Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Duit Banyak Tetapi Tidak Pernah Cukup
“Besar periuk, besarlah keraknya.”
“Besar punggung, besarlah beraknya.”
Assalamulaikum dan selamat berpuasa sunat Syawal, khas untuk kau, pembaca setia hairul.net. Di samping kesibukan kau ke rumah-rumah terbuka, terima kasih kerana tetap sudi meluangkan sedikit masa untuk menjenguk-jenguk hairul.net.
Aku agak pasti, duit-duit raya yang kau dapat di hari raya dulu, tak kiralah duit raya yang diberi orang atau pun duit yang kau minta tanpa segan silu, kebanyakannya hampir habis. Oleh itu, inilah masa yang agak sesuai untuk kita sama-sama berbicara tentang duit, wang, atau pun pitis dalam bahasa Kelantan.
Duit Banyak Tapi Tak Pernah Cukup
Orang miskin selalu mengadu, mereka tak cukup duit untuk membeli itu dan ini. Orang kaya pun selalu juga mengadu, mereka nak lebih banyak duit untuk membeli bermacam-macam benda. Payah sekali hendak berjumpa dengan orang yang berasa cukup dengan duit yang mereka ada.
Jadi, siapa yang tak pernah cukup duit sebenarnya. Orang miskin ke, orang kaya? Apa jawapan kau?
Jawapan aku pula adalah, tiada orang yang pernah cukup dengan duitnya.
Orang miskin atau pun orang kaya, rakyat biasa atau pun menteri, dan sesiapa sahaja tidak akan pernah berasa cukup dengan duit yang mereka ada. Setiap hari, setiap masa, mereka akan sentiasa bekerja dan terus bekerja untuk mencari lebih banyak duit.
Kenapa Duit Tak Pernah Cukup?
Percayalah, duit memang banyak di dunia ini. Tapi, manusia tidak pernah berasa cukup dengannya. Yang ada seringgit, mahukan lagi sepuluh ringgit. Yang sudah kaya berjuta-juta ringgit, mahukan lagi dua tiga juta. Kenapa ye? Kenapa duit tak pernah cukup?
Mana mungkin duit yang kita ada akan mencukupi. Bahkan, duit itu akan semakin berkurangan. Ye la, hari-hari kita makan nasi, hari-hari kita kita berbelanja. Semuanya itu menggunakan duit dan setiap hari duit kita akan berkurangan. Sebab itulah, duit yang kita ada tidak pernah mencukupi. Kau setuju?
Besar Periuk, Besarlah Keraknya.
- Semakin banyak duit yang kita ada, semakin banyak kita berbelanja.
Semua orang, tidak kira yang miskin atau pun kaya, akan sentiasa berbelanja. Orang yang miskin berbelanja dengan gaya penjimatan, orang yang kaya pula berbelanja dengan gaya kemewahan. Oleh sebab itulah, semakin banyak duit yang kita ada, semakin banyak yang kita belanjakan. Inilah hukum alam dalam dunia materialistik.
Orang yang sudah kaya, sudah pasti mempunyai cita rasa yang tinggi. Minum kopi bukan lagi di warung-warung tepi jalan, paling lekeh pun mesti di Starbuck Caffe. Beli baju bukan lagi di kedai-kedai bundle, semuanya mahu di butik-butik terkenal.
- Semakin banyak duit yang kita ada, semakin banyak duit yang kita perlukan.
Ini juga satu falasi indah dalam dunia yang dipenuhi dengan duit ini. Semakin banyak duit yang kita ada, semakin banyak duit yang kita perlukan. Semakin banyak benda yang kau ada, semakin banyak benda yang kau perlukan. Dan semuanya ini, akan melibatkan duit.
Apabila duit sudah banyak, perbelanjaan juga semakin tinggi. Kau beli rumah-rumah besar, kau beli kereta-kereta mewah dan bermacam-macam lagi yang kau beli. Pembelian itu semuanya menggunakan duit. Malah, selepas membeli pun kau perlu menggunakan duit lagi. Macam-macam lagi yang kau kena bayar.
Rumah-rumah yang kau beli, perlu diisi dengan perabot-perabot. Alatan elektrik yang kau beli pula, mesti dibayar bil elektriknya. Kereta yang kau beli, wajib diiisi dengan minyak. Cukai jalan pula terpaksa dibayar setiap tahun. Pendek kata, segala-galanya akan menggunakan duit.
