Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ilmu Itu Cahaya, Jahil Itu Bahaya
Ilmu itu cahaya,
jahil itu bahaya,
Tanpa ilmu,
pandangan akalnya akan kabur,
air liur tersembur,
tetapi kata-katanya berterabur,
impiannya lebur,
dan cita-citanya akan terkubur.
Tanpa ilmu,
aura pengaruhnya malap,
masa depan akan gelap,
dan kerjanya sentiasa tersilap.
Ilmu itu cahaya,
jahil itu bahaya,
penampilan menarik menjadikan kita bergaya,
penguasaan ilmu menjadikan kita berjaya.
Ada kekuatan, kita jadi perkasa.
Ada pengaruh, kita akan berkuasa.
Ada ilmu, kita dapat menabur jasa.
Ada akhlak, kita akan berbudi bahasa.
Ada semuanya, kita akan selesa.
Tiada semuanya, kita akan binasa.
Ada stail, kita bergaya.
Ada harta, kita kaya.
Ada akhlak, kita mulia.
Ada ilmu, kita berjaya.
Ada semuanya, kita bahagia.
“Saya mahu menuntut ilmu. Ada ilmu, beres sokmo. Ya Allah, jauhkanlah hambamu ini daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Semoga Allah sentiasa redha.”
“Ada ilmu, beres sokmo.”

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
SALAM ZIARAH..NICE..ANA NAK MINTAK IZIN SHARE N COPY DE BAIT2 KATA..INDAH BAHASANYA..SYUKRAN,,
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
April 17th, 2011 at 1:27 am
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, terima kasih atas kesudian mengembara ke sini.
mohon copy bait2 indah ini utk dikongsi
« Panjang Umur Kerana Membaca Entri seterusnya:
Syaitan Yang Diam »

Jgn hanya pandai mencari ilmu,
tapi juga kena pandai menilai..
ilmu baik diamal,
ilmu jahat ditinggal.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
May 6th, 2010 at 3:05 am
Ingat sokmo pesanan cikgu-cikgu masa sekolah rendah dulu-dulu.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]