Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Bagaimana Untuk Hidup Dengan Lebih Gembira?
Adakah kau gembira dengan kehidupan kau sekarang? Jom, semoga kegembiraan akan muncul setelah kau membaca entri ini.
hairul.net cuba bereksperimen dengan 4 prinsip ini untuk kehidupan yang lebih menggembirakan. Mari kita lihat, apakah 4 prinsip kegembiraan itu?
4 Prinsip Untuk Hidup Dengan Lebih Gembira
Prinsip Pertama:
Selagi kita tidak menyakitkan hati seseorang, itu maknanya kita belum melakukan perkara yang betul.
Itulah hakikatnya. Pasti ada orang yang akan sakit hati dengan perbuatan kita, walaupun kita melakukan perkara yang betul. Contohnya, apabila kita tegur kawan kita yang suka kentut di merata-rata tempat;
“Eh, pengotor la kau ni. Dah la busuk, bunyi kentut pun hodoh. ”
Silap gaya, rakan kita itu pasti akan terasa hati.
Ye la, mana ada orang yang akan suka kalau kita menegur kesalahan mereka, kan?
Jadi, apabila ada orang yang sakit hati dengan perbuatan kita, itulah tandanya kita telah melakukan perkara yang betul.
AMARAN: Prinsip ini hanya boleh diguna pakai jika yang sakit hati hanya seorang dua, atau pun golongan yang tertentu sahaja. Tapi, jika terlalu ramai yang terasa hati dengan perbuatan kita, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita.
Yang penting, perbuatan kita itu perlu betul, kena pula dengan tempat dan masanya. Pastikan juga perbuatan kita itu, tidak menyalahi undang-undang dan agama.
Prinsip Kedua:
Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang pada setiap masa, dan jangan sesekali cuba untuk melakukannya. Itu adalah perkara yang mustahil.
Percayalah, jika kau cuba juga untuk memuaskan hati semua orang pada setiap masa, maka yang merananya adalah kau.
Kalau kita fikir yang kita sudah melakukan benda yang betul, maka teruskanlah. Jangan peduli dengan suara-suara sumbang atau jelingan juling daripada orang lain.
Tidak semua orang akan suka dan berpuas hati dengan apa yang kita buat. Tidak semua faham dengan apa yang kita mahukan. Kita pun begitu juga, kan?
Jadi, apa nak peduli? Masing-masing punya hal la.
Prinsip Ketiga:
Buatlah apa-apa sekali pun yang kita suka. Yang penting, kita gembira.
Sesungguhnya kita berhak untuk gembira. Hidup ini hanya sementara, kenapa perlu berduka lara?
Prinsip Keempat:
Bergembiralah. Ceria selalu, senyum sokmo.![]()
Semoga anda sentiasa gembira, tak kira siang atau pun malam. Sebar-sebarkanlah hairul.net ke seluruh alam.
Gandakan lagi kegembiraan anda dengan membaca entri ini:
# Erti Kegembiraan & Dendangan Sajak Kegembiraan
“Aku Gembira.”
16/1/2009 @hairul.net
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
haha.. gembira sikit ak hari ni..
yup. nk jaga hati suma org sgt2la mustahil. lagi satu, xyah r nk susah2kn diri berbaik dgn sume org. ade je org amik kesempatan, pijak blk kepala kita.
Semoga matle gembira dan bahagia sokmo.
Aku cemburu melihat kebahagiaan matle…hehe…
Semoga bertambah gembira setiap hari. Baca hairul.net, ceria sokmo.
Sabar ye jaejOOng. Tak nak berbaik dengan semua orang takpe, tapi dengan aku mesti kena baik tau….hehe…
Bagus sekali, penting juga untuk menjaga hati seseorang.
Memang betul, kita memang tak dapat puaskan hati semua orang. Itu yang pasti.
Berhati-hati menjaga hati, jangan sampai termakan hati.
Hairul.net ni, dapat puaskan hati ko tak, halim?
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut, suka hati….
Gendang gendut tali kecapi,
Perut gendut, susah hati….
Gendang gendut tali kecapi,
Sakit perut, hilanglah hepi…
Kesimpulannya, kegembiraan bermula dari perut….Jagalh perut anda….
rofl.. mule dari perut eh.. igt dari hati..
in other words, org kurus = x happy..?
Bergembiralah dengan membuat orang lain gembira
@hex-everros
Mantap la pantun tu, hex-everros.
@naim
org kurus = x happy? Persamaan ini terbukti tidak betul.
Macam mana pula, kalau orang yang kita gembirakan, tiba-tiba membuatkan kita sedih.
