Kenaikan Harga Minyak, Satu Bencana Dahsyat.

“Bodoh.”

Semua orang menyumpah-nyumpah apabila Pak Lah mencarut-carut tentang kenaikan harga minyak.

“Harga petrol akan dinaikkan sebanyak 78 sen, dari RM1.92 kepada RM2.70. Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.”

Satu carutan yang langsung tidak boleh diterima. Satu carutan yang akan membawa malapetaka besar ke seluruh Malaysia. Berita ini tiada lain, hanya satu bencana dahsyat untuk kita semua.

Kau marah? Memang patut pun kau marah. Aku juga marah. Pak cik cleaner yang cuci tandas pun sedang marah. Dia mencuci tandas, sambil mencarut-carut marahkan kenaikan harga minyak.

Harga minyak dah naik, harga makanan sedang naik. Lepas ini, tarif elektrik pula akan naik. Segala-galanya akan naik selepas ini, naik mencanak-canak. Habislah kita semua.

  • Yang tak naik-naik, biasiswa budak-budak JAD.
  • Yang tak naik-naik, gaji mak-mak bapak kita.

Moral dan akhlak para pemimpin negara jatuh merudum, lalu menjunam ke lembah rasuah, korupsi dan kronisme. Perbuatan mereka, keputusan mereka, membawa derita pada rakyat jelata, tidak kira kaya atau melata.

“Bodoh.”

Rakyat menyumpah-nyumpah lagi. Kemarahan mula membuak-buak. Dengar cerita, akan ada demonstrasi di KLCC. Kita tunggu dan lihat. Ada demonstrasi atau pun tidak, kita jangan terlibat, wahai pelajar-pelajar sekalian. Kita masih dirantai dengan Akta Universiti (AUKU).

Apa pilihan kita?

Kerajaan, makin hari makin berdusta. Rakyat, makin hari makin derita. Pelajar, makin hari makin berduka. Sekarang, apa pilihan kita?

Kerajaan kata:

“Ubah gaya hidup.”

Rakyat kata:

“Ubah kerajaan.”

Pelajar kata:

“Kami marah, tapi pasrah menyerah. Hanya pada Tuhan kami berserah.”

Ini pula kata aku:

“Apa yang kau tak puas hati? Cuba kau klik kat komen tu, tulis apa yang kau tak puas hati.”

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.