Macam Mana Nak Cukupkan Duit?
Nak cukupkan duit? Tak perlulah kita fikir macam mana nak cukupkan duit, kerana duit memang tak pernah cukup. Ada sahaja duit, kau kena gunakannya untuk berbelanja. Itulah sifir kehidupan di dunia yang memerlukan duit ini.
Hanya satu sahaja yang kita perlu lakukan.
Kumpullah duit sebanyak-banyaknya.
Selagi ada peluang dan ada kudrat, carilah duit seberapa banyak yang mungkin. Tiada halangan untuk kau mengejar kekayaan. Bahkan, Islam sendiri menyuruh umatnya menjadi kaya dan bekerja untuk mendapatkannya. Mana-mana agama sekali pun tidak pernah menyekat umatnya untuk mencari harta kekayaan.
Peganglah pada kata-kata ini.
“Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.”
“Aku nak jadi orang kaya. Kaya duit, kaya pahala.”
=================================================
p/s: BIASISWA JAD AKAN DINAIKKAN !
Dengar-dengar cerita dari sumber yang tak rasmi, BIASISWA PELAJAR_PELAJAR JAD AKAN DINAIKKAN DARI RM 350 KEPADA RM 430 BERMULA BULAN HADAPAN, BULAN 11.
Semoga berita ini akan menjadi kenyataan. Dan sama-samalah kita lihat, cukup atau pun tidak duit kita nanti.
=================================================
Oh ya, jangan lupa untuk memeriahkan lagi SURVEY KEGHAIRAHAN. Klik di sini untuk menyertai SURVEY KEGHAIRAHAN ini.


=================================================
Cepatnya ko bagi komen.
Bagus-bagus, menyimpan amalan murni. Nanti dah banyak, jom kita sama-sama melabur pula.
huk eleh…
haha…sbnornye xbaca lagi nih, dah mengomen. wakaka.gi baca dulu ek.
Hahaha…..ni semangat nak komen nih.
Baca-baca, lepas baca, boleh komen lagi.
salam,hehe,,benar kata2 mu wahai peja, duit mmg tak pernah ckup, tp amalan berjimat cermat tu kene amalkan slalu, berbelanja pn ape yg perlu je..ak ni ha, duit mmg tak pernah ckup,tp kalo nk beli pape yg ak berhajt..hem..ikat prut la gamak nyer..bkn mende ja, mls nk mintak kat mak ayah, da ckup susahkan diorang selama ni, biar la plak ak merasa susah cr wit tu plak
heheh..kalo btul khabar angin yg ko perkatakan tu ja, ape lg, jimat2 la kite..bln 12 nati kite shopping sakan..raye dlu tak shopping pape pn..hehhe
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita dapat bernafas lagi dan bersyukur juga, dapat juga merasa biasiswa naik meskipun masa tempoh kte di Malaysia ni sekejap.
Ok nak cerita pasal duit ni mmg susah, betullah sifat fitrah manusia ni mmg x pernah cukup apalagi bila berbucara pasal duit. Ada orang kata duit boleh beli segala-galanya. Manataknye, sekarang ni semua duit. Nak jaminan insurans pun duit, nak ada kereta pun duit, nak makan pun duit, sampai nak ke tandas pun duit jugak. Bila kita fikir balik kita akan ingat yang duit boleh beli segala-galanya, betul atau tak tu tepuk dada tnye iman.
Tapi bagi saya hati yang gelisah dan tidak tenang serta hati yang dibelenggu kerisauan dan kesedihan tidak dapat diubati dengan duit. kebahagian juga tidak boleh dibeli dengan duit kerana apa? kerana hakikat kebahagiaan itu adalah ketenangan apabila hati mengingati tuhan!!
ingatlah tuhan, cintailah pemberi kekayaan kerana jika KITA mencintai DIA, DUNIA akan datang dengan sendiri.
daripada aku yang mencari CINTA sejati.
urm..dgr kate biasiswa dak jad kt msia turun jd 300 sbb nk bg student yg kt jepun.
tul ke??
ahahaaa..jgn marah k.
bgusla klu skolar naek.
klu d msia naek,d jepun ni pon naekknla.
naek ?1000 pon jadilaaaa..
(^peace^)
Susah betul nak berjimat-cermat ni.
