Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ghairah Tapi Tak Lucah
Sesuai dengan tajuk, kali ini aku akan mengupas satu topik yang amat mengghairahkan, iaitu SEKS. Tapi, aku beri jaminan pada kau. Entri ini tiada unsur kelucahan yang melampau.
Selepas kau baca entri ini, kau pasti akan terangsang. Tapi, yang terangsang adalah minda kau, bukan benda itu.
Jom, mari kita jelajahi seluruh Malaysia dan kita bongkarkan realiti seksual di negara kita. Buka mata, buka minda, tutup pakaian kau.
Lokasi 1: Lorong Haji Taib & lorong-lorong gelap di Malaysia
Kalau kau pergi ke Lorong Haji Taib, kau takkan jumpa orang yang menjual tudung atau kopiah. Orang yang jual apam balik lagi la tak ada. Orang yang ada kat lorong ni, semuanya menjual tubuh, bersama-sama dengan maruah mereka sekali. Lorong inilah dunia pelacur, dunia yang penuh kenikmatan tapi bergelumang dengan maksiat. Oh, aku pernah ke lorong ini, sekali sahaja, sekadar melanggan melihat golongan-golongan yang keji ini.
Jadi pelacur memang jijik, buat pula perkara keji. Tapi, mereka tetap mengghairahkan. Sekali mereka menggoda, kau pasti tertewas. Aku? Oh, jangan tanya sama ada aku terangsang atau pun tidak. Sedangkan tok imam pun boleh terlucut kain pelikatnya bila digoda, inikan pula aku, seorang lelaki sejati. Walau apa jua rangsangan sekalipun, iman aku yang nipis itu tetap jadi penghalang.
Katakan TIDAK pada pelacur. Ingatlah orang yang tersayang.
Lokasi 2: Rumah-rumah di Malaysia
Rumahku, syurgaku. Tapi, untuk kebanyakan anak gadis, rumah itu ibarat neraka mereka. Manakan tidak, ayah dan abang kandung sendiri rupa-rupanya syaitan gila seks yang bertopengkan manusia. Kasihan pada anak-anak gadis yang dijadikan pemuas nafsu oleh ayah kandung sendiri.
Namun, itulah realiti sekarang. Sumbang mahram berleluasa, maruah anak gadis dijahanamkan oleh nafsu buas seorang ayah. Hukuman apakah yang sesuai untuk manusia durjana ini? Potong kemaluan atau pun bunuh sahaja mereka? Yang pasti, hukuman penjara dan sebat semata-mata tidak setimpal dengan perbuatan hina mereka.
Lokasi 3: Sekolah-sekolah di Malaysia
Remaja sekarang macam-macam ragam. Budak-budak sekolah juga tak terkecuali. Tapi, tinggalkan sebentar mereka dengan perilaku sosial mereka yang melampau itu. Kita fokuskan dahulu pada bab pendidikan, iaitu pendidikan seks.
Mengapa perlu ada pendidikan seks? Tak cukupkah dengan pendidikan moral dan pendidikan jasmani selama ini? Kurang berkesankah pendidikan Islam? Aku sebenarnya tak berapa jelas apa rasionalnya pendidikan seks ini. Aku juga tak tahu apa silibus yang akan diajarkan supaya budak-budak sekolah semuanya tahu apa itu seks.
Oh, kau setuju dengan pendidikan seks? Atau pun kau terasa rugi sebab tiada peluang nak belajar penddikan seks di sekolah dahulu? Lontarkan sahaja sebarang komen kau pada ruangan komen di bawah. Tentu menarik.
Lokasi 4: Pasar-pasar malam & kedai menjual CD
Dengan hanya RM5, kau sudah boleh menikmati sekeping CD lucah. Tapi ingat, aku tak galakkan. Ish, sudah la jual CD cetak rompak, jual pula CD lucah. Memang jahanam punya orang.
Kau sebut sahaja mana-mana artis, dalam apa jua gaya sekalipun, CD-CD yang ada pasti akan memenuhi permintaan kau yang bernafsu itu. Chua Soi Lek punya aksi pun kau boleh tonton. Susah-susah sangat nak beli CD, download saja kat internet.
Lokasi 5: Kembali ke realiti sekarang, di hairul.net
Sudah 4 lokasi kita jelajahi. Semuanya ada cerita ghairah yang tersendiri. Hebatkan Malaysia, punyai banyak sekali tempat-tempat sebegini. Itu pun, kita belum lagi menjelajah ke rumah-rumah urut, hotel-hotel murah, dan tempat-tempat rekreasi. Kita pasti akan dihidangkan dengan aksi-aksi panas anak-anak muda sekarang. Oh, yang tua-tua pun ada yang nak join sekali.