@ hairul:
tidak apa peja, yang penting kau tahu dan kau telah melakukan perkara yang baik dalam menggembirakan mereka.
Be professional, gembirakan orang lain, saya pasti anda akan disayangi
Nak berkata tentang orang lain sakiti hati kita ni, pengalaman itu ada, tapi lebih baik bagi aku untuk tidak menceritakannya di sini biarpun aku disakiti buat kali kedua.
Yang aku tahu aku masih sayangkan dia
if(kurus==x happy)
while(happy)
weight++;
Perut kenyang hati girang.
Tapi perut kenyang sangat nanti hati jadi gundah gulana. Banyak sangat penyakit.
“Prinsip ketiga : Buat apa sahaja yang kita suka”
Buat tapi jangan sampai merana di kemudian hari.
Kalau merana, mesti ada buat benda yang tak betul ni.
Merana kerana buat benda durjana.
“Orang yang kita sayang, akhirnya terbang melayang.” Memang sedih.
Apa-apa pun, selamat menjadi tukang komen paling hot untuk tahun 2009. Teruskan hobi yang bermanfaat ini.
hahaha, insya-allah
hahaha…doakan ak sokmo.ak doakan mg pn akan berjumpa kebahagiaan dlm hdp mg nnt.AMIN….
“sayangilah seseorg itu seadanya kerna mgkin kte akan membencinya sepenuh hati kte di kemudian hari n begitu jge la sebaliknya”.sayang n cinta no 1 letak pada ALLAH.hehehehe
Semoga perasaan sayang itu tak berubah menjadi benci. Semoga bahagia sokmo.
Insya Allah.
matle, bila nak letak gambar untuk komen mu ni?
Gi daftar kat gravatar, sekarang gak.
im very2 happy sb i got surprised bufday party last nite.Thanks kepada yang menyumbang in anything tu.Trick korg memang menjadi tapi aku cam terkejut plus xsangka ramai yang datang.So, nak cakap la sorry kalo aku ade terlibat dalam acara xmenghepi kan sape2 dari hujung tudung aku sampai dagu + tangan+ kaki.(anggota lain telah disah kan tidak terlibat)
Damasaremashitane….
Fuh, muka dia masa terkejut, takleh blah….hahaha
Happy Birthday!!! Motto otona ni natte yo.
hepi bday jgk kpd itik kecik.hahaha….dh blh ngundi la mksdnya kan????
matle, cuba teka nanti itik kecik ni nak undi parti mana?
Kalau mu, aku tau dah. Mesti parti tu punya la.
these are my styles to be happy:
1)berbuat baik pd semua
BUT ade plk kes yg len.buat baik ng org A,ade plk org B xpuas ht kite baik ng org A..last2 xbaik ng 2’2..ssh2
2)gelak_bersuka ria_ketawa senda ~!!
BUT ade yg xsuke melihat aku suke.bisingkah aku?? m’ganggu anda? adakah anda pasti anda juga langsung xm’ganggu org??xckup jeling,haishh merenung2 plk.anda tahukah,reaksi muka anda itu mengganggu emosi org?
3)makan2+mnum2+lepak2
BUT asyik muntah lak..bazir mknn,duit dan masa.hua hua hua
oh,soalannye utk tuan blogger,
ade recepe istimewa utk sy supaya mnjadi lebih extra+plus+super bahagia@gembira?
Ini dia:
Resepi untuk extra+plus+super bahagia
- Senyum Sokmo.
Kalau tak gembira pun, buat-buat gembira. Lepas tu, kita akan jadi betul-betul gembira.
- Kahwin cepat-cepat.
Tiada kegembiraan, melainkan hidup bersama-sama dengan orang yang tercinta.
- Ingat Allah sokmo.
Allah maha pemurah lagi maha pengasih. Dialah yang memberikan kita segala nikmat dan segala sumber kebahagiaan.
Ingat Allah, hati tenang, hidup senang.
kalau kita buat perkara yang betul tapi kawan asyik ketuk kepala kita
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
May 26th, 2010 at 8:33 pm
Mungkin itulah cara kawan kita bergurau. Kadang-kadang sakit hati, kadang-kadang sukar untuk diterima, tetapi itulah masam manis dalam berkawan.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Khaibar Ya Yahud, Hancurlah Yahudi Entri seterusnya:
John Chow Dan Air Cincau »


betul tu.kdg2 ade perkara yg kte tak perlu dgr pe org kte.slagi mne cara kte tak bertentangan ngan agama n kte hepi ngan pe kte buat,peduli apa org keliling nk ckp apa pn.mybe dia jeles kt kte yg hepi.huhuhu
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]