Percutian di Pulau Pangkor telah pun habis. Tiada lagi deruan ombak dan hamparan pantai yang memutih di Taman Bukit Pelangi. Aku dan rakan-rakan terpaksa kembali menjalani rutin harian sebagai pelajar JAD yang amat mencabar. Semalam, result exam telah pun keluar.

Terlebih dahulu, syukur kepada Allah yang telah memberikan kekuatan untuk kita sama-sama belajar dan juga memberikan ketenangan semasa kita tengah exam. Semoga kita dikurniakan juga dengan ketabahan untuk menerima walau apa jua keputusan sekali pun. Dan semoga kita mampu untuk menempuh cabaran-cabaran yang seterusnya. Oh, nak tahu result aku?

Jeng jeng jeng………

Result aku tak berapa ANGGUN, ada satu A sahaja, tak cukup BAGUS sebab B pun ada satu sahaja. Yang pasti, result aku amat CEMERLANG, kerana banyak C. C untuk CEMERLANG, C juga untuk COMEL. ;)

Walau apa pun result aku, aku tetap positif, tetap tenang dengan gaya tersendiri. Result ini jadi perangsang untuk aku terus berusaha, dan berusaha lagi.

Result sebegini memang teruk, dan ianya memang silap aku sendiri. Tapi, aku takkan merenung kesilapan aku terlalu lama. Perkara yang dah berlalu tidak dapat diubah lagi. Aku ambil pengajaran darinya, dan aku akan terus mara ke hadapan. Aku masih ada masa depan untuk digenggam. Segala cabaran yang ada, akan aku lawan dengan penuh bergaya.

Lawan tetap lawan, hidup mesti terus.

Kejayaan menanti di hadapan. Sahabat, result kau macam mana pula? Kau bersedih sahabatku? La tahzan, janganlah bersedih. Kita semua tetap bersama dalam perjuangan ini. Allah juga bersama kita.

Yosh, ganbarou………………….. Allahuakbar.

“Realiti Kita Nyata Berbeza.”