Kesimpulan
Dunia akhir zaman. Malaysia kian parah. Sumbang mahram makin menjadi-jadi. Gejala sosial makin meruncing. Itulah kisah realiti negara kita, Malaysia.
Kau, apa yang kau buat? Turut sama terlibat atau sekadar memerhati? Kerajaan, apa tindakan kau wahai kerajaan. Menteri, buatlah sesuatu, perbetulkan keadaan.
Oh ya, aku terlupa nak beritahu. Negara kita, Malaysia telah diiktiraf sebagai negara ke-7 paling bernafsu di dunia. Tahniah Chua Soi Lek, pelakon video 3GP amatur, taukey VCD/DVD lucah, dan semua rakyat Malaysia secara amnya. Malaysia boleh!
#p/s: Penghargaan pada mohdismail.net. Kau memang kool.
Akhir sekali, tanyalah diri kau sendiri. Pengiktirafan ini satu pujian atau pun satu penghinaan? Tepuk dada, tanya iman, jaga nafsu kau.
“Realiti Kita Nyata Berbeza.”
Gandakan lagi kenikmatan tuan dengan entri berikut:
- Tahu tapi Tak Mahu Aku yakin, para perokok ini amat tahu tentang bahayanya rokok....
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
pndai2 jek diorg ltak malaysia jd no 7…
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
hairul Reply:
June 27th, 2008 at 12:26 am
Bagus jerou.
Juga seorang abang yang penyayang.
Betul tu. Kita kena jaga nafsu. Semoga iman kita yang senipis kulit bawang tu, tetap mampu menahan nafsu kita.
Bereh jah, komen panjang mana pun takpe. Selagi tak letih menaip, tulis je.
Ko bangga ayie?
Isk…isk…
Kenapa ayie? Tell me why?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
hairul Reply:
June 27th, 2008 at 12:37 am
Aku harap semua perempuan akan membaca komen ini. Ini penting untuk kesejahteraan ummah.
Itu la, realiti perempuan tak sama dengan realiti lelaki. Lucu bagi kita, lucah bagi sesetengah yang lain. Tapi, mesti ada rasionalnya kenapa mereka berfikiran begitu.
Jom kita tanya kaum hawa. Apa pandangan anda?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Lur12@n Reply:
June 28th, 2008 at 12:20 pm
tetsudatte agete miru..
klo ikut pendapat aku(n rse cam pnh dgr jgk org len ckp), yg sebetul betul nye adelah kte beribadah krn Allah swt, krn kte m’harapkn keredhaan Allah, krn kte cintakan Allah, bknnye krn m’harapkn syurga ataupn krn takutkan neraka..
klo kte beribadah krn mahukan syurga, kdg2 blh jd umpama kte lakukan sesuatu utk seseorg tu sb org tu ckp die nk isikn mnyk free kat kete kte(bende len yg lg best pn blh gk la sbnrnye), bkn sb kte ikhlas nk tlg org tu sb kte sygkan die..
jd, kte jdkan la balasn syurga itu sbg pendorong utk kte lebih cintakan Allah krn, walaupn kte ikut perintah Allah yg mane klo kte x ikut pn x efek pape pn kat Allah, tp Allah telah menjanjikan blsn syurga yg sgt hebat dan grand kpd org yg mengikut perintah Nye..
sekian, yg baik itu drpd Allah dan yg x betul tu drpd aku sendri, klo ade slh tlg tunjukkan..
Bagus la mu ni eD.
Seorang abang yang penyayang.
Oh, muko buat promosi CD lucah ek? Aku delete komen mu ni nanti
hihi…no7 tuh..kalo keadaan mcm skng, bley turn out to be no#1; might be~
aku x tau silibus ape yg patut dibuat. ??, kat m`sia x ade subjek tu x pe sbb agama Islam dah pn ajar sbnrnye bab tu. for example, knp tutup aurat, sbb nk elakan ????? rangsangan. etc..
tp bg negara yg bebas (cam negara aku gi ni) mmg x de genkai dlm sosial. jadi diorang perlu diajar kalo buat `ni` ape risikonyer n bla2. ???????.
tp bende ni taboo tp jelas ade kat depan mata. jya.
Oh, semoga benda tu tak jadi kenyataan
Jaga diri elok-elok kat Jepun tu, jangan wat benda-benda tak elok
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
hairul Reply:
June 27th, 2008 at 6:43 pm
Mantap la hex-everros!
