Posted by Hairul Faizal Adli.
Results > Posts Filed Under > Motivasi
Posted by Hairul Faizal Adli.
Menterjemah Situasi, Menyangkal Persepsi
“Dalam kekalutan ada kegelisahan, dalam ketenangan ada kebaikan.”
Ya. Itulah falsafah yang perlu dipegang. Usah ribut-ribut, nanti kau kelam-kabut. Usah kalut-kalut, nanti kau jadi melalut. Dalam situasi yang seteruk mana sekalipun, jangan cepat panik. Ambil masa untuk bertenang. Apabila bertenang, semuanya jadi senang.
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Letakkan Khalid al-Walid di medan perang, dan kemenangan pasti miliknya.”
Pedang Allah, itulah gelaran bagi pahlawan Islam yang agung, Khalid al-Walid yang terkenal hebat dan gagah di medan perang. Dialah pedang yang akan merobek-robekkan musuh-musuh Allah.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Kasihan pada mak, kasihan pada ayah.
Dari kecil sampai besar, mak dan ayah berkorban untuk membesarkan kita. Betapa besarnya jasa dan pengorbanan mereka. Apa yang kita sudah lakukan untuk membalas jasa mereka? Nak menguruskan jenazah mak dan ayah pun kita tak mampu.
Akhirnya, jenazah mak dan ayah menjadi tetamu di barzakh. Anak-anak pula terus leka dengan kehidupan dunia. Mak dan ayah menanti-nantikan doa daripada anak-anak yang soleh.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Marah tapi tak benci, benci tapi tak marah. Satu istilah yang sukar difahami.
“Marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharapkan perubahan. Manakala benci pula adalah luahan rasa tidak puas hati tanpa mengharapkan perubahan. Putus asa dengan pasangan!”
Sungguh tipis beza di antara marah dan benci.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Aku ada kawan. Nama dia Farah. Farah suka warna merah dan Farah juga suka marah-marah. Bila Farah marah, muka Farah merah, tapi Farah tetap comel. Bila Farah marah, aku hanya pasrah lalu tunduk menyerah. Oh, Farah.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Jeng jeng jeng………
Result aku tak berapa ANGGUN, ada satu A sahaja, tak cukup BAGUS sebab B pun ada satu sahaja. Yang pasti, result aku amat CEMERLANG, kerana banyak C. C untuk CEMERLANG, C juga untuk COMEL.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Sungguh. Kami betul-betul tersedar kali ini. Baru terasa betapa besarnya amanah yang sedang dipikul. Amanah dari Allah dan juga amanah rakyat. Satu amanah yang tak boleh dibandingkan dengan sekeping biskut.
Dengan ikhlas kami berdoa, mengharapkan kasih Allah agar kami terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.
“Keikhlasan doa, keagungan kasih, merubah takdir…….”
Posted by Hairul Faizal Adli.
Dalam satu kajian, jangka hayat orang yang selalu gelisah ini adalah pendek. Oh, lagilah kau risau bila mendengar kenyataan ini, bukan? Kalau kau risau, bertambah pendek lagilah jangka hayat kau itu.
La Tahzan, Jangan Bersedih

