Posted by Hairul Faizal Adli.
Results > Posts Filed Under > Tazkirah
Posted by Hairul Faizal Adli.
Apabila sudah mampu menikmati kemanisan dalam perjuangan:
Hukuman buang daerah dirasakan seumpama pakej perlancongan.
Hukuman penjara dianggap seperti masa untuk beristirehat.
Hukuman bunuh pula diumpamakan sebagai jalan pintas untuk menemui Allah, kekasih yang amat kita rindui. Dialah tuhan kita, dialah kekasih kita.
Ungkapan siapakah ini?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Ketika Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api, dia berkata:
“Hasbunallahi wa ni’mal wakil.”
Maka api yang membakar tubuhnya menjadi sejuk.
Kita ada sejuta masalah dunia? Kita menderita dengan sejuta kesakitan?
Posted by Hairul Faizal Adli.
Sekarang waktunya untuk kita bicara soal perjuangan, bukan lagi sibuk memburu keseronokan.
Selagi masih hidup, buatlah sesuatu yang kita suka, dan buatlah dengan bersungguh-sungguh. Itulah yang terbaik untuk kehidupan kita.
Mari kita bongkarkan misteri, kita gandakan kejayaan dan kita cipta sejarah gemilang untuk Islam.
Kita adalah remaja, kita adalah orang yang hebat.
Berikan pen kepada manusia dan akan ada manusia yang menggunakan pen itu untuk menulis penghinaan kepada kita. Sedangkan tuhan yang memberikan rezeki pun sentiasa dihina, apatah lagi manusia yang serba kekurangan ini.
Jadilah kita seperti pohon yang rendang. Walaupun dibaling orang, buah juga yang diberikan. Walaupun dicantas orang, bayang untuk berteduh juga yang disediakan.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Kebenaran diutamakan, barulah diserikan dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang disampaikan akan menusuk hati dan bahasa yang indah akan menyedapkan telinga yang mendengar.
Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Posted by Hairul Faizal Adli.
Tajamnya pedang mampu menghiris badan, tajamnya kata-kata mampu menghiris perasaan.
Jangan takut memperkatakan kebenaran. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang benar.
“Matanya buta, ditutup dengan pangkat. Mulutnya bisu, disumbat dengan harta. Fatwanya terpesong, digertak pemerintah.”
Posted by Hairul Faizal Adli.
Ada stail, kita bergaya.
Ada harta, kita kaya.
Ada akhlak, kita mulia.
Ada ilmu, kita berjaya.
Ada semuanya, kita bahagia.
“Saya mahu menuntut ilmu. Ada ilmu, beres sokmo. Ya Allah, jauhkanlah hambamu ini daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Semoga Allah sentiasa redha.”
Posted by Hairul Faizal Adli.
“Eh, kenapa kamu tidak percaya kepada Tuhan?”
Membulat mata Steven apabila mendengar pertanyaan saya.
“OK. Kamu mahu tahu satu rahsia? Mari saya beritahu kamu satu rahsia.”
Siapa yang dapat menahan diri untuk mengetahui sesuatu rahsia? Dan saya menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar rahsia daripada Steven.
“Dalam orbit yang mengelilingi bumi ini, ada gajah yang besar.”
Posted by Hairul Faizal Adli.
Bermula dengan kesudahan di dalam minda.
Jika kita tahu bagaimana mahu mati, maka kita akan tahu bagaimana mahu hidup. Menentukan cara kematian kita akan menentukan cara kehidupan kita.
