2009 sudah berlalu, 2010 pula perlu dialu-alukan. 2009 sudah menjadi sejarah, 2010 pula disambut meriah.

Tahun baru kali ini datangnya berkembar, segala peluang yang ada perlu disambar. Sempena dengan Maal Hijrah, semoga masa depan kita sentiasa cerah.

Jadikan hijrah ini hijrah yang bersejarah, ada arah dan masa depan yang cerah.

Hijrah ini menuntut peluh dan darah.

Janganlah kita mengeluh dan pasrah, selagi kudrat belum dikerah, selagi otak belum diperah. Marilah kita berusaha dengan penuh ghairah dan kepada Allah kita berserah.

Salam Maal Hijrah 1431 dan selamat tahun baru 2010 dari hairul.net

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

16/12/2009