Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Saya Belajar Daripada Kanak-kanak
Cucu Nabi Muhammad, Hasan dan Husin, ketika mereka masih kecil, mereka pernah menegur orang tua yang tidak sempurna wuduknya.
Teguran mereka penuh berhikmah, lengkap dengan sopan-santunnya. Maruah orang tua itu tidak jatuh dan orang tua itu mendapat peringatan tentang wuduknya yang tidak sempurna.
Hasan dan Husin pura-pura bergaduh di hadapan orang tua itu untuk menarik perhatiannya. Orang tua itu cuba meleraikannya.
“Mengapa kamu bergaduh wahai anak-anak?”
Hasan dan Husin menjawab,
“Wahai datuk, perhatikanlah cara kami berwuduk dan beritahulah kepada kami, siapakah yang berwuduk dengan cara yang betul.”
Orang tua itu bersetuju.
“Tunjukkanlah kepadaku wahai anakku.”
Lalu Hasan dan Husin pun berwuduklah, dan kedua-dua mereka berwuduk dengan sempurna, lengkap segala rukun dan sempurna basuhannya.
Selepas melihat cara Hasan dan Husin berwuduk, tersedarlah orang tua itu akan kesilapannya dalam berwuduk.
Sesungguhnya kisah ini memberikan pengajaran yang besar kepada kita.
Orang muda jangan berlagak pandai, orang tua jangan bodoh sombong, orang bijak jangan angkuh dan ulama jangan takbur. Belajarlah, walaupun daripada seorang budak sekalipun.
Dan saya mula belajar cara berkhutbah yang mantap dan berkesan daripada seorang kanak-kanak.
Saksikanlah video ini.
Ini pula sambungannya.
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
« Mahu Kahwin Dengan Orang Jepun? Entri seterusnya:
Kerana Kasut Saya Menangis »

Masya Allah hebat si kecil dapat berkhutbah. Semoga dapat menjadi pelapis generasi akan datang.
- Artikel terbaru di blog Syafrizal: Pelancaran Majalah Edisi Khas HPA – IKON
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
October 31st, 2010 at 3:05 pm
Insya Allah, itulah yang kita harapkan.
“Hikmah orang tua dan tenaga anak muda, aset ummah.”
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]