Bila aku nak berjimat je, ada yang ajak makan KFC la, McD la, nak main ICE SKATING la.
Hish, macam-macam dugaan. Tapi, aku tetap ikut juga. Susah wei nak berjimat.
blanje la aku bila duit korang tambah nati.
haha.. rasanya 50saat lepas publish aku terus masuk..
hebat bukan??
hehe…
Hebat-hebat.
Oh, lagi hebat kalau ko boleh komen 50 saat sebelum aku publish. Cubalah kalau boleh.
Hahaha.
Duit bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit.
Hish, tu khabar angin je.
Harap-harap naiklah biasiswa kita. Kat Malaysia naik, kat Jepun pun naik.
Salah satu cara nak jimat adalah, minta orang lain belanja.
Sapa ada duit lebih? Belanja la MIRB ni.
huhu..aku blom bce lg entri nih..tp rs cam mnrik gak..cme nk gtau jer..
klu ko jd kaya duit silakan..klu ko nk jd kaya pahala pn silakan..tp jgn lpe yg mskin duit..brilah bntuan..jgn lpe yg mskin pahala..tnjukkan jalan..
yea!!
ranking komen aku dh naek!!
huhu
hm… duit…duit…duit…
kalo takdak duit pon susah
kalo ada pon banyak dugaan
tapi selagi hayat masih ada
selagi kudrat masih bersisa
carilah rezeki sebanyak mungkin
duit, ilmu, pahala…sume tu rezeki
dan jangan ke jalan yang pincang sudah…
ranking aku naik x?
haha… ni memang tadak keje betul la ni
Ya…terima kasih akubukanmatmin.
Ko memang baik, selalu ingatkan aku.
Ooo…ni motif sebenar ko ye?
Kena merancang, baru tak pergi ke jalan pincang.
biasiswa naik..?
memang best..
badan aku xnaik..?
itu perkara biasa..
shopping aku tetap yang utama..
perut aku yang kedua..
kalau ada lebih buat pahala..
kalau xcukup..?
xpernah lak aku nak wat keje dosa..
tapi siyes..
duit memang xpernah cukup..
ada lebih nak berbelanja..
tapi siyes la..
lepas nih nak wat tabung buluh la jugak~
oh!
duit raya aku banyak ag~
*wink2
Sis Mal nak duit raya Dik
hahahaha
dwet yg lebeyh slalunye nk smpan…
tp bler da simpan, syg plak nk gune..
jdik nnt rse mcm x ckop dwet jer…
tp dwet ade..
cme syg nk gune~
kedekutkah aku…?
Isk, isk, itik kecil ni.
Isk, isk, banyak lagi ek?
Tak jadi bagi la duit raya kat itik kecik.
Simpan duit wat beli lembu untuk korban nanti la.
Taik idung masin betul. Hahaha.
Tu salah satu cara berjimat rasa-rasanya.
aku selalu tertanya2…korang2 yang kata org kedekut ni taik idung masin kenapa? taik idung memang masin ke? korang penah makan ke? apa kaitan ngan taik idung masin? adakah orang yang kedekut digambarkan sebagai org bertaik idung tapi sayang nak buang taik idung dia lalu dia recycle dengan cara makan taik idung tersebut. begitukah???
taik idong itu btol2 masinkah…?
spe yg taw mnde tuh btol2 msin?
ade pnglmn ker org2 ni….?
Fuh, isu hangat ni.
“TAHI HIDUNG MASIN?”
Siapa ada pandangan?
itu tanda ko berhemat utk berbelanja.. takut utk belanjakan duit ni banyak positifnya =)
duit mmg xkan pernah cukup.. lg banyak kita dapat, lg banyak dugaan utk beli itu ini.. dan dengan rasa kita mampu, kita akan beli.. lebih parah lg, sanggup berhutang =)
ngee~ ade org backup…
geli la plak dgr peribhse nih~
Isk, duit, duit.
Ada susah, tak ada lagi la susah.
Jangan hutang dengan along sudah, tu cari maut namanya.
huhu..matmin ko mmg btul tak ikhlas la..hehehe
credit card kan ader…..?
byr ansur2….
ngehehhehe
Hahaha.
Kad kredit, maksudnya adalah KAD HUTANG.
