Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Esok Mungkin Kau Akan Mati
Terkenangkan masa silam, kita lemas. Terfikirkan masa depan, kita cemas. Bukankah hari ini adalah emas? Marilah menikmati kehidupan kita pada saat ini. Ya, saat ini.
Apabila terkenangkan dosa-dosa yang kita pernah lakukan dahulu, marilah kita memohon keampunan kepada Allah. Pada hari ini, pada saat ini, marilah kita memanfaatkan hidup ini. Mudah-mudahan Allah akan merahmati kita. Perkara yang bakal terjadi pada esok hari pula, kita bertawakkallah kepada Allah, setelah kita menjalalani kehidupan pada hari ini dengan sebaik-baiknya.
Semalam adalah pengalaman, hari ini adalah kehidupan dan esok adalah perancangan.
Konon-kononnya masih dihantui peristiwa silam, hidup derita siang dan malam. Konon-kononnya sibuk merancang masa depan, terasa diri tiada harapan. Akhirnya, kita lupa betapa indahnya saat ini, betapa bermaknanya hari ini. Mari manfaatkan hidup ini.
Ya Allah, engkau rahmatilah seluruh hidup kami, di dunia dan juga di akhirat.
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
shbt bleh sy tau camna shbt bleh mncipta blog yg bgtu menarik? bleh sy belajar dgn saudara? =)
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
September 26th, 2010 at 1:17 pm
Saya bersyukur ada sahabat baik macam Amir Izzat. Di sebalik kejayaan kita, pasti ada sahabat baik yang menyokong kita. Dan sahabat baik saya ad Amir Izzat.
« Dulu Ganyang, Sekarang Sayang Entri seterusnya:
Mahu Kahwin? Sebutlah perkataan ini. »

salam
jangan lupa buat amal ibadat kerana kita bila2 masa akan mati
bisnesku.com
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
August 28th, 2010 at 6:07 pm
Insya Allah, amal ibadah kita bakal menjadi bekal di akhirat nanti.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]