Mat rempit berhimpit-himpit di jalan yang sempit. Darah muda menggelegak panas dan aksi mereka semakin ganas. Motosikal dipecut laju sehingga berkibar-kibar seluruh baju.

Mat Rempit Yang Tersepit

Seandainya menang dalam perlumbaan, mereka akan diraikan dengan sorak-sorai. Jika kantoi dan tertangkap dalam operasi polis, mereka akan disumbat ke dalam lokap.

Mereka memecut laju meninggalkan dunia dan terus menuju ke alam kubur. Perlumbaan yang berakhir dengan kematian hanya akan diraikan oleh malaikat Munkar dan Nakir.

Mereka ini jaguh di jalan raya, kalau di Jepun di panggil hashiriya, hebat melakukan aksi berbahaya, kadang-kadang mempunyai nafsu seperti buaya, tetapi di dalam kubur nanti akan kekalkah kehebatan mereka itu?

Dapatkah mereka bersemuka tanpa sebarang ketakutan dengan Munkar dan Nakir nanti?

Sudahlah di dunia sering berhimpit-himpit, di dalam kubur juga terus tersepit. Alahai, ruginya kita kalau menjadi mat rempit yang tidak sayangkan nyawa dan melakukan pula berbagai-bagai onar.
Mahu jadi Mat Rempit?

Janganlah kita menjerumuskan diri ke arah kebinasaan.

“Marilah berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.”

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.