Posted by Hairul Faizal Adli.
Results > Posts Filed Under > Malaysiaku Tercinta
Posted by Hairul Faizal Adli.
Kita amat suka untuk mencincang sehingga tiada masa untuk berbincang.
Kita lebih banyak menghina daripada membina.
Kita lebih agresif untuk menyerang, bukannya menerang.
Sanggup bermati-matian kerana tidak mahu menerima pandangan orang lain?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Inilah kata-kata seorang pemimpin yang zalim,
“Kita halalkan judi, kita potong subsidi. Kita naikkan harga minyak, kebajikan rakyat kita lanyak. Kita ambil rasuah, hidup kita pasti akan mewah. Kita kan pemimpin. Kita ada kuasa, kita gagah perkasa. Rakyat biasa? Biarkan mereka binasa.”
Mereka tidak melafazkan kata-kata ini di mulut mereka, tetapi mereka melaksanakannya menerusi perbuatan mereka. Mereka pemimpin yang hebat. Mereka tahu, buat lebih daripada berkata-kata.
Apa pula kata-kata seorang pemuda yang bakal menggoncangkan dunia?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Inilah esei yang ditulis sempena sambutan kemerdekaan yang ke-52. Nilainya sekarang adalah 15000 Yen atau lebih kurang RM557.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Dua ekor cicak yang baru lepas mengawan, sedang seronok mengumpat Najib.
“Alahai, nampak penat sungguh si Najib tu. Macamlah banyak sangat kerjanya. Penatnya mengalahkan Najib, Perdana Menteri kita. Najib PM tu, satu Malaysia dia jaga, sejuta masalah dia kena fikir. Betul la penat. Tapi, dia tetap relaks je, bukan macam si Najib ni.”
Najib buat benda yang tidak senonohkah sampaikan cicak pun mengumpat pasal Najib?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Seorang makcik yang bermuka masam dengan otot-otot muka yang ketat sedang menjaga kaunter bayaran. Tiba-tiba, otot di bahagian mulutnyameregang dan terpancullah satu pertanyaan kasar yang kurang enak untuk didengar.
“Takde duit kecik ke?”
Pelanggan yang mahu membayar mula kepanasan. Terasa ringan sahaja tangannya mahu menampar muka makcik itu. Nasib baik lelaki yang gagah itu kool sahaja. Dengan penuh yakin dan gagahnya dia berkata:
“Inilah duit saya yang paling kecil.”
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Malam yang tenang telah menyelimuti mereka yang telah kembali ke peraduan. Seorang lelaki menyingkir selimutnya. Dia bangun berjalan menyusuri lorong sepi. Angin berhembus dingin menusuk tulang. Lelaki itu keluar menyatu dengan malam. Dia tidak boleh tidur.”
“Dia khuatir kalau ada musafir terlantar yang tidak menemui tempat penginapan, orang sakit yang perlukan ubat, dan orang kelaparan yang tidak menemui sesuatu yang mengalas perutnya.”
“Dia khuatir ada urusan rakyatnya yang dia abaikan. Bahkan dia juga merasa bertanggungjawab terhadap seekor keldai yang tergelincir di tepi Sungai Furat.”
Posted by Hairul Faizal Adli.
1 September nanti, kita dijangka akan mula berpuasa. Ops, kau, terutamanya para gadis dan wanita. Masa masih ada, jangan lupa kewajipan anda.
Kedatangan Ramadhan memang sentiasa dinanti-nantikan. Datangnya kali ini berkembar dengan kemerdekaan negara. Kita merdeka dari penjajah, dan akan merdeka sekejap dari godaan syaitan selama sebulan. Tapi, ancaman hawa nafsu tetap berbahaya.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Satu Julai, Satu Bencana, Sejuta Kegeraman.
Hari ini 1 Julai. Muncul lagi satu bencana, menambahkan lagi satu kegelisahan rakyat. Hari ini, tarif elektrik mula dinaikkan. Kenaikannya adalah 26 peratus. Amat menyakitkan. Sakit dan derita kerana harga minyak hari itu masih belum sembuh, kini luka yang ada seolah-olah disimbahkan lagi dengan asid.
Aduh.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Lain orang, lain ragamnya. Lain ilusi, lain fantasinya. Lain hati, lain realitinya. Itulah, kita sama-sama manusia, tapi kita semuanya berbeza. Dan perbezaan itulah yang menjadikan kita unik.
Posted by Hairul Faizal Adli.
===================================================
*AMARAN* Kalau kau tak memahami Perlembagaan Malaysia, jangan cetuskan sebarang spekulasi. Tulisan aku ini bebas dari sebarang unsur perkauman, dan tidak mengancam keselamatan negara.
===================================================
