Apakah erti kegembiraan buat diri kita?

Apakah perkara yang paling menggembirakan dan yang paling membahagiakan kita?

Di bawah ini, saya cuba mendefinisikan dua erti kegembiraan bagi dua spesies makhluk yang istimewa.

Spesies yang pertama adalah golongan manusia yang ketagih membaca blog.Spesis yang kedua pula adalah golongan blogger yang dikatakan dapat menggoncangkan dunia dengan hasil penulisannya.

Apakah erti kegembiraan bagi mereka?

1. Erti Kegembiraan Bagi Seorang Pembaca Blog

Rahsia kegembiraan seseorang pembaca blog terletak pada tahap keghairahan sesebuah entri yang dibacanya. Hanya entri yang mengghairahkan dan yang dapat memuaskan nafsu membacanya sahaja akan memberikan kebahagiaan kepada para pembaca blog yang setia.

Adakah tuan setuju, wahai pembaca blog yang budiman?

Dan saya sebagai seorang penulis blog, berasa bertanggungjawab untuk menggembirakan hati para pembaca setia hairul dot net sekalian. Hanya entri yang terbaik sahaja akan saya tuliskan untuk memuaskan nafsu membaca tuan-tuan. Semoga setiap patah perkataan yang tuan baca di hairul dot net akan memberikan tuan nikmat dan kepuasan yang tidak terhingga.

2. Erti Kegembiraan Bagi Seorang Blogger

Bagi seorang blogger seperti saya, saya akan berasa gembira dan begitu puas sekali apabila ada orang yang sudi datang dan singgah di hairul dot net

Seorang pembaca hairul dot net sahaja, telah membawa seribu erti kegembiraan buat diri saya.

Jika entri yang saya tulis dapat memberikan manfaat dan kegembiraan kepada para pembaca pula, maka akan bertambah-tambahlah kebahagiaan saya.

Jika bertambah bilangan pengunjung dan bilangan komen, maka makin berganda-gandalah kegembiraan seseorang blogger.

Dan yang paling menggembirakan adalah, apabila ada orang yang meluahkan kata-kata ini:

“Saya suka hairul dot net.”

Fuh, betapa bahagianya diri ini apabila mendengar kalimah ini. Ulang sekali lagi kalimah ini:

“Saya suka hairul dot net.” ;)

Fuh, saya gembira tidak terkata.

3. Sajak Kegembiraan

Saya tuliskan sajak di bawah, istimewa untuk kita semua. Semoga kita dapat mengecapi erti kegembiraan yang sebenar, sepanjang kehidupan kita di dunia ini. Semoga kita akan bergembira dan berbahagia di dunia dan juga di akhirat.

Terimalah:

Erti Gembira

“Ketika lahir dahulu,
kita menangis dan orang lain bergembira.

Ketika hidup pula,
kita bergembira tetapi ada insan yang sedang menangis.

Dan kita sebenarnya,
dikurniakan dengan kelebihan untuk menciptakan kegembiraan.

Maka pada hari ini,
buatkanlah orang lain berasa gembira,
dan kita juga akan berasa lebih gembira.

Dan apabila kita mati nanti,
orang lain akan menangis,
sedangkan kita tetap akan gembira.”

“Kita berhak untuk gembira.”

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

Hairul Dot Net, Beres Sokmo

Hairul Dot Net, Beres Sokmo

# Keindahan dunia ini tidak bergantung kepada kegembiraan kita, tetapi bergantung kepada betapa gembiranya orang lain, yang disebabkan oleh kita.

# Sanggupkah kita menderita untuk menggembirakan orang lain? Sanggupkah kita bersusah payah untuk menyenangkan orang lain?

Gandakan lagi kenikmatan tuan dengan entri berikut:

  1. Kita Adalah Penggoncang Dunia Inilah kata-kata seorang pemimpin yang zalim, "Kita halalkan judi, kita...
  2. Bagaimana Untuk Hidup Dengan Lebih Gembira? AMARAN: Prinsip ini hanya boleh diguna pakai jika yang...