Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Aku Rasa Mahu Tampar Sahaja Makcik Itu!
* Tragedi dahsyat ini berlaku di stesen minyak Petronas, yang berhadapan dengan Universiti Industri Selangor (UNISEL), Shah Alam. Tragedi ini berlaku bukan sekali, tetapi berpuluh-puluh kali. Mangsanya juga terlalu ramai. Jom, mari kita tengok tragedi apakah itu?
Tragedi Pertama
Seorang makcik yang bermuka masam dengan otot-otot muka yang ketat sedang menjaga kaunter bayaran. Tiba-tiba, otot di bahagian mulutnya meregang dan terpancullah satu pertanyaan kasar yang kurang enak untuk didengar.
“Takde duit kecil ke?”
Pelanggan yang mahu membayar mula kepanasan. Terasa ringan sahaja tangannya mahu menampar muka ketat makcik itu. Nasib baik lelaki yang gagah itu kool sahaja. Dengan penuh yakin dan gagahnya dia berkata,
“Inilah duit saya yang paling kecil.”
Makcik itu pun terdiam. Tangannya mula bergerak-gerak mencari wang baki.
Tragedi Kedua
Seorang makcik yang bermuka masam dengan otot-otot muka yang ketat sedang menjaga kaunter bayaran. Tiba-tiba, otot di bahagian mulutnya meregang dan terpancullah satu pertanyaan kasar yang kurang enak untuk didengar.
“Takde duit kecil ke?”
Pelanggan yang mahu membayar mula kepanasan. Terasa ringan sahaja tangannya mahu menampar muka makcik itu. Nasib baiklah pergerakan mulut lebih laju daripada pergerakan tangan, tetapi bukan mulut pelanggan tadi, mulut itu adalah mulut jahanam makcik tadi.
“Lain kali bawalah duit kecil. Dah thau nak beli barang, bawalah duit kecil.”
Pelanggan itu terkedu. Dia senyap sahaja dan tidak mampu lagi untuk berkata-kata.
Tragedi Ketiga
Seorang makcik yang bermuka masam dengan otot-otot muka yang ketat sedang menjaga kaunter bayaran. Tiba-tiba, otot di bahagian mulutnya meregang dan terpancullah satu pertanyaan kasar yang kurang enak untuk didengar.
“Takde duit kecil ke?”
Pelanggan yang mahu membayar mula kepanasan. Terasa ringan sahaja tangannya mahu menampar muka makcik itu. Tetapi, pelanggan itu gentleman orangnya.
“Minta maaflah puan. Saya tiada duit kecil. Itu sahaja yang saya ada.”
Tangan makcik itu mula bergerak-gerak mencari wang baki.
“Terima kasih, puan.”
Itulah tragedi dahsyat yang berlaku di Malaysia. Tragedi itu mencarik adat perniagaan, dan memusnahkan prinsip kemanusiaan.
Apa yang perlu kita lakukan untuk mengubah golongan-golongan yang kurang ajar seperti makcik di atas?
Perlukan kita menghantarnya berkursus di mana-mana konbini (convenience store) di Jepun? Atau perlu ditampar sahaja manusia sebegitu?
Apa khabar makcik itu sekarang, ya? Jaga kaunter di situ lagikah?
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
haha.. biase la tuh..
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 21st, 2009 at 10:55 am
@naim, Nanti balik Malaysia, kita akan kena kejutan budaya la rasa-rasanya.
perghh…rindukan petronas unisel…lama tak beli roti jagung gardenia…
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 21st, 2009 at 10:56 am
@hex-everros, Ko tak rindu kat makcik tu ke?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
aman:
October 18th, 2009 at 12:31 pm
@Hairul Faizal Adli, makcik tue keje situ lagi ker? huhu.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
October 18th, 2009 at 12:39 pm
@aman, Tak tau la, aman. Lama dah tak jengok Petronas tu.
kalu gg tu jaaa…
make nyepak doh mokcik tu
hahahah…pahtu sek kito kene
laye gg bebel pahtu
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul:
June 22nd, 2009 at 4:19 am
@kamil hasan, Makcik tu tak berani buat kat gg, me. Kalau buat, memang cari nahas la makcik tu.
