Saya Tulis, Tuan Bayar. Satu Esei Harganya RM557
Kenapa kita mahu jadi penulis? Atas sebab apa kita menulis?
Kalau duit yang dikejar, memang sesuai untuk kita menjadi penulis. Sudah ramai penulis yang kaya-raya. Hidup penulis makin ceria, penampilan tambah bergaya. Kita hanya perlu percaya, dengan menjadi penulis, kita akan pasti bertambah kaya.
Apabila kita menulis karya dengan sepenuh hati, dapat pula membuatkan para pembaca tersentuh hati, sudah pasti duit royalti akan mengalir masuk ke poket kita tanpa henti. Ketika itu, kita akan dinobatkan sebagai penulis sejati.
Hanya duitkah yang menjadi tujuan utama seseorang penulis?
Mungkin inilah jawapan yang terbaik untuk soalan di atas.
“Tulislah karya yang para pembaca ghairah untuk membacanya dan duit akan datang kepada kita.”
Erti hidup pada menulis? Adakah dengan menulis, kehidupan kita akan lebih bererti?
Dengan menulis karya, kita dapat menyampaikan ilmu kepada para pembaca. Dengan menulis karya juga, kita dapat memberikan sesuatu yang bernilai untuk diamalkan oleh para pembaca. Jika para pembaca sudah mendapat manfaat yang sebegitu signifikan, apatah lagi penulisnya. Kehidupan seseorang itu akan tambah bererti apabila karyanya hidup dalam hati para pembaca.
Oh, alasan apakah lagi yang perlu dicari untuk kita menjadi seorang penulis?
Usah bertangguh-tangguh lagi untuk menjadi penulis, kerana sesungguhnya karya-karya penulis dapat menggegarkan dunia.
Elok kiranya kalau kita berpegang pada prinsip ini untuk menjadi seorang penulis yang ngetop lagi hebat.
“Bacalah sesuatu yang bernilai untuk dibuat. Buatlah sesuatu yang bernilai untuk ditulis, dan tulislah sesuatu yang bernilai untuk dibaca. Semuanya bermula dengan amalan membaca. Iqra, bacalah.”
Jadilah pembaca, penulis dan pengamal sesuatu perkara yang bermanfaat.
“Aku mahu jadi penulis yang hebat. Insya Allah, semoga dipermudahkan segala-galanya.”
- Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani
16/10/2009
# Satu Esei Harganya RM557.
Inilah esei yang ditulis sempena sambutan kemerdekaan yang ke-52.
>>>>>>> “SATU MALAYSIA.” <<<<<<<
Nilainya sekarang adalah 15000 Yen atau lebih kurang RM557.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Moga-moga-karya ini ada manfaatnya untuk para pembaca.
Gandakan lagi kenikmatan tuan dengan entri berikut:
- Satu Esei Harganya RM557 Inilah esei yang ditulis sempena sambutan kemerdekaan yang ke-52. Nilainya...
- Satu Julai, Satu Bencana, Sejuta Kegeraman. Satu Julai, Satu Bencana, Sejuta Kegeraman. Hari ini 1 Julai....
- Sinar Kepada Yang Benar Kebenaran diutamakan, barulah diserikan dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang...
- Tuhan Saya Adalah Gajah "Eh, kenapa kamu tidak percaya kepada Tuhan?" Membulat mata Steven...
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
Sekeping Foto nilainya rm186(bole la 2)
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
October 17th, 2009 at 9:32 pm
@Tan Sri Dewa, Banyak juga RM186 tu. Eh, dah dapat tuntut ke duit tu?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Tan Sri Dewa Reply:
October 20th, 2009 at 10:10 pm
blom lg,klo d tntut bole la wat bayar duit gas ngan letrik…haha
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Satu Esei Harganya RM557 Entri seterusnya:
Satay Arnab Percuma Untuk Sepanjang Umur »



Tahniah sahabatku, bila nak terbit buku. Aku dah ada perancangan, dalam proses menulis sebuah. Jom terbit satu. Insyaallah.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
October 16th, 2009 at 8:10 pm
@fareast, Insya Allah, Aku pun sentiasa berusaha untuk menerbitkan buku. Jom sama-sama tulis buku.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]