Posted by Hairul Faizal Adli.
Results > Posts Filed Under > Gurauan Romantis
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Abang memang pakar dalam bercinta. Makin hari, makin Aisyah cinta kepada abang. Kadang-kadang, Aisyah rasa abang adalah pakar bius. Aisyah dibius cinta.”
Amir tersenyum.
“Nasib baik abang tidak menjadi doktor. Kalau tidak, ramai pula pesakit yang terbius dengan bius cinta abang.”
Wow, siapa yang pernah dibius cinta? Mari kita lihat, bagaimana Amir dan Aisyah bercinta sambil memasak di dapur.
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Sayang beritahulah abang dengan berita buruk terlebih dahulu. Insya Allah, abang akan bersabar dengannya dan mudah-mudahan berita yang baik kemudiannya akan menghilangkan kesedihan daripada berita buruk ini.”
Aisyah berkata,
“Abang, jodoh pertemuan dan ajal maut adalah milik Allah. Kita telah disatukan dengan ikatan nikah. Sekarang, hanya kematian sahaja yang belum memisahkan kita. Bersabarlah abang, Aisyah ada penyakit yang boleh membawa maut dan Aisyah mungkin akan hidup untuk sembilan bulan sahaja lagi.”
Apakah penyakit Aisyah? Apakah yang Amir akan lakukan untuk menyembuhkan penyakit Aisyah?
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Walaupun bulan sedang bersinar terang, senyuman di wajah sayang telah memudarkan sinaran bulan. ”
Aisyah tersenyum.
“Abang, tengok ke sana, ada aliran bintang. Subhanallah, cantiknya suasana malam ini.”
Amir memandang ke arah aliran bintang.
“Sayang, bintang pun kalah dengan senyuman sayang, sampai terjatuh bintang itu.”
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Abang ada hadiah untuk sayang. Sayang kenalah tutup mata. Manalah tahu abang akan bagi emas dan permata kepada sayang, nanti silau pula mata sayang.”
Aisyah tersenyum dan menutup matanya.
“Aisyah sudah tutup mata. Mana hadiah daripada abang?”
Amir menghulurkan bungkusan hadiah dan meletakkannya ke tangan Aisyah.
“Sayang boleh buka mata sekarang. Tengoklah hadiah yang abang berikan, istimewa untuk Aisyah, isteri abang yang tercinta.”
Aisyah berdebar-debar mahu tahu tentang hadiah itu. Hadiah apakah yang diterima oleh Aisyah?
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Abang sihat sahaja, tetapi tiada selera untuk makan sebab sayang tidak suapkan untuk abang.”
Aisyah tersenyum mendengar kata-kata suaminya.
“Oh, patutlah abang tiada selera untuk makan. Mahu suapan kasih daripada isteri rupa-rupanya.”
Aisyah mengambil lada yang berwarna merah terang.
“Mari Aisyah suapkan.”
Aisyah menyuapkan lada yang pedas kepada suaminya. Apakah yang akan terjadi kepada Amir? Adakah Amir akan menggelupur kepedasan?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Aisyah berkata kepada Amir,
“Abang, tenaga orang lelaki memang kuat dan lebih gagah daripada perempuan, kan?”
Amir memandang isterinya dan berkata,
“Ya, itulah anugerah Allah kepada orang lelaki. Dengan kekuatan ini, abang akan sentiasa melindungi sayang.”
Aisyah berkata…
Oh, apakah kata-kata Aisyah untuk suaminya?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Si isteri tersenyum.
“Terima kasihlah, abang. Sebagai tanda penghargaan atas pujian abang, sekejap lagi sayang buatkan kopi pahit untuk abang. Pahit kaw-kaw punya.”
Si suami terkejut.
“Eh, jom kita pergi beli gula, sayang.”
Si isteri masih lagi tersenyum.
“Kenapa perlu beli gula, abang? Sayang tidak cukup maniskah untuk abang?”
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Kalau abang ada bunga ros, abang akan simpan dalam pasu. Kalau sayanglah yang jadi bunga cinta abang, abang akan simpan dalam hati abang.”
Dalam Hati Ada Taman.
“Dalam hati ada taman, dalam taman ada teman. Teman itulah si bunga cinta. Dalam hati ada taman dan sekuntum bunga cinta mekar harum di dalamnya. Akan kubaja dengan kerinduan dan akan kusiram dengan kasih sayang. Semoga Allah sentiasa redha.”

