Ada tukang gunting yang menggunting rambut pelanggan secara percuma.

Suatu hari, datanglah seorang Mat Saleh mahu menggunting rambut dengan tukang gunting itu. Rambutnya digunting dengan percuma. Keesokan harinya, tukang gunting itu mendapat sejambak bunga daripada pelanggan Mat Saleh tersebut.

Selepas itu, datang pula orang Perancis menggunting rambut di situ. Dia juga digunting rambutnya dengan percuma. Keesokan harinya, orang Perancis itu menghadiahkan sekotak coklat kepada tukang gunting itu.

Mahu dijadikan cerita, datanglah pula orang Melayu mahu menggunting rambut dengannya. Orang Melayu itu  pun diguntinglah rambutnya dengan percuma. Keesokan harinya, cuba teka apa yang berlaku?

Mat Saleh hadiahkan bunga, orang Perancis pula hadiahkan coklat. Cuba teka hadiah apa yang diberikan oleh orang Melayu kepada tukang gunting itu?

Hadiahnya memang hebat.

Keesokan harinya, datanglah 10 orang Melayu ke kedai gunting itu untuk menggunting rambut secara percuma. Dan makin bertambahlah pelanggan Melayu ke kedai gunting tersebut. Namun, tukang gunting itu tidak menerima sebarang hadiah lagi.

Alahai…

# Cerita yang menarik daripada Tuan M Tazli Azizan.

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.