Oh ya, takde ke hikmah bercouple dari sudut sains?
hmm.. sbnrnye sex education ni utk safe sex.. which means kurgnye kelahiran anak luar nikah.. tp sume ni kt luar negare..
kte negare malaysia yg merupakan negara beragama islam sbg agama persekutuan sbnrnye x perlukan sex education ni.. sbb mende2 ni sptt nye telah dicover oleh pendidikan agama, seperti yg hairul nyatakan td.. namun, kejadian seperti sumbang mahram or incest ni tetap berlaku.. ini menunjukkan bhw sebilangan rakyat malaysia yg berbangsa melayu ni, tidak mengamalkan islam itu (“org bkn melayu slalunye x masuk berite pun, sbb bkn sumbang mahram katenye” ~ cikgu kajian malaysia).. maka datanglah cadangan utk meniru negare2 yg len spt singapore utk wat sex education, yg mane terbukti mampu mengurangkan kelahiran anak luar nikah..
emm, hairul.. ak x penah g lorong2 ni, so x tau akan tegoda or tidak.. harap2 x, mcm ko.
website di internet mmg berlambak pasal mende2 ni.. setebal mane iman kte menjadi persoalannye..
“emm, hairul.. ak x penah g lorong2 ni, so x tau akan tegoda or tidak.. harap2 x, mcm ko.”
Hehe….Iman jadi penghalang.
Eh, kalau belum pergi, jangan sesekali pergi. Dah pergi sekali, pasti nak pergi lagi. Mula-mula nak tengok saja, lepas tu……..isk2
first n foremost, sorry bebanyak if apa yang bakal aku cakap menyentuh sensitiviti individu tertentu…sensungguhnye takde kaitan dengan yang sudah hidup ataupun yang masih mati~~~~
Salah satu faktor yang mendorong kepada terjadinya kes anak luar nikah: tak lain tak bukan COUPLE. (aku da cakap sorry eh tadi…)
Yela..mule2 main2 pukul2….takpe2…berLAPIK katanya…
pastu cubit2…..takpe2…cubit2 SAYANG katanya…
pastu pegang2….takpe2…dia takkan wat benda jahat kat aku…diakan CINTA kat aku..(chess. pegi mati ar cinta yg x seberapa tu…)
pastu…hurm….dot dot dot….PADAN MUKA.
Yang sengsara, pompuan. (tapi yang korang BODO sangat kasi balak ko sentuh pehal??). Yang laki nye, if die tu the so0o0 called bertanggungjawab, xpelah. Kalo yang DAYUS tuh? Hoho…pikir2 kanlah….
p/s: Ada segelintir homo sapiens sapiens tu, diorang nampak baik… mula2 bersyarah ke situ ke sini menyiram air liurnya pasal COUPLE ni haram la… mengundang maksiat a…apa a… pastu tengok kat friendster plak gambar mereka dan pasangan mereka dekat2…siap berlaga pipi yang tak tahan tuh. Oops, lupe lak….skrin kamera handset kan kecik…so nak kasi muat muke dedue tu kenala lagakan pipi, ye x? (chess, wtf? gi mati ar..)
Akhir kata, yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikean sempadan. Kepada yang terasa tu, PADAN MUKA KORANG.
Hehe….cheers!!
::pEacE AnthEm tO dA wOrLd::
hihi
bgus r blog mu ja..rmai sggoh org nk bg komen dn pandangan
fuhh,Blog Peja,penjana Idea Dan Pemikiran Pelajar JAD..mantap2..
bg ak,msuk ranking top 10 x salah (referring to malysia’s no 7 position)tp, klu nafsu tu dlepaskn dtempat yg x ptt tu yg jadi masalahnye.sbb?hmm,faktor2 mgkin kurang didikan agama,baik islam @bukan, cite blue, undang2 yg tidak brsikap mcegah tp mhukum, dn laen2 lg…time kaseh
“Blog Peja,penjana Idea Dan Pemikiran Pelajar JAD”
Hehe…arigatou. Target aku bukan budak-budak JAD saja, tapi seluruh umat manusia yang bergelar rakyat Malaysia dan sesiapa jua yang memahami bahasa Melayu. (faham bahasa Jepun satu kelebihan)
“undang2 yg tidak brsikap mcegah tp mhukum”
Oh, aku tertarik dengan ungkapan ini. Siapa yang boleh bagi penerangan yang lebih detail?
Syabas pada sahabatku Adli..huhu..tajuk yg hebat utk diperkatakan especially tentang generasi zaman ni.
Aku setuju gak dgn beberapa comment di atas. Sex education ni xla penting sbb kita dah ada pendidikan moral dan agama. Kat oversea yg ada sex education ni bg aku xdela berkesan. Kalau dah nafsu tinggi tu xleh buat apa dah. Yg penting ialah pendidikan. X kisahla pendidikan dr rumah atau sekolah. Pendidikan ni boleh menjadi benteng kepada kita dr buat sesuatu yg bodoh kerana bila berpendidikan manusia berfikir tentang baik dan buruk.
