Aku suka tengok dia. Setiap kali memandang wajahnya, aku mendapat satu ketenangan yang amat menyenangkan. Aku berasa sungguh bahagia setiap kali melihat wajah lembutnya. Itulah wajah yang amat aku cinta dan aku rindu pada setiap masa.

Kini, dia semakin jauh dengan aku. Jauh dari pandangan mata. Dan aku amat rindu untuk menatap wajahnya. Setiap kali rasa rindu itu datang, hanya gambar dialah yang aku tatap.

Aku amat sayangkan dia. Kasih sayangnya diberikan kepada aku tanpa sebarang syarat. Setiap kali aku menatap wajahnya, setiap kali aku menadah tangan, inilah doa yang aku pinta:

“Ya Allah. Ampunilah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku, serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil.”

Amin.

Rakan-rakan, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah kita setiap kali selepas solat 5 waktu. Dan doa seorang anak itu, tetap sampai kepada ibu dan ayahnya, walaupun mereka telah berada di alam barzakh.

Amin.

Oh ya, sebut pasal gambar, aku ada sesuatu yang hendak diberitahu sebenarnya.

  1. Ada masalah teknikal berlaku.
  2. Aku tidak dapat memasukkan gambar untuk menambahkan lagi keghairahan entri di hairul.net
  3. Insya Allah, masalah ini akan diselesaikan secepat yang mungkin.

Dan oleh sebab inilah, entri yang paling ghairah setakat ini: AKU MAHU KAHWIN, yang mencecah hampir 300 komen, tidak dapat dihiasi dengan sebarang gambar.

“A picture paint thousand words.”

Itulah sebabnya, setiap keping gambar yang ada, akan membangkitkan lagi keghairahan kau di hairul.net. Hanya gambar yang terbaik untuk tatapan kau.

Sementara aku menyelesaikan masalah gambar ini, apa kata cuba klik iklan-iklan Nuffnang yang ada di sekitar hairul.net. Di sebalik iklan-iklan itu, pasti ada sesuatu yang akan mengghairahkan kau. ;)

“Tanpa gambar, segala-galanya hambar.”

14/11/2008

p/s: Terima kasih untuk sokongan dan keghairahan yang kau tunjukkan dalam entri AKU MAHU KAHWIN. Kau semua mahukan entri AKU MAHU KAHWIN 2? Mahu bincang pasal apa lagi ye? Beritahulah apa-apa sahaja kemahuan kau untuk kita bincangkan nanti.

p/s: Entri terbaru akan menyusul pada hari Isnin atau pun Selasa nanti.

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Gambar Yang Ghairah, Lagi Mengghairahkan *AMARAN: Gunakan gambar yang ghairah sahaja, tapi jangan sesekali gambar...
  2. Pembedahan Jantina hairul.net 1. Alhamdulillah, selesai sebahagian masalah selama ini. 2. hairul.net kini...
  3. Iklan Surat Khabar Yang Mengghairahkan Baca entri ini sehingga habis. Bahagian pertama mungkin ada sedikit...