Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Eksperimentasi Minda Celaru
Sungguh seronok kehidupan seekor ikan cencaru. Hidupnya tenang, bebas berenang di lautan biru. Walaupun laut tercemar, badannya tak pernah gatal, tak perlu digaru. Huru-hara hanya akan berlaku bila nelayan datang memburu cencaru.
Ketika itulah cencaru akan mula celaru. Kiri dan kanannya dikelilingi oleh jaring dan pukat. Walaupun cuba lari, dirinya pasti melekat. Ajalnya sudah dekat, bakal menjadi kari ikan berkuah pekat.
Itulah kisah seekor ikan cencaru, sengaja aku tulis sebagai muqaddimah untuk eksperimentasi minda celaru di hairul.net. Ikan cencaru langsung tiada kaitan dengan entri yang akan aku tulis nanti.
Abaikan kisah ikan cencaru tadi. Jangan kau haru-birukan lagi minda kau yang sudah sedia bercelaru itu. Bersedialah untuk perkara yang lebih serius. Teruskan pembacaan kau.
Kenapa Minda Jadi Celaru?

Orang lelaki boleh mandul kerana bermacam-macam sebab. Begitu jugalah dengan minda yang celaru. Banyak sebab-sebabnya.
- Tekanan dan stress
- Gosip-gosip dan khabar angin
- Dan apa-apa jua sebab yang difikirkan sesuai
Dan inilah punca utama, JIWA DAN MINDA YANG LEMAH. Sedikit kesukaran sahaja yang dihadapi, kita mula gelisah dan dilanda kekalutan. Itulah punca kecelaruan minda.
Jangan biarkan minda kita selalu bercelaru. Walau apa jua cabaran yang datang, kita perlu hadapi dengan tenang. Kalau kita gelabah, fikiran mula kusut, hati mula berbelah bagi. Buatlah apa-apa sahaja, semuanya serba tak kena kalau minda bercelaru.
Menterjemah Situasi, Menyangkal Persepsi
“Dalam kekalutan ada kegelisahan, dalam ketenangan ada kebaikan.”
Ya. Itulah falsafah yang perlu dipegang. Usah ribut-ribut, nanti kau kelam-kabut. Usah kalut-kalut, nanti kau jadi melalut. Dalam situasi yang seteruk mana sekalipun, jangan cepat panik. Ambil masa untuk bertenang. Apabila bertenang, semuanya jadi senang.
Banjir, kebakaran, kemalangan atau apa-apa situasi sekalipun. Dapatkan ketenangan dan fikirkan penyelesaian. Semuanya perlu dilakukan dengan pantas, tapi mesti disertakan dengan ketenangan.
Setitik kegusaran yang hadir boleh mengeringkan lautan ketenangan yang sebelum ini memenuhi kolam minda.
hairul.net sudah bercelaru?
Terus terang, aku tak pasti adakah kau semua dapat menganalisis mesej yang disampaikan dalam entri hairul.net kali ini. Mungkin agak bercelaru. Harap-harap kau tidak terpengaruh dengan kecelaruan ini.
Semuanya disebabkan oleh minda aku yang tidak fokus. Aku menulis entri ini semata-mata untuk memenangi cabaran dari menteil, seorang blogger yang suka bereksperimentasi dengan kecelaruan minda.
Aku tak tahu kenapa dia celaru begitu. Mungkinkah mindanya bermasalah? Aku tak tahu. Tapi, blognya yang kemas dan cun itu, langsung tak mencerminkan kecelaruan mindanya. Dia seorang lelaki, tapi blognya agak jiwang. Oh, harap-harap dia tak mengalami kecelaruan jantina. Aku tahu, dia memang lelaki sejati.
Kecelaruannya telah menjangkiti aku. Semuanya salah kau menteil. Sebagai balasan, aku nak tuntut hadiah yang pertama dari kau. Jangan kau celarukan lagi minda kau untuk memilih pemenang.
Oh ya, atas permintaannya sendiri, aku terpaksa memberikan ucapan yang ikhlas ini kepadanya.
“Selamat hari lahir, menteil. Semoga hidup kau sentiasa diberkati Allah, dan dilimpahi rahmatNya. Semoga bahagia selalu.”
“Ketenangan Menghapuskan Kecelaruan.”
=================================================
Oh ya, jangan lupa untuk memeriahkan lagi SURVEY KEGHAIRAHAN. Klik di sini untuk menyertai SURVEY KEGHAIRAHAN ini.