Lg satu aku rasa baik undang2 diperketatkan. Aku x phm sungguh knape org suka tgk porn vid baik lelaki mahupun prmpuan. Kalau vcd cetak rompak lg bagus. (sbb ni pun menyumbang kpd kes2 rogol, sumbang mahram etc.)
pembetulan * kalau vcd cetak rompak xde lg bagus…
hehe..silap2
em satu penghargaan wat sdr peja d ats pengahsilan blog ini, sesungguh dalm menyentuh aspek ni, kite seharusnye bersikap terbuka dan bukannye memandang isu ni pada satu perspektif je..
memula, sememang nye isu sumbng mahram ni satu malapetaka amt la dahsyat yg berlaku kat bumi m’sia skang ni. bak kate pepatah, haruan mkn ank..tp kite ni manusia, jgn d sama kan ngan sifat semulajadi haiwan, kite d anugerahkan oleh Allah ngan akal utk judge mane bek n buruk. anak itu anugerah plg bernilai kat dunia ni, bahkan anak2 jua la yg anak mendoakan utk kite bile da mati nati. renung2 kan sejenak, mahukah kite d soal d akhirat kelak akan kesalahan kite ni? anak ibarat kain putih, ibu bapa yg mencorakkan nye..tp skang ni, bapa pula yg mengotorkan kain itu….(ak pon abg penyayang gak ja..bkn eD je)
secondly, isu pendidikan seks d skola2 tu rasenye tak perlu sgt, ape yg perlu di terapkan d cni, penghayatan agama islam itu sendiri yg perlu d titik beratkan n pendidikan secara tidak formal d rumah juga memainkan peranan dalam memberikan informasi kpd anak2 ape itu seks n implikasi drpd perlakuan seks bebas . sebenarnye, isu zina ni da d beritahu dalam al quran, cuma kerajaan je tak ambil inisiatif utk memperluaskan ag skop pemahaman utk para pelajar. Islam itu dah lengkap dalam segala hal, x perlu la nk d ajarkan ag ape itu seks.
lastly, isu sosial sebenarnye memberikan impak dalam gejala sume ni, couple bak kate didie td mmg antara penyumbang kpad anak2 muda utk melakukanmende camni. sebenarnye, pada pendapat ak la, couple itu tak salah, same gak la cam politik, politik x slah, cume cara org mempergunakan politik itu yg bnyk slahnye. couple kalo da srius n nk d bawa smpai ke pelamin, dr kite ni kene berfikir akan hukum2 ag, ak x nafikan mende2 ni bnyk menyebabkan anak2 muda hanyut tp dr kite ni yg seharusnye mengawal nfsu diri, andai dr bertanggungjawab n berpegang pd agma..insyaallah takkan berlaku nyer zina ni, tp zina hati tu bg ak, mmg susah nk d explain la..tp andai dr ni cbuk ngan urusan idup, aktifkan dr dalam riadah, insyaallah, takkan ade berlakunye perkara ni. n then, fikirkan juga akan family, ak selama ni ade gak xperience couple, alhamdulillah la ak x terjebak ngan mende2 bleh membawa pd zina,sbb pd ak kasih syg kite pd family n iman yg tak setebal mane tu yg berjaya mengawal nfsu ak ni. syukur2..
aduh, sori r ja terpnjang r plak komen ak..heheh
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
hairul Reply:
June 27th, 2008 at 10:38 pm
YB kita ni macam setuju je dengan pendidikan seks ni.
Ya, betul tu. Takde cara lain, kena tingkatkan iman kita. Jom solat, pastu kita doa banyak-banyak, minta ditingkatkan iman kita.
Amin……….
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
hairul Reply:
June 28th, 2008 at 4:42 pm
Tepuk dada, tanya iman, jaga nafsu.
Buka mata, buka minda, tutup aurat kita.
