Posted by Hairul Faizal Adli.
Results > Posts Filed Under > Tazkirah
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Meja makan itu meja kebaikan. Nasinya berlaukkan ilmu dan airnya berisi hikmah.”
Kaum keluarga bertemu, hidangan dijamu, dan dilengkapkan dengan ilmu. Itulah pakej sembang dan pakej cerita kedai kopi yang lengkap; makanan jasmani dan santapan rohani. Makanan dihadam oleh perut, diproses menjadi tenaga untuk menggerakkan perjuangan, dan ilmu dicerna oleh akal, ditapis menjadi gagasan pemikiran.
Nasihat yang baik sama pentingnya dengan makanan yang berkhasiat. Makan berjemaah yang ditambah dengan perbualan yang bermanfaat, itulah pelengkap kehidupan manusia.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Kalau dibedah dada, nampak jantung dan hati. Tetapi ikhlas itu, hanya Allah sahaja yang mampu menilainya.
Sedikit dialog romantis sebagai selingan:
(Cerita ada dalam artikel penuh)
Sesuatu perbuatan itu, nilailah cara, hukum dan manfaatnya. Soal ikhlas ataupun tidak, serahkan kepada Allah. Bukan urusan manusia untuk menilai hati manusia.
“Kamu kena sedar, kamu diserang tsunami kerana dosa kamu. Ingatlah tuhan dan bertaubatlah. Kamu diuji dengan gempa bumi supaya kamu sedar akan dahsyatnya goncangan pada hari kiamat nanti.”
Demi Allah, kita sering terlupa akan perkataan hikmah dalam berdakwah, wahai orang-orang yang beriman. Takkanlah hati kita dipenuhi dengan iman, sehingga tiada lagi simpati di dalam hati? Takkanlah hati kita dipenuhi dengan ayat-ayat al-Quran sehingga terlupa akan ayat-ayat simpati?
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Aku tidak pernah menderita.”
Siapakah orang yang tidak pernah menderita?
Masuk syurga walaupun sekelip mata, habis hilang segala derita. 11 minit yang akan memberikan kebahagiaan kepada para pendengar, saksikanlah video ini.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Manusia semakin hebat dalam seni kosmetik. Setakat untuk mencantikkan rupa manusia, itu hanyalah perkara biasa. Manusia semakin kreatif dan kini mereka mula bereksperimen dengan seni kosmetik bahasa.
Apakah itu kosmetik bahasa?
Pertama sekali, mari kita lihat seni kosmetik bahasa dalam dunia politik. Orang politik memang hebat dalam seni kosmetik bahasa. Mereka tidak perlukan pertolongan sasterawan negara untuk membantu mereka dalam soal ini. Berikan kepada mereka satu perkara yang haram, maka mereka mengurangkan keharamannya dengan kosmetik bahasa.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Apakah nilai perbuatan menjentik perdana menteri itu sama dengan perbuatan kita menjentik budak dan orang tua?
Rasa-rasanya tidak, paling kurang pun kita akan ditangkap dan akan dibicarakan mengikut prosedur yang ketat kerana telah menjentik telinga seorang perdana menteri.
Bayangkan pula kalau kita menjentik telinga seorang raja. Apakah yang akan terjadi? Silap-silap kita akan dijatuhkan hukuman pancung ataupun dibuang negeri.
Kenapa berbeza-beza nilaian dan balasan yang kita terima? Bukankah kita menggunakan jari yang sama dan kita juga menjentik anggota badan yang sama, iaitu telinga.
“Aku pun ada banyak dosa, macam mana nak memberi nasihat kepada orang lain?”
Ketahuilah, syaitan akan bergembira dengan kata-kata kita ini. Sanggupkah kita memberikan kegembiraan kepada syaitan, sedangkan syaitanlah yang akan mengheret kita masuk ke neraka.
Seorang penyair pernah berkata,
“.إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب فمن يعظ العاصين بعد محمد”
“Apabila seseorang yang melakukan dosa itu tidak menasihati manusia, maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad?”
Sa’id bin Jubair berkata,
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Wah, cantiknya lukisan adik.”.
Ini adalah pujian yang umum. Kita pujilah secara spesifik, terangkan apa yang cantik pada lukisan adik kita itu.
“Wah, cantiknya lukisan adik. Warna pun lawa. Cantik pokok yang adik lukis dalam gambar ini.”
Apabila kita memuji secara spesifik maka orang yang dipuji itu tahu bahawa kita sememangnya memberikan perhatian terhadap apa yang mereka tunjukkan. Mereka juga sedar bahawa puji-pujian tersebut bukan sekadar untuk mengambil hati.
Diam tanpa memuji, itu satu kerugian.
Diam tanpa mengeji, itu tindakan terpuji.
Bercakap dan mengeji, itu perangai ahli neraka.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Oh, sibuknya kita mahu berjumpa dengan orang itu dan orang ini. Dan kebanyakan orang yang kita nak jumpa, semuanya ada kepentingan untuk kita. Alangkah susahnya mahu berjumpa dengan manusia.
Lain pula dengan Raja Segala Raja. Dialah Allah, tuhan yang kita sembah.
Nak jumpa Allah, nak bercakap dengan Allah, mudah sahaja.
Solat (sembahyang). Melalui solat, kita mendekatkan diri kepada Allah, dan dengan doa kita berkomunikasi dengannya.
Nak minta kerja, kita kena buat surat permohonan, kena tunjukkan bakat dan kehebatan diri. Tetapi, kalau nak minta doa dengan Allah, mudah sahaja. Sujudlah kepada Allah dan rendahkan diri kita, akui kelemahan diri, akui yang diri kita ini adalah hamba kepadanya.
Hamba? Bukankah hamba itu satu darjat yang hina?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Tatkala beliau dipijak dan disakiti oleh askar Yahudi jahanam, kepada Allah jualah beliau berserah.
“Hasbunallahuwanikmalwakil. Memadailah Allah sebagai pelindung kami. Kaki yang memijakku adalah milikmu, badan yang dipijak juga adalah milikmu, dan semua yang terjadi ini juga adalah kerana izinmu.”
Walau berterusan dipijak, tiada lagi kesakitan yang beliau rasakan selepas itu.
Ustaz Hasanuddin juga berkongsi kepada kami mengenai strategi pelayaran Mavi Marmara yang mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sebelum Perjanjian Hudaibiah.
Apakah strategi itu?
