Diterbitkan oleh Hairul Faizal Adli.
Diterbitkan oleh Hairul Faizal Adli.
Mahu Bersaing Atau Mahu Berkawan?
Dalam bahasa Kelantan, bersaing itu maknanya berkawan, tetapi dalam istilah biasa bersaing itu maknanya berlawan.
Berlawan itu sinonim dengan haiwan. Sebelum mengawan, jantan sesama jantan perlu berlawan untuk mendapatkan betina rupawan.

Manusia juga suka berlawan. Berlawan dengan musuh itu perkara biasa, berlawan dengan sesama kawan sudah jadi kebiasaan.
Kawan yang berlawan sesama kawan itu sebenarnya telah terjebak dalam kancah persaingan. Dunia sekarang penuh dengan persaingan, termasuklah juga dalam dunia bisnes.
Dunia bisnes adalah dunia yang kejam dan penuh dengan persaingan. Setiap peluang yang ada perlu diterkam, tetapi pasti ada yang mahu menikam, ibarat api dalam sekam.
Orang-orang bisnes sekarang kebanyakannya dikuasai oleh mentaliti persaingan.
Persaingan yang wujud akan menjadikan kita bertambah kejam. Disebabkan oleh persaingan, tanpa mengira kawan mahupun lawan, semuanya akan kita rejam.
Bisnes kita hanya akan dikira berjaya seandainya kita dapat mengalahkan pesaing. Kita juga percaya bahawa keuntungan hanya akan bertambah jika kita dapat menjatuhkan pesaing kita.
Persaingan sudah menjadi satu budaya bisnes yang sukar untuk diubah.
Rupa-rupanya, kita tidak perlu bersaing untuk berjaya. Kita sebenarnya tidak perlu bersusah-payah untuk meneruskan survival bisnes dengan cara bersaing.
Kita tidak perlu bersaing. Kita hanya perlu berkawan. Persaingan yang sihat itu adalah dengan cara berkawan.

3 syarikat kedai buku terbesar milik Melayu di Johor telah membuktikan perkara budaya berkawan lebih memberikan keuntungan dalam dunia bisnes. 3 syarikat itu mengaut keuntungan yang besar dengan cara berkawan.
Inilah ceritanya bagaimana 3 buah syarikat itu meneruskan survival dalam dunia bisnes dengan cara berkawan. Cerita ini ada disiarkan dalam blog seorang serikandi Islam yang juga seorang pejuang bahasa yang sentiasa cekal dalam perjuangan untuk memandaikan bangsa. Beliau yang dimaksudkan adalah Puan Ainon Mohd. Semoga beliau terus diberikan kekuatan dalam perjuangan tersebut. Mudah-mudahan akan mencurah-curahlah rahmat Allah untuk diri beliau dan juga untuk barisan pejuang sekalian.
Mari kita ikuti cerita tersebut.
Di bandar Johor Baru, ada 3 buah syarikat kedai buku yang terbesar, iaitu kedai buku Badan Cemerlang, kedai buku Pustaka Azhar dan kedai buku Pustaka Amira. Nilai bisnes PTS dengan ketiga-tiga kedai buku itu adalah lebih RM2 juta setahun.
Menurut Tn. Nor Ikhram Hanafiah, eksekutif jualan PTS bagi zon selatan, ketiga-tiga buah kedai buku itu juga menjalankan bisnes mengedarkan buku. Mereka adalah 3 pelanggan terbesar PTS di zon selatan. Beliau juga memberitahu bahawa tiga buah kedai buku itu sangat berdisiplin membayar hutang mereka.
Ada suatu maklumat yang menarik berkenaan 3 buah syarikat itu. Mereka berniaga di bandar yang sama. Mereka berniaga dalam aktiviti bisnes yang serupa, dan mereka menjual buku-buku yang serupa. Tetapi mereka tidak bersaing antara satu sama lain, sebaliknya mereka bekerjasama dan tolong-menolong.
Tn. Nor Ikhram memberitahu, jika ada antara mereka yang kehabisan stok buku, mereka boleh pergi ke kedai buku milik syarikat yang dua lagi, dan mengambil stok dari situ! Malah, adalah perkara normal jika terjumpa staff satu syarikat berada dalam kedai syarikat yang dua lagi bagi mencari stok buku yang mereka perlukan.
Ketiga-tiga syarikat itu juga tidak saling berebut pelanggan ataupun curi-mencuri pelanggan masing-masing.
Syarikat Badan Cemerlang mempunyai kedai buku terbesar di Johor Baru. Di kedai buku Badan Cemerlang itu, jualan paling tinggi adalah buku-buku teks sekolah terbitan DBP-DAWAMA. Bagi kategori buku umum, jualan buku-buku PTS adalah yang tertinggi.
PTS membekalkan buku-bukunya kepada pengedar-pengedar buku. Pada masa ini jualan PTS kepada Badan Cemerlang adalah yang paling tinggi.
Begitulah adanya perihal berkawan dalam bisnes. Kita berkawan, sama-sama menang dan sama-sama senang.
Begitulah adanya satu cerita tentang untungnya budaya berkawan.
“Mari kita berkawan. Kita elakkan persaingan.”
Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani
6/11/2009
Satu Entri, Satu Buku.
Penulis : Zamri Mohamad & Haeqal Zulqarnain
Lima tahun sebelum buku 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ditulis, ada seorang yang berkedudukan dalam kerajaan bersara dari jawatan tinggi.
Isteri kepada orang berpangkat ini bercerita.
“Dahulu ketika suami masih dalam kedudukan, rumah kami penuh hamper pemberian hadiah daripada rakan-rakan sejawat. Selepas bersara, kami tidak terima hamper sebanyak dahulu.”
Dalam sekelip mata sahaja. Masing-masing senyap sahaja. Kita mungkin ketawa pada keluhan wanita ini.
Apalah yang ada pada hamper yang tidak semahal mana dan dapat dibeli di pasaraya.
Tetapi wanita ini melihat hamper yang diterimanya sebagai kayu ukur kuasa dan pengaruh yang masih bersifat magnetik dalam hidup mereka.
Apa pula definisi pengaruh bagi diri kita?
Untuk membongkar 30 rahsia membina pengaruh dan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan buku ini, tuan hanya perlu klik pada link di bawah.
>>>Klik di sini untuk membongkar 30 STRATEGI MEMBINA PENGARUH
Related posts:
- Pahlawan Yang Berlawan Untuk Mengawan Dengan gaya ala-ala pahlawan, maka dua ekor kuda jantan itu...
- Ajaibnya Sedekah, Berkatnya Zakat Menuntut ilmu biar sampai ke liang lahad. Berjuang pula biar...
- Tahu tapi Tak Mahu Aku yakin, para perokok ini amat tahu tentang bahayanya rokok....
Satu komen darimu, sejuta erti buat diriku.
woah!!bukan jek kaya duit,kaya pahala membekalkan manusia dgn ilmu lagi.^^\/
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Reply:
November 28th, 2009 at 4:40 pm
Itulah untungnya kalau jadi sensei, kaya pahala membekalkan manusia dengan ilmu lagi. Tapi malas la pula nak jadi lecturer.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiranmu.
« Pahlawan Yang Berlawan Untuk Mengawan Entri seterusnya:
Ada Pesanan Dalam Kebosanan »




Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Alhamdulillah…
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
November 7th, 2009 at 9:34 pm
Betul tu, kalau kita dapat tukarkan musuh kita menjadi kawan, itu lagi la hebat. Tak payah nak gaduh-gaduh kan.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]