“sebaik sahaja Lesom(name seorang wanita) baring, dia mula merasakan otot-ototnya mula menegang.. Lesom cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi lelaki itu enggan menerima alasan Lesom bahkan semakin merapatinya.. lelaki tersebut bertanyakan adakah Lesom takut. Tetapi dengan berani Lesom menggelengkan kepala.. jenis perempuan apekah Lesom ini.. dan jari- jemari lelaki iti mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati.. dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul.. semakin dalam dia menusuk semakin kuat Lesom mengerang.. tetapi lelaki tersebut masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.. dia merenung jauh ke dalam mata Lesom dan mahu Lesom percayakannya. ini bukanlah kali pertama bagi lelaki. dia terus tersenyum dan Lisom memberi lebih ruang masuk kepadanya.. Lesom mula merayu agar dia mempercepatkannya.. tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar Lesom merasakan kesakitan yang paling minimum.. semakin dalam tusukkannya semakin Lesom merasakan tisu-tisunya koyak!. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Lelaki tersebut merenung kepada Lesom dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata Lesom direnangi deagan airmata tetapi Lesom menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.. dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan.. Terus keluar masuk.. tetapi Lesom sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa.. beberapa ketika kemudian Liesom merasakan sesuatu memancut dan lelaki itu mengeluarkannya dari Lesom.. Lesom terbaring dengan wajah yang pucat. lelaki itu menghamparkan sekuntum senyuman kepada Lesom dan mengatakan Lesom adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.. Lesom hanya tersenyum tawar.. ini juga adalah pengalaman pertama Lesom.. dengan senyuman yang tawar Lesom pon mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut giginya. ”
assalamualaikum kepade saudare hairul sekeluarge.. mintak maaf di atas kehadiran mukaddimah yg panjang di atas.. tetapi tujuan mukaddimah yg panjang di atas hanyelah utk memperbetulkan satu perkara yg semakin menjadi bualan masyrakat pade mase kini.. ia dikenali sebagai fenomena “salah anggap”. saye percaye di tempat saudare hairul menimbe ilmu sekalipun, perkare ini sering berlaku bukan.. saudare sekalian, bukanlah saye ingin menunding jari kepade sesiapun, tapi inilah realitinye.. tidakkkah saudare sekalian menyedari bahawe fenomena ini sering dialami oleh kaum wanita.. dan perkare ini juge telah dibuktikan melalui kajian persatuan pengguna kotex(jename lampin wanita) tentang kesedaran sex di kalangan wanita.. dan ramai di kalangan wanita mengakui yang mereka sering tersalah anggap terhadap perbualan yg berunsur “lucah”.. dan yg sering menjadi mangse ketersalah anggapan perkare ini adalah kaum bapa.. mereka sering dikutuk, dihine, dimaki kerane selalu bercerite tentang perkare yg kononnye berunsur “lucah” ini.. walhal, kadang2, perkare yg berunsur agame sekalipun sering dianggap lucah oleh kaum wanita ini.. apakah semua ini!!.. jijik sangatkah pemikiran kaum bapa ini.. saudari, untuk pengetahuan pihak saudari sekalian, kaum lelaki amat jarang sekali membincangkan hal2 yg dianggap tidak releven.. malah, 90% dari percakapan pihak lelaki hanyelah berkisarkan tentang isu2 semase dan juge agame.. tidak adillah bagi pihak kami jika sering dikritik kerane kononye bercakap kotor, walhal perbualan itu tidak didengari sejelasnye dan jike didengari sejelasnye pun saye percaye pihak saudari tidak memahami sejelasnye akan perkare tersebut.. seharusnye kaum wanita haruslah bertindak bijak dengan bertanyekan maksud akan satu perbualan tersebut sebelum membuat sebarang penilaian.. dan jike ade pun perkara yg sedikit lucah dituturkan oleh kaum bapa, ini tidaklah bermaksud bahawe perkare itu adlah sesuatu yg kotor.. berdasarkan kajian oleh sensa oil(jename ubatan), kaum bapa sering membincangkan perkare yg berkaitan sex untuk menasihati satu sama lain.. atau dengan kate lainnye, kaum bapa sering membincangkan perkare ini untuk kesedaran masyarakat sekeliling dan juge diri sendiri terhadap kesan positif dan negatif sex ini.. adakah ini dianggap kotor??
sekian sahaje dari saye.. diharap kaum wanita selepas ini lebih bersikap toleransi terhadap kaum bapa.. kami sedar, siapelah kaum bapa ini tanpe kaum ibu disisi.. akhir kate dari saye, kaum bapa sayang peja..
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
YB Yusri Reply:
June 28th, 2008 at 3:13 am
mmg pendidikan seks ni ada guna..tapi kalau difikirkan lg..kalau semua org tau safe sex, nnti makin bnyk la seks sblm kahwin…n kalau aku nak melaksanakan system ni, mungkin aku akan buat utk budak tingkatan 4 n 5…sbab masa tu diorang boleh fikir…kalau bagi kat budak rendah or menengah rendah, nanti diorang akan tau secret utk safe sex, n dgn fikiran mentah diorang akan membuat seks…so mungkin keberkesanan program ni masih lg ditahap “tidak tahu” kerana apa2 pun, yg penting pendirian diri sendiri terhadap agama n moral…
-just my a penny of my thought-
Couple?
Hmmmmmm…………….
Ada sapa-sapa nak tambah, nak kurangkan, nak pertahankan, atau pun nak bangkang? Silakan……..