=================================================
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
Aku dah ada nama untuk domain baru tu.
hahaha…spe sbnrnya menteil ni???jgn celarukan kepala otak.hidup kte tkleh celaru2.nnt jd kes bunuh diri yg berlambak2 cm kt jpon ni.sme sbb takde agama.takde kompas.ble takde agama,takde kompas n panduan hidup,mle la serba-serbi tak kena.jd,drp mencelarukan kpala otak,bek kte tmbh ilmu n iman di dada agar takde la serabut pale sgt nnt.biar jiwa sntiasa tenang n tenteram,btl dok ja???hahah
haha… aku amat suka sebab ada yang dah kena penyakit bercelaru seperti aku…
terima kasih sebab mengatakan aku lelaki sejati..
Betul tu. Aku setuju sokmo dengan matle.
Kesian orang Jepun. Serba-serbi dah cukup, satu je kurang. AGAMA.
Orang Jepun dah eksportkan teknologi ke negara kita. Sebagai ganti, kita eksportkan ISLAM untuk mereka.
ja,gano mg tau dio ni lelaki sejati???mg kakunin kok mano???hahaha
Eh, tu bukan bodek tau.
Hanya lelaki sejati yang kenal dengan lelaki sejati. Tapi, orang yang bercelaru, susah nak kenal orang.
Aku mahukan ketenangan.
Menteil ni memang lelaki sejati.
Kita berdua pun, memang lelaki sejati. Cukup POWER.
ak knfem la.SUPER POWER.tongkat ali sjk drjh 6 tu.hahaha….sme laki2 kat hairul.net adalah lelaki sejati.FUUUUUU!!!!!
Ye, jangan celarukan lagi minda anda, wahai para lelaki sejati.
Tunjukkan kelelakian anda. KITA MEMANG POWER.
Jangan berfikiran biru, jangan celaru.
hish!
rasernya baru jerk bkk td..
ade satu komen jerk..
nih dah mcm chatin plak.. ![]()
neway..
saya macam terasa menghidu sumtin..
“Gosip-gosip dan khabar angin”
ini kira ade d khaskan kepada ‘sesiapa’ yang terlibat eh..?? :-p
“Gosip-gosip dan khabar angin”?
Gosip yang mana ni?
Kita lelaki sejati, jarang bergosip-gosip ni.
ntahnya.gosip2 ni besenya serah kt kaum hawa.diorg mmg expert.hahaha
ceh~
klo tiada angin masakan pokok bergoyang..
blh aje tkde angin pokok goyang sbb org goncang.hahaha
hehe, cool entry for menteil.
susah gak yeah,nak jadi org yg tak bercelaru nih.. kene jadi org yg bertaqwa.. tenang jer.. bila lah nak jadi… perjalanan nyer berliku2. hehe. (^_^)
-izyan-
terus terang dikatakan, gossip dan khabar angin memang membawa kepada pencetusan emosi yang melampau dan kecelaruan fikiran. kalau gossip kecik2 tu xpela kot. boleh diabaikan. tp kalau sampai dah jadi fitnah tu melampau r… so, sape2 yg menyampaikan cite2 yg x tau hujung pangkal atau kaki putar -belit, tokok-tambah, etc(baik laki ataupun perempuan), henti2kanlah.
Betul tu, memang susah. ????kat Jepun tak celaru ke?
Semua yang buat benda-benda macam tu, mindanya tengah bercelaru la tu.
bagi aku la…klo kte asyk celaru pikir bnde yg celaru,kpale otak kte lg celaru….tp kan Die da kasi guideline….”dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang”..mybe ni jawapan kepada penyelesaian celaru..
(-_-”)….
m(-_-’)m
nice post. =)
Betul tu. Kita kena kembali kepada fitrah dan sentiasa mengingati Allah.
hensem gler tulisan yg tebalik tu
hoho
Terima kasih. Susah-susah je puji.
Ni yang buat aku tambah bersemangat nak berbloging ni.
wahaha~ go2 peja
AMARAN
JANGAN BACE ENTRI NI PADA PUKUL 1.20 PG (NGANTUK), SAMBIL BACE NARUTO, KERANA SATU PATAH HARAM PUN XLEH FAHAM. SEKIAN
ps : nnti esok pagi, ak bg komen betul2
haha.. klo cmtu, x yah r bagi komen..! hahaha..
ak mmg xde ape nk komen sgt pun.. sbb entry ni khas untuk menteil.. tp, hope ko menang r peja..
dey hex-everros!!
klu nk bce naruto tuh,jgn le bce skali ngan hairul.net nih
sme la cam mkn nasi skali ngan mkn burger king
min…jgn keluar tajuk!!!!
dey yangtidoxmengakumatmin!!
apa tabley ka, makan nasi sama itu burger king….. kat kfc tu, banyak juga itu orang makan nasi sama itu kfc…. apa you x pernah makan ka????
hehe..tahniah kepada saudara peja d atas entri kali ni yg penuh ngan kecelaruan hinggakn ikan cencaru pon turut serta as mukadimah dlam entry mu kali ni..btul ja, celaru ni bleh gak menyebabkan botak…huhu..ak tak nk botak…tp bak kata tan seri dewa td, kembali la kepada pencipta kita..DIA maha mengetahui ape yg kite tak ketahui..dekat2 kan diri kite kepada-NYA..nescaya kecelaruan fikiran d sebabkan mkn ikan cencaru, syukudai yg brlmbak2..mahupun masalah ngan pasangan hidup kita sekalipn, selesaikan ikut kata iman, jgn d ikutkan kata hati..sabar n istighfar..itu lah kunci kebahagiaan jiwa
btul min hang jgn nk ubah2 tajuk..tension ak asyik nk lari tajuk ni…ni hang msti power lari dr road block ni(mcm takde kaitan je
)..
Fuh, bagi nasihat macam kaunselor. Mantap.
Betul tu. Kita sentiasa diburu dengan perasaan celaru. Hanya kepada Allah jua kita mohon ketenangan.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Iklan Surat Khabar Yang Mengghairahkan Entri seterusnya:
Hang Tuah Masih Hidup! »


hehe.. terima kasih sebab turut serta….
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]