Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Hadiah Untukmu Di Hari Kelahiranmu
Mahu ucapkan apa kepada orang yang tersayang sempena hari ulang tahun kelahirannya?
Cukupkah sekadar menghadiahkan doa sahaja, atau perlu diserikan lagi dengan pemberian hadiah?
Mari kita fikir-fikirkan.
Apakah pula doa untuk diri kita sendiri pada hari ulang tahun kelahiran kita?
“Dan semoga segala kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku dilahirkan dan pada hari aku dimatikan, serta pada hari aku dibangkitkan semula”.
Surah Maryam, ayat 33.
Kawan-kawan mahu hadiah apa untuk hari lahir?
Kalau saya, saya mahu buku. Ya, buku. Saya mahukan buku. Hadiahkanlah buku kepada saya di hari ulang tahun kelahiran saya.
Buku adalah hadiah yang dapat dibuka berkali-kali dan hadiah yang amat bermanfaat buat si penerima dan juga si pemberi.
Tidak sudi memberikan hadiah kepada saya? Hadiahkan doa sahaja pun tidak mengapa. Nanti saya hadiahkan buku kepada diri saya sendiri.
Oh ya, marilah kita bercinta pada hari kelahiran kita.
# Saya mahu mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada kawan saya, Noor Athirah Binti Mazli dan kepada junior saya, Tengku Azuan Asry yang menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka pada hari ini. Oh, betapa bahagianya mereka dapat menyambut hari lahir bersama-sama orang yang tersayang di Malaysia. Beraya pun di Malaysia. Oh, bahagianya.
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
« Mahu Kahwin? Sebutlah perkataan ini. Entri seterusnya:
Angguk-angguk, Sengguk-sengguk »

salam buat penulis yang bijak dan pandai…hamba disini ingin mengucap kan selamat hari raya maaf zahir dan batin…maaf banyak rul :
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
September 29th, 2010 at 6:48 pm
Salam sejahtera untuk Tuan Mohd Airi, pembaca budiman.
Selamat hari raya jugok, tunggu gathering tahun depan pulok.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]