Zaman remajalah usia emas kita.

Fizikal masih mantap, akal masih sihat. Zaman kegemilangan kita sudah bermula. Sultan Muhammad Al-Fateh, baru berusia 21 tahun semasa menawan Kota Konstantinopel.

Kita, umur pun sudah 21, 22 tahun. Apa yang kita sudah buat selama ini?

Waktu tidur kita sudah berlalu. Kita kini berpijak pada bumi yang nyata. Dari saat ini, bermulalah penghidupan kita yang sebenar. Kita adalah remaja, remaja adalah tonggak perjuangan.

Sekarang waktunya untuk kita bicara soal perjuangan, bukan lagi sibuk memburu keseronokan.

Selagi masih hidup, buatlah sesuatu yang kita suka, dan buatlah dengan bersungguh-sungguh. Itulah yang terbaik untuk kehidupan kita.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita menjadi orang yang biasa-biasa sahaja. Kita berhak untuk menjadi insan yang hebat dan sesungguhnya kita semuanya mampu. Kemahuan yang tinggi dan digandingkan dengan kemampuan yang ada pasti akan membangkitkan potensi diri kita ke tahap optimum. Manusia yang hebat, itulah tujuan kita.

Kita ini hamba dan kita juga khalifah di dunia. Tunaikan hak kita sebagai hamba kepada Allah dengan beribadah dan kita tunaikan hak kita sebagai khalifah di muka bumi ini dengan menegakkan syiar Islam.

Mari kita bongkarkan misteri, kita gandakan kejayaan dan kita cipta sejarah gemilang untuk Islam.

Kita adalah remaja, kita adalah orang yang hebat.

Kita masih remaja, remaja sentiasa hebat. Fizikal mantap, akal sihat. Usia remaja adalah usia emas kita. Mari manfaatkan zaman remaja kita.

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.

Hairul Faizal Adli

Adakah tuan suka dengan hairul dot net?
Kongsikan kegembiraan tuan dengan orang yang tersayang.

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam,
tidak kira siang atau pun malam.
Sebarkan juga hairul dot net ke seluruh alam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang.
Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.