Results > Posts Filed Under > Jepun Memang Best

Dec 6
Posted by Hairul Faizal Adli.

Cahaya Ajaib, Lampu Magik

4

Video: Saya terpukau melihat keindahan cahaya, hasil susunan LED dan cermin di Tokyo Midtown Illumination. Saksikanlah…

Gambar: Terapi cahaya memang menggembirakan.

Saya suka iluminati. Iluminati ini tiada kaitan dengan konspirasi yang karut-marut.

Read on »

Nov 29
Posted by Hairul Faizal Adli.

Apa Yang Menarik Di Negara Jepun?

7

ShareAntara benda-benda yang menarik di Jepun:
1. Katak oh katak: Sehodoh-hodoh katak, jadi comel juga dalam bentuk ini. (Gambar penghadang jalan di Jepun.)

2. Arnab comel di tepi jalan: Penghadang jalan pun perlu comel, baru ada orang yang nak tengok dan baca notis larangan.

3. Kedai gunting rambut yang kreatif: Tiang di tepi jalan dijadikan model, dipakaikan baju dan rambut palsu. Semua orang yang melalui jalan ini akan teruja melihat model jalanan ini.

4. Beratur nak masuk neraka: Orang ramai beratur panjang untuk menunggu …

Read on »

Nov 5
Posted by Hairul Faizal Adli.

Kami Ke Palestin

3

Tatkala beliau dipijak dan disakiti oleh askar Yahudi jahanam, kepada Allah jualah beliau berserah.

“Hasbunallahuwanikmalwakil. Memadailah Allah sebagai pelindung kami. Kaki yang memijakku adalah milikmu, badan yang dipijak juga adalah milikmu, dan semua yang terjadi ini juga adalah kerana izinmu.”

Walau berterusan dipijak, tiada lagi kesakitan yang beliau rasakan selepas itu.

Ustaz Hasanuddin juga berkongsi kepada kami mengenai strategi pelayaran Mavi Marmara yang mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sebelum Perjanjian Hudaibiah.

Apakah strategi itu?

Read on »

Nov 3
Posted by Hairul Faizal Adli.

Ingat Jepun, Jangan Lupakan Syurga

0

# Imbauan nostalgia dan muhasabah untuk kita yang telah berada di Jepun dan rujukan untuk mereka yang belum sampai ke Jepun. Motivasi untuk kita yang mahu menuju ke syurga.

Kenapa Mahu Pergi Ke Jepun?

Kalau datang ke Jepun untuk belajar, kita akan dapat lebih daripada ilmu.

Kalau datang ke Jepun untuk bekerja, kita akan dapat lebih daripada duit.

Kalau datang ke Jepun untuk melancong, kita akan dapat lebih daripada pengalaman.

Kalau datang ke Jepun untuk bersuka-ria, kita akan dapat lebih daripada keseronokan.

Bagaimana pula dengan syurga?

Read on »

Oct 28
Posted by Hairul Faizal Adli.

Mahu Kahwin Dengan Orang Jepun?

13

Kami berlainan bangsa, berbeza bahasa dan pelbagai negara. Kami disatukan oleh kalimah,

“LA ILA HA ILLALLAH.”

Kalimah tauhid yang agung dan indah ini hanya terdiri daripada susunan tiga huruf sahaja,

“Alif, Lam dan Ha.”

Apakah ada di kalangan manusia yang mampu menyusun satu kalimah yang mengandungi makna yang cukup besar dengan hanya menggunakan tiga huruf sahaja?

Dari segi bahasa dan dalam mana-mana bahasa sekalipun, tidak akan ada satu ungkapan yang mengandungi makna yang besar, yang disusun dengan menggunakan tiga huruf sahaja, selain daripada kalimah

“LA ILA HA ILLALLAH. “

Read on »

Sep 19
Posted by Hairul Faizal Adli.

Rumah Bertukar, Tetamu Tetap Sama

4

Indah sungguh suasana raya di perantauan kali ini. Untaian kata tidak dapat menggambarkan kebahagiaan kami, taipan keyboard tidak mampu mengungkapkan kegembiraan kami.

Kami beraya di perantauan dan kami tetap gembira. Kami bahagia dengan kerinduan kepada keluarga dan kami ceria dengan adanya rakan-rakan di sisi. Terlebih utama, kami gembira kerana kami ada Allah. Ingat Allah, hati-hati pasti akan menjadi tenang.

Read on »

Mar 30
Posted by Hairul Faizal Adli.

Tiada Paksaan Untuk Membaca

3

Fakta 1: Orang Jepun menghabiskan separuh daripada hayat mereka di dalam kereta api.

Fakta 2: Orang Malaysia pula menghabiskan separuh daripada hayat mereka di dalam kenderaan, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Fakta 3: Kedua-dua fakta di atas, tidak dapat disahkan betul ataupun tidak. Fakta ataupun auta, terpulanglah kepada kita untuk menilainya.

Read on »

Nov 27
Posted by Hairul Faizal Adli.

Kenapa Datang Ke Jepun?

2

Kalau kita datang ke Jepun untuk ehem… ehem… ehem…
kita akan mendapat lebih daripada ehem… ehem… ehem…

Apakah ehem… ehem… ehem… itu?

Read on »

Nov 19
Posted by Hairul Faizal Adli.

Pelukan Hangat Pada Musim Sejuk

9

“Tiada yang lebih indah pada musim sejuk, melainkan berada di dalam futon dan tidur dengan sepuas-puasnya.”

Suhu jatuh menjunam dan iman kita pun sama-sama jatuh menjunam.

Suhu hanya turun mencecah 8 darjah Celsius, iman kita sudahpun menjunam ke paras negatif.

Read on »

Jun 22
Posted by Hairul Faizal Adli.

Teka-teki Misteri

24

Kita ini orang yang sedang berjuang, putus asa bukan bahasa kita. Kita ini orang yang hebat, biasa-biasa itu bukan taraf kita. Kita ini orang yang terpilih, main-main itu bukan perangai kita.

Read on »

 Page 1 of 3  1  2  3 »