Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ikhlas Tak Minta Dibalas
Kalau dibedah dada, nampak jantung dan hati. Tetapi ikhlas itu, hanya Allah sahaja yang mampu menilainya.
Sedikit dialog romantis sebagai selingan:
Amir berkata kepada isterinya, Aisyah,
“Terimalah buku ini, sayang. Hadiah ikhlas daripada abang.”
Aisyah mengambil buku, tersenyum, sambil berkata,
“Betukah ikhlas, abang? Buku pun tak berbalut, mujur tajuknya menarik.”
Amir juga tersenyum dan membalas,
“Abang memang ikhlas. Kalau sayang tak percaya, bedahlah dada, tengoklah hati abang.”
Aisyah menjawab,
“Sayang tak sampai hati nak belah dada abang. Sayang x-ray sahaja, boleh?”
Kompilasi kisah cinta romatik boleh dibaca di sini: Cinta Romantik
Sesuatu perbuatan itu, nilailah cara, hukum dan manfaatnya. Soal ikhlas ataupun tidak, serahkan kepada Allah. Bukan urusan manusia untuk menilai hati manusia.
“Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
- Surah al-Baqarah, ayat yang ke-271.
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
« Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Entri seterusnya:
Cerita Kedai Kopi »

tme kasih peja.
“Bukan urusan manusia untuk menilai hati manusia.”
-suatu yg mengingatkan
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
April 24th, 2011 at 1:32 am
Terima kasih, Nabaw.
Rahsia hati, tak siapa yang tahu. Hehe…
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]