Aku tak tau nak kata apa.
assalamualaikum rakan2 sume. ak amat berbgga mmpunyai kawan2 yg mempunyai kesedaran spt ini terutamanye pemilik blog ini. mmg best la mu peja. ,mengetghkn tajuk yg mencabar minda rakan2 utk berfikir. xlah berkarat dok tdo dlm klas enkaku je (salah sorg nye ak lah, dh try xnk tdo, tp sedar2 sensei dh kuar ).
ak amat tertarik ngan pndpt nadiah psl couple ni salah satu coz kpd bnde ni n ditambah plak oleh jerou88 yg couple tu xsalah tp pembuat die yg wat pencemar couple ni, hrmmmm…..
dr ape yg ak blaja selama ak duk skola mngh smpai la skang, couple tu xleh. kecuali kahwin je br blh couple. tp. ramai yg mmpertikaikn bnde ni.
“…. cmne nk kahwin, kalo xknl hati budi. xknl maka xcinta….” kata si A.
“…. ala selama saya couple ni, xde berlaku pun zina, pegang tgn pun xpernah, so saya rase ok kot…..” kata si B plak.
“…. ala, itu perkara lapuk, mana sesuai ngan zaman skang, rilek la….” menyampuk si C.
ok, kite sbg orang Islam ( yg bkn Islam bleh bace gak, bleh kenal Islam ), kenape kite x melakukan perkara mcm minum arak ke, main judi ke, makan b**i ke???? kite tnye blk diri kite.
kebykn dr kite akn menjawab, krn mengikut kajian sains, arak bleh merosakkan akal n bla, bla, bla. judi plak merugikn n bla, bla and so on.
tp, sbnrnye kite sbg org islam x wat bnde ni KERANA ITU PERINTAH ALLAH. FULL STOP. itulah sebab sbnr kite wat ape yg disuruh n xwat ape yg dilarng. ade dlm quran yg bermksd ” TIDAK AKU JADIKN JIN DAN MANUSIA KECUALI UNTUK BERIBADAT KPD AKU”
ape maksud ibadat. ibadat ialah pengabdian n pengahambaan kpd Allah. so kite kena ikut la ape yg tuan iaitu Allah suruh. xkisah la bnde tu best ke xbest.
mmgla kite percaya setiap ape yg Allah suruh tu ade hikmah tp kalo kite bergantung saje kpd hikmah utk melakukn sesuatu suruhan n meninggalkn larangan, kite ngkn akn bersikap selective. contohnye cam case couple td la, kite xnmpk hikmah xleh bercouple, so kite pun bercouple. lg contoh, case tutup aurat. aurat lelaki ialah pusat hingga lutut tp coz kite xpernah dgr lelaki dirogol, kite pun xtutup aurat. nauzubillah…
so ape yg ak nk tekan kat cni
1) melakukan ibadah krn perintah Allah.
2) percaya setiap ape yg disuruh Allah ade hikmah tp x menjadikannye tujuan utama utk beribadat.
semoga dgn ibadah yg kite lakukn krn Allah, Allah akn kurniakn kesejahteraan n keamanan kpd M’sia. Amin….
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
hairul Reply:
June 28th, 2008 at 6:46 am
YB Yusri,
Aku rasa la kan, kalau buat untuk budak-budak form 4 & 5 saje pun, bahaya juga la.
Masa tu kan nafsu tengah mencanak-canak, remaja pula bersikap ingin tahu dan suka mencuba.
Nanti diorang buat sebab alasan ingin mencuba, tak ke haru jadinya? isk…..isk……
em btul2 ape yg d katakan oleh sdr hex-evrros tu ak xnafikan la..mmg ade hikmah Allah melarang perkara2 yg mendekatkan diri kite pd zina…maafkan sy kalo ade kate2 pendapat sy dalam komen sblm ni bertentangan dgn pndangan islam, sesungguhnya sy ni insan biasa dan amat menghargai nasihat dr rakan2. time kasih krn mengingatkan dr sy ni.
syang ko hex everros..wahahaha
opss
*testing tukar name..
*testing2…
ak penah dgr gak pasl menerime perintah Allah bkn kerane hikmah tp kerane itu adalh perintah…
org kate(dieorg r kate,ak x tau r btui ke x),sume research2 pasai hikmah disebalik perintah2 Allah spt solat(yg pasl cas2 elektrik), puase dan sebagainye tu sbnrnye x elok sgt krn die bleh menyerongkn pemikiran kite utk mmbuat arahan2 itu atas dasar krn inginkn ganjaran dan hikmahnye dn bkn kerane sbg hambe yg patuh yg ikhlas mjalankan perintahNya….
tpkan,klu mcm tu,ape bezanye klu kite bt atas dasar nk msk syurge??
