Subhanallah, betapa pentingnya kalimah Insya Allah, sehinggakan Rasulullah sendiri ditegur oleh Allah kerana terlupa mengucapkannya.

Dan janganlah kamu berkata mengenai sesuatu, “Aku pasti akan melakukannya esok”.

Kecuali dengan mengatakan Insya Allah. Dan ingatlah kepada tuhanmu apabila kamu lupa dan katakanlah, “Mudah-mudahan tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini.”

Surah al-Kahfi, ayat 23 dan 24.

Beberapa orang Quraisy bertanya kepada Rasulullah tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Rasulullah menyuruh mereka datang kembali pada keesokan harinya untuk mendengarnya. Rasulullah terlupa untuk menyebut Insya Allah.

Keesokan harinya, Allah melambatkan penurunan wahyu dan Rasulullah tidak dapat menceritakan kisah-kisah yang ditanyakan kepadanya.

Sesungguhnya, segala perbuatan kita adalah milik Allah. Insya Allah bukan bicara kosong, tetapi suatu doa semoga Allah benar-benar merealisasikan apa yang kita mahu lakukan.

Terdapat satu kisah yang indah untuk dikongsikan mengenai Insya Allah ini. Insya Allah, tuan-tuan dapat membacanya di blog Hilal Asyraf. Inilah pautan linknya:

Qul Insya Allah

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.