Alahai, diri ini sudah bosan dengan bosan, sudah letih dengan letih, dan sudah malas dengan malas.

Tetapi, bosan itu tetap datang menyerang. Pesanan apakah yang terkandung dalam kebosanan itu?

Kita bosan dengan kehidupan kita sekarang, tetapi pernahkah kita mahu berusaha untuk mengubahnya?

Apabila kita bosan, adakah itu bermakna kita tiada benda yang seronok untuk dibuat, atau pun kita sebenarnya malas untuk mencari benda-benda yang berfaedah untuk dibuat?

Carilah sejuta alasan untuk bermalas-malasan, akhirnya kita sendiri akan kebosanan dan keletihan dengan hidup sedemikian.

Sekarang, ayuh kita kumpul sejuta harapan dan lepaskan sepenuh tenaga untuk memanfaatkan usia dan kehidupan kita.

Ayuh wahai diri, kita perlu berubah. Kita wajib untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam.

Terasa rugi sangat-sangat kalau hidup kita tersia-sia begitu sahaja.

Ayuh, mari kita bekerja bersungguh-sungguh di dunia dan hasilnya akan kita tuai di akhirat sana, Insya Allah, di dalam syurga.

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

1/12/2009

# Gandakan lagi kenikmatan tuan di Galeri Ghairah!