Oh, bayar hutang dengan hutang.
urm…kalo biasiswa naek RM80, yg 2 taun lepas tu kire skali ke? ^o^
best nyer kalo dapat…ngeheheh :p
Kalau nak, kena buat surat rasmi, mohon dengan YPM.
Falsafah Duit Raya:
“Akak yang perlu bagi kat adik.”
(Komen ni terperangkap kat jerat SPAM.)
keinginan manusia biasalah. bg aku skrg susah xpe, jgn dikemudian hr. kalau student, buat mcm student. xyah nk berlagak pakai benda2 mahal. sesungguhnya, menabung itu amatlah penting. lainla kalau ko anak lord ke.
Student sekarang lagi hebat dari lecturer. Lecturer punya kereta, handset, biasa-biasa je. Yang student punya, fuh, gempak!
senang kata, hidup biar bersederhana..
nah satu pantun:
menabung itu amalan mulia,
senang nanti di masa tua,
klo nek kete, minyak same2 kira,
barula pemandu x terase peritnya..
haha.. :p
Ouh!! Ade lak falsafah cmtu ye… hahahha…
Betul betul betul! (dengan nada upin & ipin)
Mesej dalam pantun ni memang jelas.
assalamualaikum…… wuish, dah lame x mengomment…… ranking pun dah jatuh.
hrmmm mmg best cite psl duit ni, sape yg x minat duit???? ade la sebahagian yg x pk psl duit or harta dunia ni, but tu lah fitrah manusia, sukakan harta benda. sebab tu lah, bile Allah kate suruh buat sesuatu, mesti die kate ada ganjaran die, syurga la, permata yang harum semerbak la, dan macam2 lagi yang tak terbyang2 kat kepala otak kite.
nyway, secara hakiki nye, harta benda tu bukan lah kite punya, Allah punye. so, ade gak hak orang lain yang perlu kita selesaikan. (aik, penat2 ak keje/belajar, pastu dapt gaji/biasiswa, orang lain pun ade hak gak???? biar betul???)
betul, bukan sume yang kite dapat tu, hak kite. sebahagian tu perlu disedekahkan. sebab tu Islam suruh berzakat. n itu jugak nak bagitau bahawa kite ade tanggungjawab sosial yang perlu dibuat, selain menjaga perut masing2.
so latihlah diri kita untuk mensedekahkan sebahagian kite dpt. mmg susah nak bagi seringgit coz kalo x cukup seringgit, xleh nak beli PSP Slim yang berharga 800. ( susah ape, tawar ajelah tokey kedai tu, xkan seringgit pun xleh kurang ) tapi, tulah dikatakan latihan, mula2 susah, pastu dah lama, nareru le. kalo kite x latih dr skang, kalo dah kawin nanti, anak dah 10, bini dah ???, hah, time tu tanggungjawab lagi besar. nk kuarkan duit pun susah…
semoga diri dapat beramal, rakan2 dapat beramal, dan disebarkan ke seluruh alam.sekian. (cam biase dengar ayat ni????)
Tersentuh aku baca komen hex-everros ni.
Zakat perlu disukat, kerana zakat membawa berkat.
menyelinap dalam diam..
Taktik nak naik ranking.
set mg patut bersyukur tau dok dpt nek scholar.set ak puas mntk nge mem,nek trn pjbt ypm jmpe ypm mntk nek tp tak dpt2 pn.last2 korg dpt.kre ok la tu.tp kdg2 ak pn tak puas ati sbb ade rmi sgt org yg teramat berada dok dlm jad.duit ypm bg bulan2 tak prnh sntuh sbb parents n abg kakak bg duit.dr awl jad smpi fly,duit tak sntuh sesen pn.ktorg yg krg berkemampuan ni terpaksa la jimat cermat sbb wlu duit tak ckp skalipon,xnk nyusahkan mak bapak mntk duit lg.adk2 pn msk uni.biar la parents gne duit tu utk adk2 kt rmh sbb kite yg sulong ni dh dpt scholar.syukur la dpt gk fly ke jpon ni.duit bulan2 slalu terlebih.sbln dh leh save rm3000 lbh.nnt korg dtg jpon ni,jgn la jd cam sesetgh snpai yg glekan gadget2 smpikan duit scholar blm smpi stgh bln dh hbs.pastu mntk mak ayah srh htr duit dr mlysia.hdp ni tak memberi manfaat lg baek drp hdp nyusahkan org len.desyou????
lg satu,kpd peja si tuan blog,jgn dengki kt sorg bdk tu dpt duit rye byk dr mg.klu ak wi byk kt mg kang len plk jdnya.hahaha
Tu la pengorbanan senpai-senpai. Akhirnya, kouhai-kouhai yang dapat kenaikan biasiswa. Arigatou
Betul tu.
