Ada seorang perempuan Jepun yang ingin kembali kepada Islam, agama fitrah setiap insan. Penyebabnya adalah kerana dia ingin berkahwin dengan seorang muslim Indonesia. Begitulah hidayah yang Allah masukkan ke dalam hatinya untuk menerima Islam.

Orang Jepun mahu berkahwin dengan orang Indonesia. Orang Mesir memberikan penerangan tentang Islam, orang India menjelaskan kefahaman dan orang Pakistan menyuntik keyakinan dalam diri untuk menerima Islam. Orang Malaysia pula memerhati penuh teliti, menjadi saksi dan masih belajar cara menyampaikan Islam.

Kami berlainan bangsa, berbeza bahasa dan pelbagai negara. Kami disatukan oleh kalimah,

“LA ILA HA ILLALLAH.”

Kalimah tauhid yang  agung dan indah ini hanya terdiri daripada susunan tiga huruf sahaja,

“Alif, Lam dan Ha.”


Apakah ada di kalangan manusia yang mampu menyusun satu kalimah yang mengandungi makna yang cukup besar dengan hanya menggunakan tiga huruf sahaja?

Dari segi bahasa dan dalam mana-mana bahasa sekalipun, tidak akan ada satu ungkapan yang mengandungi makna yang besar, yang disusun dengan menggunakan tiga huruf sahaja, selain daripada kalimah

“LA ILA HA ILLALLAH.

Dengan kalimah inilah kami hidup, dan insya Allah, dengan kalimah ini jugalah kami akan mati.

LA ILA HA ILLALLAH.

# Antara isi perbincangan pihak masjid dan orang Jepun tersebut:

- Masuk Islam untuk diri sendiri, bukan untuk kahwin semata-semata.

- Nama asal sebelum masuk Islam boleh dikekalkan, tidak perlu ditukar. Kalau mahu ada nama panggilan baru selepas Islam, itu digalakkan.

- Islam tidak memutuskan hubungan dengan keluarga. Walaupun sudah masuk Islam, keluarga tidak boleh dilupakan. Tetap perlu berbuat baik kepada ibu bapa.

- Pihak masjid dan saudara seislam sentiasa bersedia membantu dari segi kewangan dan tunjuk ajar tentang Islam.

Begitulah sedikit-sebanyak isi perbincangan.

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.