tentang hadiah itu. Hadiah apakah yang diterima oleh Aisyah?
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Abang sihat sahaja, tetapi tiada selera untuk makan sebab sayang tidak suapkan untuk abang.”
Aisyah tersenyum mendengar kata-kata suaminya.
“Oh, patutlah abang tiada selera untuk makan. Mahu suapan kasih daripada isteri rupa-rupanya.”
Aisyah mengambil lada yang berwarna merah terang.
“Mari Aisyah suapkan.”
Aisyah menyuapkan lada yang pedas kepada suaminya. Apakah yang akan terjadi kepada Amir? Adakah Amir akan menggelupur kepedasan?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Aisyah berkata kepada Amir,
“Abang, tenaga orang lelaki memang kuat dan lebih gagah daripada perempuan, kan?”
Amir memandang isterinya dan berkata,
“Ya, itulah anugerah Allah kepada orang lelaki. Dengan kekuatan ini, abang akan sentiasa melindungi sayang.”
Aisyah berkata…
Oh, apakah kata-kata Aisyah untuk suaminya?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Si isteri tersenyum.
“Terima kasihlah, abang. Sebagai tanda penghargaan atas pujian abang, sekejap lagi sayang buatkan kopi pahit untuk abang. Pahit kaw-kaw punya.”
Si suami terkejut.
“Eh, jom kita pergi beli gula, sayang.”
Si isteri masih lagi tersenyum.
“Kenapa perlu beli gula, abang? Sayang tidak cukup maniskah untuk abang?”
