Results > Posts Filed Under > Malaysiaku Tercinta

Jul 20
Posted by Hairul Faizal Adli.

Kita Adalah Penggoncang Dunia

6

Inilah kata-kata seorang pemimpin yang zalim,

“Kita halalkan judi, kita potong subsidi. Kita naikkan harga minyak, kebajikan rakyat kita lanyak. Kita ambil rasuah, hidup kita pasti akan mewah. Kita kan pemimpin. Kita ada kuasa, kita gagah perkasa. Rakyat biasa? Biarkan mereka binasa.”

Mereka tidak melafazkan kata-kata ini di mulut mereka, tetapi mereka melaksanakannya menerusi perbuatan mereka. Mereka pemimpin yang hebat. Mereka tahu, buat lebih daripada berkata-kata.

Apa pula kata-kata seorang pemuda yang bakal menggoncangkan dunia?

Read on »

Oct 16
Posted by Hairul Faizal Adli.

Satu Esei Harganya RM557

7

Inilah esei yang ditulis sempena sambutan kemerdekaan yang ke-52. Nilainya sekarang adalah 15000 Yen atau lebih kurang RM557.

Read on »

Jul 4
Posted by Hairul Faizal Adli.

Buat Benda Ghairah, Tidak Perlu Diarah

9

Dua ekor cicak yang baru lepas mengawan, sedang seronok mengumpat Najib.

“Alahai, nampak penat sungguh si Najib tu. Macamlah banyak sangat kerjanya. Penatnya mengalahkan Najib, Perdana Menteri kita. Najib PM tu, satu Malaysia dia jaga, sejuta masalah dia kena fikir. Betul la penat. Tapi, dia tetap relaks je, bukan macam si Najib ni.”

Read on »

Nov 27
Posted by Hairul Faizal Adli.

Umar Yang Aku Kenal

32

“Malam yang tenang telah menyelimuti mereka yang telah kembali ke peraduan. Seorang lelaki menyingkir selimutnya. Dia bangun berjalan menyusuri lorong sepi. Angin berhembus dingin menusuk tulang. Lelaki itu keluar menyatu dengan malam. Dia tidak boleh tidur.”

“Dia khuatir kalau ada musafir terlantar yang tidak menemui tempat penginapan, orang sakit yang perlukan ubat, dan orang kelaparan yang tidak menemui sesuatu yang mengalas perutnya.”

“Dia khuatir ada urusan rakyatnya yang dia abaikan. Bahkan dia juga merasa bertanggungjawab terhadap seekor keldai yang tergelincir di tepi Sungai Furat.”

Read on »

Aug 22
Posted by Hairul Faizal Adli.

Merdeka, Puasa Dan Megasales

34

1 September nanti, kita dijangka akan mula berpuasa. Ops, kau, terutamanya para gadis dan wanita. Masa masih ada, jangan lupa kewajipan anda.

Kedatangan Ramadhan memang sentiasa dinanti-nantikan. Datangnya kali ini berkembar dengan kemerdekaan negara. Kita merdeka dari penjajah, dan akan merdeka sekejap dari godaan syaitan selama sebulan. Tapi, ancaman hawa nafsu tetap berbahaya.

Read on »

Jul 1
Posted by Hairul Faizal Adli.

Satu Julai, Satu Bencana, Sejuta Kegeraman.

18

Satu Julai, Satu Bencana, Sejuta Kegeraman.

Hari ini 1 Julai. Muncul lagi satu bencana, menambahkan lagi satu kegelisahan rakyat. Hari ini, tarif elektrik mula dinaikkan. Kenaikannya adalah 26 peratus. Amat menyakitkan. Sakit dan derita kerana harga minyak hari itu masih belum sembuh, kini luka yang ada seolah-olah disimbahkan lagi dengan asid.

Aduh.

Read on »

Jun 25
Posted by Hairul Faizal Adli.

Ghairah Tapi Tak Lucah

51

Sesuai dengan tajuk, kali ini aku akan mengupas satu topik yang amat mengghairahkan, iaitu SEKS. Tapi, aku beri jaminan pada kau. Entri ini tiada unsur kelucahan yang melampau.

Selepas kau baca entri ini, kau pasti akan terangsang. Tapi, yang terangsang adalah minda kau, bukan benda itu. :)

Jom, mari kita jelajahi seluruh Malaysia dan kita bongkarkan realiti seksual di negara kita. Buka mata, buka minda, tutup pakaian kau.

Read on »

Jun 21
Posted by Hairul Faizal Adli.

Kau Unik, Tapi Tak Berguna

53

Lain orang, lain ragamnya. Lain ilusi, lain fantasinya. Lain hati, lain realitinya. Itulah, kita sama-sama manusia, tapi kita semuanya berbeza. Dan perbezaan itulah yang menjadikan kita unik.

Read on »

Jun 14
Posted by Hairul Faizal Adli.

Aku Bukan Warganegara Malaysia

91

===================================================

*AMARAN* Kalau kau tak memahami Perlembagaan Malaysia, jangan cetuskan sebarang spekulasi. Tulisan aku ini bebas dari sebarang unsur perkauman, dan tidak mengancam keselamatan negara.

===================================================

Read on »

Jun 9
Posted by Hairul Faizal Adli.

Bila BTN Menyeru, Aku Terpaksa Pergi

10

===================================================

Sekadar pengumuman. Tiada sesuatu pun yang mengghairahkan. Nak ghairah juga? Kau bacalah artikel-artikel aku yang sebelum ini. Aku jamin, kunjungan kau takkan sia-sia. ;)

===================================================

Read on »

 Page 1 of 2  1  2 »