tlg terangkan wahai sahabat2 tercinte
hex everros, couple itu salah kerana perintah allah. dan aku sendiri tak pernah dengar dan tak nampak pula golongan bercouple ni tak bercinta. bercinta sampai mengingati pasangan senantiasa dalam hati tu antara penyebab couple tu salah kot. sebab kita mendekati zina, zina hati. mengingati si dia lebih dari Allah. so, siapa2 yang couple tu~ hehe
flame me if i’m wrong.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
hex-everros Reply:
June 28th, 2008 at 4:16 pm
betul2 ckp lu12@n. spttnye kite wat amalan krn Allah, tp ape yg ak dgr dr ustaz, kalo xsilap, bole je krn kite wat sesuatu krn syurga n neraka, coz die kate, kalo xsilap, Allah tahu manusia selalu wat sesuatu krn sesuatu n fitrah manusia yg nk wat krn sesuatu xkisahlh duit ke, fame ke, sje nk wat baik ke. ttp darjat die kureng ckit la. maafkan diri ini kalo salah.
hmmm… bagi aku pendidikan sex tu mmg penting gak ar kalau diperhati dari sudut kesihatan…
mmg no 1 pendidikan moral n agama… tapi pendidikan sex tu mengajar manusia supaya berhati-hati dlm membuat sex..
pastu sex edu dapat mengurangkan kes HIV n AIDS,….jap jap……tapi nanti kalau terlebih berhati-hati, makin bertambah la pulak kes sex kan ?? tu yg aku pening gak tu ….(!!!!!!!!!!!!!!)
mmg betul sex tu best tapi sblm tu kahwin la dulu baru sedap kan……at least x la dosa beratus tan…
pasal kes jual cd ni aku x setuju ar…rm5 mahal tuu…kat rmh ada internet , boleh thn laju pulak tu… download mana2 adooo..
pasal couple ni , sendiri punya kepala nak fikir…aku pun ada GF …apa salah ada gf ?
bagi aku kes sumbang mahram, zina or apa2 shj yg berkaitan dgn sex luar nikah ni mmg disebabkan nafsu and syaitan n PORNOGRAPHY….. nak elakkan benda2 ni ? tingkatkan iman shikanai nee!!!….
assalamualaikum..
pertama skali mf la klo aku ni krg menyumbang dlm sudut komen mengomen ni… aku ni x byk ckp org nye klo ko nk tau..
aku tertarik ng komen couple yg dilontarkn oleh nadiah sbnrnye..
kite lihat kronologi nye..
-mule2 nadiah kate couple xleh dgn tegasnye.. (tp klo blh x perlu la gune kate2 kesat kot)
-pastu jerou kate couple xpe(dgn syarat2 tertentu).. (org yg couple pn rse sng hati skit ble bce)
-pastu hex(bkn hacks) kate couple tu xleh (dgn pnh berhikmahnye)..
-pastu jerou pn bertukar parti setelah tersentuh dgn kate2 hex.. (org yg couple pn kembali rse gelisah kerane tidak mahu menerime hakikat)
-pastu eD kate couple ni slh sb xleh elak zina hati.. (betul2, klo x saling mengingati mcm x couple la plk jdnye)
-pastu YB tanye salah ke ade gf?.. (aku nk jwb salah tp aku sdkt takut jika kate2 itu akn terpantul blk kpd ku suatu hari nt)
-pastu skang ni aku kate bek kite blaja leklok skrg n nt blh dpt keje cpt2 blh kawin cpt2, x pyh dh nk pk psl couple sblm kawin ni, bt penin je..
klo la ade ppuan idaman dlm hati kte, kte doa la kpd Tuhan supaya…
jika ppuan tersebut akn ditakdirkan sbg jodoh kte, maka Tuhan akan_______________________, dan jika ppuan tersebut tdk akn ditakdirkan sbg jodoh kte, maka Tuhan akan hilangkan rase minat kte terhadap ppuan tersebut… (yg tmpt kosong tu aku xde idea nk isi ape n takut klo tersalah doa plk, so sesape yg lg arif blh la tlg..)
terpjg la pulak nmpk nye, jd sampai d sini sje, klo ade yg salah dlm komen sy ini silalah tegur, wassalam..
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
mr....p....w... Reply:
June 28th, 2008 at 10:04 pm
ooo..iyeke..satu info baru bg aku
time kaseh2…
err…sahabat2..korg bab2 couple ni mmg suke nk bdebat..ish3..permintaan ak earlier tdk diendah…sedih2..tetsudattekurenaika minna…?
hairul,
saya komen dalam blog saya. dengan recognition dan link ke blog anda.
hrmmmm, psl GF, ape salahnye kan??? betul2 kata YB yus. kalo ikut logic ak n rakan2 yg lain sume, biase je kn. kalo ak la ade gf, ak pun yakin ak xkn pegang2 tangan, cium2 apetah lg zina. coz ak pun blaja agama. n agama kata pgng tngn pompuan bkn kuarga xleh, zina ape lg.
