Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Cinta Mengambang Penuh
Amir dan Aisyah sedang memandang ke arah langit. Amir berkata kepada isterinya,
“Sayang, langit pada malam ini begitu gelap. Cahaya bulan pun suram sahaja.”
Aisyah menjawab,
“Bukankah sekarang bulan sedang mengambang penuh? Langit begitu cerah dan dihiasi dengan bintang-bintang yang berkerlipan indah. Kenapa abang berkata begitu?”

Amir menjawab,
“Walaupun bulan sedang bersinar terang, senyuman di wajah sayang telah memudarkan sinaran bulan. ”
Aisyah tersenyum.
“Abang, tengok ke sana, ada aliran bintang. Subhanallah, cantiknya suasana malam ini.”
Amir memandang ke arah aliran bintang.
“Sayang, bintang pun kalah dengan senyuman sayang, sampai terjatuh bintang itu.”
Aisyah tersenyum lagi dan berkata kepada suaminya,
“Abang, kalau kita berdoa semasa melihat aliran bintang, adakah doa kita akan dimakbulkan.”
Amir memandang isterinya dan menjawab,
“Bintang juga adalah makhluk seperti kita. Bintang tiada kuasa untuk menunaikan hajat kita. Hanya Allah yang berkuasa memakbulkan doa kita. Allahlah tuhan kita dan Allah jualah tuhan kepada bintang. Berdoalah kepada Allah pada setiap masa, tidak perlu menunggu adanya aliran bintang.”
Aisyah menadahkan tangan dan berdoa,
“Ya Allah, berkatilah hidupku dan suamiku. Berikanlah kebahagiaan kepada rumah tangga kami. Kurniakanlah kepada kami anak-anak yang bakal menjadi pejuang Islam. Ya Allah, makbulkanlah doa kami.”
Amir mengaminkan doa isterinya.
“Amin, semoga Allah memakbulkan doa sayang.”
# Aliran bintang yang dimaksudkan dalam cerita di atas merujuk kepada meteorit ataupun tahi bintang. Pada pandangan saya, istilah tahi bintang perlu ditukar kepada bahasa yang lebih indah. Tahi bintang adalah satu fenomena alam yang begitu indah, tetapi telah dikotorkan oleh bahasa manusia. Tuan-tuan dan puan-puan ada cadangan atau bahasa yang lebih indah?
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.
![]()
Hairul Dot Net, Beres Sokmo.
Adakah tuan suka dengan hairul dot net?
Kongsikan kegembiraan tuan dengan orang yang tersayang.
"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam,
tidak kira siang atau pun malam.
Sebarkan juga hairul dot net ke seluruh alam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang.
Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
ja, skang bertemakan hidup berkahwin kah? ada2 apakah?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
July 14th, 2010 at 3:55 pm
Nanti ko boleh buat rujukan bila dah kahwin nanti maarof.
Aku nak start tulis ronbun, tak tau mende nak tulis. Tu yang tulis blog ni. Hehe…
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Hari Kelahiran, Hari Untuk Bercinta Entri seterusnya:
Menyemai Benih Cinta, Menuai Buah Rezeki »


Artikel jiwang dan mempunyai maksud yang mendalam, saya suka.

fareast´s last blog ..Kerana Sebuah Tulisan
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
July 14th, 2010 at 12:21 pm
Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk rumah tangga kita yang bakal kita bina.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]