Kalau tak boleh jadi garam untuk mengawet ikan, jangan pula jadi lalat yang akan merosakkan ikan.
Jangan menyusahkan orang. Aku setuju dengan matle. Dia baik hati. Bagi duit raya kat aku.
Hahha….aku nak dengki gak. Tahun depan aku minta banyak-banyak
metrojaya sale~~~~
mg nak byk mg kna mari rmh ak la peja wei.hahaha
Kepada anda yang budiman..
korang nak tambahkan pendapatan korang x?
aku leh tolong korang..
Sesiapa pun leh join program ni..Jangan risau..
Dengan modal hanya RM5, korang leh dapat income sehingga RM1220k++..
Xpercaye ke?..Rugi lah kalau korang semua xnak cuba program ni..Ni bukan sim cepat kaya..
Jangan takut..program ni betul2 wujud dan memang menguntungkan..
Pertama sekali, korang perlu daftar dan buat pembayaran di bank sebanyak RM5 je..LANGKAH-LANGKAH yang perlu korang ikut akan diterangkan dengan jelas dalam laman web yang telah disediakan..
Jangan risau la..Aku bercakap benar yang program ni betul2 wujud dan memang menguntungkan sekali..
Memang rugi la kalau korang sia-siakan peluang yang ada di depan mata korang..
korang cuma daftar & bayar RM5 sahaja..Kalau korang xbayar pendaftaran,nanti korang xleh dapat keuntungan sebab ID korang xkan diaktifkan selagi korang xbayar RM5 je tu..
Lepas tu, duk diam2..aku yg akan bekerja 24 jam sehari mencari downline untuk korang..
kalau korang rajin nak cari downline sendiri, pun tak pe..tapi kalau rasa malas nak cerita and anta emel sana sini, korang duk diam aje la.. xyah buat ape2..tunggu aje duit masuk.
Jangan risau sebab program ni dah limit bawah aku kena ada 5 downliner aje..x boleh lebih.. org ke enam tu auotomatik kene pass kat org bawah..so korang tak yah risau aku makan sorang la ek..
setakat ni aku boleh dapat sehingga 10 org ahli baru sehari.. kat siapa aku nak bagi downline aku tu??? kat korang yg join team aku lahh kan?…
so camner? minat tak? sapa tak nak tu memang rugi la… program lain, korang kene anta emel sana sini. kat program ni, di bawah aku, korang tak yah wat ape2 sbb aku yg buat untuk korang..korang cuma daftar n buat bayaran RM5 sahaje.
bole dapat sehingga RM1220k ++… banyak tu… sapa tak mau..Korang xmau ke?
xnak ke beli kereta sendiri? Beli rumah? Bayar duit pengajian? Xnak ke? Rugi la kalau korang xnak..
Fikir lahhh..RM1200K tu..Saper xnak..Jom2..Xrugi lah..Bisnes ni x tipu punye..
RM5 je modalnya..
Alaaa..daripada korang abiskan duit berpuluh-puluh ringgit untuk benda2 yang x berfaedah, apa salahnya korang gunakan hanya RM5 sebagai modal untuk korang dapatkan duit yang berlipat kali ganda daripada modal hanya RM5 tu..
Sape yang x nak tu memang betul2 rugi lah..Aku dulu xpercaya gak..Tapi bile dah join program ni, aku makin bersemangat sebab memang berbaloi aku keluarkan RM5 sebagai modal..Untung sangat2..
kalau nak join, klik URL di bawah ni..
Daftarlah segera dan nikmati keuntungan berlipat kali ganda!!!
Di sini, banyak kelebihannya!!!
Oh, buat promosi percuma ye?
« Perancangan Gagal Entri seterusnya:
Iklan Surat Khabar Yang Mengghairahkan »

erm… aku pernah sedikit kaya dulu..
tapi kini sedikit miskin sebab perangai boros aku..
memang payah nak mengumpul..
tapi nak merngeluarkan duit tu senang betul..
aku nak kembali menyimpan…
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]