Hantar kursus kat jepun, jadi sopan santun. Rasa blh mintak kouhai tunjuk artikel mu ni kat mak cik tu.
fareast ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama: Keindahan Ukhwah, Asas Kekuatan Pelajar Tokai
tu sume org pnh rase…
tp yg paling xleh terima ble die kutuk customer JUST after kua dr pintu kaca tuh. pergh, wlupn bkn saya la yg dikutuk, tp sungguh irony nya…
duit diorg makan kasi smpi cukup gemok, duit diorg beli tudung berbatu2 berlian tu dtg dr duit customer gak…bole plak kutuk dgn kata2 yg amat berbisa…aish2. manusia x bersyukur btol.
dh bosan dh kena bnd ni.. sampai kadang2 naik menyampah kt makcik tu..haha~
sepatutnya org yg nak meniaga r kena ada segala jenis duit, kecik ke besar ke..
kita sebagai pelanggan kenalah dihormati..
btol x???
p/s: pekata print page ni pas2 bg kt makcik tu?? haha~
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 22nd, 2009 at 7:24 am
@reef, Eh, korang tolong r bagi kat makcik tu. Tengok camne. Kalau tak reti-reti nak berubah gak, ko tolong tampar la makcik tu.
huhu..
ak pon penah mngalami kejadian cmnih..
kt nihon ni pon ade gak..
tp,versi laen cket..
diriwayatkan,
ak beli brng 471 yen..
pstu ak letak la duit syiling 500yen kt tray tu..
tp,mkcik tu silap tgok..
die tego ak ckp ak kasi duit x cukup..siap tunjuk2 kt nombor yg tertera kt mesin kire tu..
ak trkedu gak la..
ap kene mkcik ni..
pstu,bile die kire2 blk duit lam tray tu,bru die seda die slh..
seb bek die ckp gomen nasai..
kalo x,em..
tp hangin jgk la diri ku ini..
seolah2 mkcik tu memndng rendah pd orng asing mcm ak..
mcm la ak xreti kire wang..huh
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 22nd, 2009 at 9:10 am
@aku, Aloh la, kesiannya. Hehehe.
Biasa la, kita ni kan alien. Alien yang berdaftar di negara Jepun.
hahaha…aku saksi tragedi pertama!!!!
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 28th, 2009 at 9:56 pm
@Zaim, Wah, apesal ko tak join sekali. Boleh r gaduh-gaduh sikit.
tak tau nk wat pe.kalu ikutkan saya tgglkan kaunter ngan barang2 tu skali biar die panas cam kite rase
hoho…sabau je le.nway,makcik tu still keje kt ctu tp xtau cmne die skrg sbb jrg g petronas.
hmm..tampar la senang..sebab kalo nak anta g kursus kat jepon..wat bazir duit je..kang xpasal2 ramai lak cashier yg kuang ajar sebab..(sbb leh dapat tiket free g jepon)
kalo aku pon..nak gak!!
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
October 18th, 2009 at 7:37 pm
@nadia, Hahaha. Tak tau kot-kot dah ada yang tertampar makcik tu. :raaz:
Best juga kalau dapat tiket percuma pergi balik ke Jepun, kan?
HAHA. bru tbaca post nih. mkck tuh keja lg kt petronas tuh. dan maseh sama lg mcm tuh. “takde duit kecik ke?!” hahaha.
- Artikel terbaru di blog Arini: 面接interview
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
December 1st, 2010 at 12:46 am
Haha… Bertuahnya korang masih jumpa makcik tu. Nanti dah datang Jepun, pasti korang rindukan dia.
« Transformer Yang Best. Memang Best. Entri seterusnya:
Teka-teki Misteri »

aku rase cam tau sape mangsa pertama tu
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 21st, 2009 at 10:54 am
@zul, Sape orang tu zul? Orang tu gagah sungguh ke?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]