TAPI kan, knp kite xberani pegang anjing walaupun kite pgng tu pas anjing tu dimandikn ngan sabun dettol,
pastu nape kite xmakan b**i walaupun kite tgk org2 yg lain mkn elok je, bahkan kite yg mati dulu coz darah tinggi n whatsoever.
that’s what we call FAITH. kite percaye Allah pencipta kita. kita percaya Allah knows best psl kite. kenape Allah xciptakn kite ni kat pluto, kenape Allah beri kite 5 jari, kenape Allah ciptakn lelaki n pompuan??? coz die tahu keperluan kte.
sorilh, ak mmg xtahu cmne nk jwb secara saintifik, tp inilh pegangan ak. ape yg Allah suruh, insya Allah, ak cuba sedaya upaya utk wat.
kalo ak jwb cam kebykn akan jawab,
“…mula2 main sms2 dulu, pastu mula lah nk bergayut kat hp, pas2 lama ckit, mulalh nk jumpe, pastu 2start pgng tgn n kemudian ‘ringan-ringan’ and then zina….”
kalo ak jwb camni, org akn lawan bhw bkn sume org camni, n ak pun sedar ade org yg berhenti setakat bertemu je, ade yg berhenti smpai pegang tgn je n so on.
so tepuk dada tnye iman.
hrmmm ed, cinta tu fitrah. sape yg xde cinta tu robot. agen cia n fbi dlm cite chuck pun bercinte (sape yg tahu jelah boleh gelak).
betul, antara coz bercouple xleh camtulh. tp, selain dr bercouple, main dota pun leh wat org lupekn Tuhan. org memblog pun begitu jugak. bleh kata sume bnde bleh jd camtu. so kalo nk bincang psl bnde tu, ak mmg xlayak coz ak pun jap ingt Allah, byk gak lupakn Allah. bleh kata bab tu bab yg agak tinggi la.
btul2..kalo nk citer bab couple bleh ke tak..smpai biel2 x abes ag..jd ape yg bek utk kite..amek mase blaja ag lebih lg..bnykkan mase ngan family..n jd org yg bertnggngjwb coz nk jg anak dara org bkn sekejp2..smpai akhir hyt ..andai ikut hati je, xde kemanisan dalam umah tangga nati..lastly, ag jgn d blakangkan, family jgn d abaikan, n da kawen nati isteri jgn d hmbakan..
Hi webmaster!
Hi webmaster!
Interesting facts.I have bookmarked this site. stephanazs
aku rasa pendidikan seks tu wajib di adakan di sekolah…tapi kita harus mengkaji dengan teliti…adakah ia sesuai di didik dalam keadaan yang terbuka di antara pelajar perempuan dengan lelaki ataupun secara berasingan atau kepada perempuan sahaja.Ramai yang kita lihat perempuanlah yang selalu menjadi mangsa seks pada lelaki.Kenapa?kerana mereka terlalu suci,naif dan mudah terpengaruh.Melalui pendidikan seks yang tertumpu kepada pelajar perempuan mungkin dapat membantu mereka mengenali apa itu seks, rogol, faktor, dan kesannya kepada mereka yang menjadi mangsa..bagi lelaki pula,mereka terlalu mudah mengikut nafsu.Mendengar perkataan seks sahaja sudah mampu menaikkan nafsu mereka.Sebab itu adalh perlu sekiranya pendidikan seks itu di adakan secara berasingan dengan pelajar perempuan.
Betul juga ek. Kalau buat bersama-sama, mungkin perempuan malu-malu pula nak bertanya, dan mereka pasti diperlekehkan oleh lelaki.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Kau Unik, Tapi Tak Berguna Entri seterusnya:
Satu Julai, Satu Bencana, Sejuta Kegeraman. »


Pendidikan seks. satu lagi contoh benda di malaysia di mana ideanya betul tapi perlaksanaan tak betul. aku tak paham macam mana seorang ayah boleh jadi ghairah tengok anak sendiri. aku tengok adik aku, yang timbul hanyalah rasa kasih dan sayang, tak pernah pulak nak terfikir buat kerja pelik2.
RM5 untuk cd lucah? mahalnya. sila kunjungi
http://www.4****.comhttp://www.google.com untuk mencari yang lagi hot dan percuma.sarcasm : aku kata anugerah itu satu pengiktirafan. nama malaysia ada di laman web terkemuka dunia. lepas ini ramai la
binatang2 buaspelancong2 datang ke malaysia. heh[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
hairul Reply:
June 27th, 2008 at 12:16 am
Aku setuju.
Aku pun tak faham kenapa KITA suka tengok porn. Apa sebabnya ye? Best ke benda tu? hehe
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
YB Yusri Reply:
June 28th, 2008 at 3:18 am
haha..tol tu….jadi single sampai dapat kerja n suruh mak/ayah carikan isteri..kan senang…..
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
nadiah Reply:
June 29th, 2008 at 6:12 pm
uhuhu…sorry guys…emo jerk masa tuh. uhuhu…emo pasal: read my p/s.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]