Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Mahu Bergaya Walaupun Tidak Kaya?
Kita bebas untuk hidup bergaya tetapi jangan sesekali hidup berfoya-foya. Kita hindari segala bahaya, kita jauhi segala perbuatan yang sia-sia. Mari kita isi usia ini dengan budaya yang mulia.
Kalau kita mahu bersedekah, tidak perlu menunggu sampai kita menjadi kaya. Kepada Allah kita wajib percaya. Godaan syaitan pula jangan kita terpedaya. Mari kita perbanyakkan amal ibadah selagi kita masih berdaya. Semoga hidup kita di dunia dan akhirat akan kekal bahagia.
Rahsia Kekal Bergaya Walaupun Tidak Seberapa Kaya
Biar miskin harta, asal hidup tidak sampai tahap derita. Biar miskin harta, asal hidup tidak meminta-minta. Biar miskin harta, asal pandai menjaga tutur kata. Biar miskin harta, asal cakap tidak berdusta. Biar miskin harta, asal mulut terjaga dari mencaci nista.
Untungnya Menjadi Orang Yang Kaya
Alahai, kalau orang-orang miskin pun boleh bergaya, apatah lagi orang-orang yang kaya. Tiada lagi rahsia untuk bergaya bagi orang yang kaya. Apabila sudah kaya, ketiadagayaan itu adalah satu gaya baru. Sungguh untung jadi orang kaya.
“Aku mahu jadi kaya dan bergaya dengan ilmu.”
- Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani
23/10/2009
# Ghairahkan lagi nafsu membaca kita dengan artikel menarik ini.
10 Cara Untuk Hidup BergayaTetapi Papa
Gandakan lagi kenikmatan tuan dengan entri berikut:
- Duit Banyak Tetapi Tidak Pernah Cukup "Besar periuk, besarlah keraknya." "Besar punggung, besarlah beraknya."...
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
mape sudah membeli seluar jeans zara yg baru lagi sungguh BERGAYA,beserta juga dengan sehelai baju uniqlo yang amat BERGAYA juga.mape sudah BERJAYA BERGAYA
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
October 24th, 2009 at 7:33 am
@kanda, Mape memang kaya, pandai bergaya dan orang yang berjaya, Kahwin dengan mape, memang takkan sia-sia.
Ko pon samalah kanda.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Satay Arnab Percuma Untuk Sepanjang Umur Entri seterusnya:
Ajaibnya Sedekah, Berkatnya Zakat »


hehe btul ja, bergaya bkn kerana nk mnunjuk, bergaya kite bergaya ngan care yg btul, bergaya ngan ilmu kite ade n bergaya ngan budi pekerti kite ade..
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
October 23rd, 2009 at 11:53 pm
@jerou88, Yo, kita memang bergaya.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]