Ya Allah,

Hari ini aku ditimpa musibah. Konon-kononnya aku ini insan yang tabah, akhirnya rebah juga.

Aku tidak sanggup menghadapi kehilangan. Semalam aku bahagia dengan rakan-rakan tercinta, bergelak ketawa dan bermesra bersama-sama.

Hari ini aku kesunyian, kesunyian yang amat. Aku rasa kehilangan. Hilang ketenangan dan hilang kegembiraan hidup. Musibah ini sungguh menyakitkan.

Kalau aku ditimpa kesakitan, masih ada ubat yang boleh merawatnya. Kalau aku kekurangan duit, ada kerja untuk mendapatkannya

Hilang kawan, hatiku rawan.

Kini, aku terasa jiwaku begitu kosong.

Aku bahagia ketika bergembira bersama kawan-kawanku. Sungguh, kawan-kawanku adalah sumber kegembiraanku. Aku sayang kepada kawan-kawanku. Mereka sangat bererti untuk diriku.

Aku amat berharap semoga kami semua akan terus berkawan sehingga ke syurga. Kami mahu masuk syurga bersama-sama.

Aku sayang kepada kawan-kawanku.

Aku akan menghargai kawan-kawanku ketika mereka masih hidup, agar aku tidak menyesal pada hari kematian mereka.

Peringatan untuk diri sendiri:

Ingat kawan, tetapi jangan lupakan Allah. Kawan-kawan kita adalah anugerah daripada Allah. Ingat Allah dan Allah akan memberikan kita kawan-kawan yang hebat.

Ingat kawan, jangan lupakan Allah.


Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.