Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Kita Orang Muda

Kita orang muda,
tangkas seperti kuda,
langkah kita biar penuh waspada,
berbalah kita biar berpada-pada,
suara muafakat kita biar sentiasa satu nada.
Kita orang muda,
tuntutlah ilmu biar penuh di dalam dada,
kita cari apa yang tiada,
kita redha dengan apa yang ada.
hasutan nafsu dan syaitan jangan kita tergoda,
usah sombong mendabik dada,
jika diri masih terpalit dengan dosa dan noda.
Kita orang muda,
berdarah pahlawan berjiwa muda,
memikul amanah sebagai khalifah dan nakhoda,
semangat jihad meluap-luap di dalam dada,
kita rela mati kerana islam sebagai syuhada.
Kita orang muda,
semoga allah sentiasa redha
“Saya orang muda. Orang muda mesti ada umph.”

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

![]()
« Tiada Paksaan Untuk Membaca Entri seterusnya:
Panjang Umur Kerana Membaca »

helo dude,blog walking ni.dato ct nurhaliza versi gif ? ni hah link die http://merdayka.blogspot.com
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]