“Tuhan tidak menjadikan manusia ada yang bodoh dan ada yang pandai. Tetapi Tuhan menjadikan kita dengan kepandaian yang berbeza-beza.”

Dewan peperiksaan, medan perjuangan.

Dewan peperiksaan, medan perjuangan.

Di dalam dewan peperiksaan yang begitu sunyi, tiba-tiba terdengar bunyi hentakan tapak kasut yang membingitkan telinga.

“Ktak…….ktak…….ktak…….”

Seorang pelajar yang berwajah serius menjeling tajam. Mulutnya mengomel sendirian.

“Ish……. Tensionnya aku. Nak keluar pun jalan la senyap-senyap. Tau la dah siap.”

Kemudian, bunyi hentakan tadi hilang dan dewan peperiksaan kembali menjadi tenang, tenang setenang-tenangnya. Tetapi, jiwa para pelajar sedang bergelora, otak mereka sedang bekerja keras dan sudah ada yang berpeluh-peluh di punggung kerana dibelasah oleh soalan yang amat mencabar minda mereka.

Pelajar yang bermuka serius tadi berfikir-fikir lagi. Bukan berfikir tentang soalan peperiksaan, tetapi berfikir tentang pelajar yang baru keluar tadi.

“Ish……. Macam mana la dia boleh siap awal? Soalan ni bukan main susah lagi. Aku dari tadi fikir,  tak dapat-dapat juga. Hebat betul dia tu. Memang genius la.”

Tension?

Apa pula reaksi kita kalau berada dalam situasi tadi? Sedang kita tengah tension, hampir pecah kepala mencari jawapan, tiba-tiba ada orang yang sudah siap. Lepas itu, keluar daripada dewan, bukan main bising lagi bunyinya. Rasa mahu lempar kasut sahaja dekat orang itu, kan?

Begitulah situasi dalam dewan peperiksaan. Ada yang siap awal, dan ada juga yang tidak siap-siap. Pelajar yang pandai dan yang genius dalam pelajaran, sekejap sahaja sudah siap. Pelajar yang lemah dan biasa-biasa sahaja, lain pula ceritanya. Kepala hampir pecah mencari jawapan, tetapi jawapan yang dicari tidak muncul-muncul jua.

Luahan Perasaan

Habis sahaja peperiksaan, semua orang berkumpul dan meluahkan perasaan masing-masing.

“Ya Allah. Memang susah la soalan tadi. Aku pun tak tau apa yang aku jawab.”

“Sia-sia je aku study sampai ke pagi. Bukan boleh jawab pun. Kalau aku tau macam ni, baik aku tidur je semalam. Sama je study ke tak. Cikgu tu memang nak buat naya kat kita.”

“Tapi, aku tengok si Najib tu rileks je. Siap boleh keluar awal lagi.”

“Tu la yang aku tensen tu. Bukan main bising lagi bunyi tapak kasut dia. Aku rasa nak baling je kasut aku kat budak tu tadi. ”

Macam mana? Pernahkah kita mengalami situasi di atas, dan pernahkah kita meluahkan dialog-dialog yang ada di atas?

Kalau pernah, nampaknya kita adalah pelajar-pelajar yang sederhana dan termasuk dalam golongan yang biasa-biasa sahaja dalam pelajaran. Betul, tak?

Biasa la tu, aku pun sama. Habis je exam, banyak la benda yang hendak aku komplen. Padahal, salah diri sendiri yang kurang belajar. Hmm……. Betul ke?

Mereka yang cemerlang, senyap sahaja. Mereka tiada apa-apa yang hendak dikomplenkan.

Masalahnya, ……. Opsssss…….

Cerita akan bersambung lagi pada entri yang akan datang. ;)

- Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

27/6/2009