Posted by Hairul Faizal Adli.
Results > Posts Filed Under > Mari Bersantai
Posted by Hairul Faizal Adli.
Mahu ucapkan apa sempena hari kelahiran orang yang tersayang?
Cukupkah sekadar menghadiahkan doa sahaja, atau perlu diserikan lagi dengan pemberian hadiah?
Apakah hadiah yang terhebat untuk diberikan kepada diri sendiri?
Kawan-kawan pun mahukan hadiah yang terhebat? Jom tengok, hadiah apa yang kawan-kawan boleh dapat di sini.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Ketika ada jemaah yang mula menyerbu makanan, pegawai kedutaan Arab Saudi yang menguruskan program memberikan ingatan kepada kami,
“Please take the food in muslim way. The muslim way is we take the food one by one.”
Para jemaah mula beratur. Pegawai berkenaan memberikan galakan
“Now, we know the secret, please enjoy yourself.”
Eh, mana teka-tekinya?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Kuasa penampar memang hebat.
Penampar yang kuat dapat menggelegakkan otak dan mampu menghilangkan kewarasan manusia untuk sementara waktu.
Usah cerita panjang, kerana saya tidak mahu ditampar oleh tuan-tuan sekalian.
Ketahuilah bahawa dengan satu penampar, persoalan mengenai ketuhanan dapat dijelaskan dengan mudah.
Ceritanya begini…
Posted by Hairul Faizal Adli.
Ada stail, kita bergaya.
Ada harta, kita kaya.
Ada akhlak, kita mulia.
Ada ilmu, kita berjaya.
Ada semuanya, kita bahagia.
“Saya mahu menuntut ilmu. Ada ilmu, beres sokmo. Ya Allah, jauhkanlah hambamu ini daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Semoga Allah sentiasa redha.”
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Ada buku yang membawa saya mengembara ribuan kilometer untuk mencarinya.”
“Ada juga buku yang menyebabkan saya terpaksa mengikat perut untuk mendapatkannya.”
“Ada buku yang mengheret saya masuk ke bilik bawah tanah untuk mendapatkannya.”
“Ada juga buku yang menyebabkan saya tidur sambil tersenyum kerana berjaya memiliknya.”
Posted by Hairul Faizal Adli.
Air yang keluar dari tangki simbahan bertukar menjadi darah.
Sebatang tangan tiba-tiba terjulur keluar dari dalam mangkuk tandas.
Wajah kita dalam cermin, dengan sekelip mata bertukar menjadi hantu dengan wajah yang mengerikan. Kita memegang berus gigi dan lembaga dalam cermin itu memegang tulang yang masih berdaging, sambil darah masih berjejeran menitis daripadanya.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Mereka ini jaguh di jalan raya, kalau di Jepun di panggil hashiriya, hebat melakukan aksi berbahaya, kadang-kadang mempunyai nafsu seperti buaya, tetapi di dalam kubur nanti akan kekalkah kehebatan mereka itu?
Dapatkah mereka bersemuka tanpa sebarang ketakutan dengan Munkar dan Nakir nanti?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Kita bebas untuk hidup bergaya tetapi jangan sesekali hidup berfoya-foya. Kita hindari segala bahaya, kita jauhi segala perbuatan yang sia-sia. Mari kita isi usia ini dengan budaya yang mulia.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Orang kata, perempuan suka menangis. Orang juga kata, air mata perempuan adalah senjata. Kata-kata itu ada kebenarannya. Harap-harap, air mata lelaki juga boleh menjadi senjata.
Bagaimana mahu menjadikan air mata sebagai senjata?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Di dalam dewan peperiksaan yang begitu sunyi, tiba-tiba terdengar bunyi hentakan tapak kasut yang membingitkan telinga.
“Ktak…….ktak…….ktak…….”
Seorang pelajar yang berwajah serius menjeling tajam. Mulutnya mengomel sendirian.
“Ish……. Tensionnya aku. Nak keluar pun jalan la senyap-senyap. Tau la dah siap.”
